VItamin C Untuk Ibu mengandung

Assalamualaikum
image:google
Sudah pastinya aku nak mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang boleh diambil dan apa yang tidak boleh di ambil sepanjang kehamilan ni.Nak pulak keadaaan kesihatan yang senantiasa berubah-ubah ni.
Selain dari pengambilan ubat-ubatan yang diberikan dan dibekalkan oleh doktor,kekadang kita tak tau apa lagi supplement yang boleh diambil selain ubat yang diberikan.
Setiap kali check up mesti bawa balik ubat-ubatan seperti Vitamin B-Complex,Vitamin C, ASid Folic dan kalsium.

Kadang-kadang terskip juga pengambilan ubat-ubatan tu.Lagi pulak,aku tak boleh nak makan ubat-ubatan tu waktu siang.Entah la..kalau makan tu,rasa nak muntah pulak..Aku cuma makan sebelum tidur je.
Boleh ke kita ambil Vitamin C yang dijual di luar sana ye.Seperti Shaklee,Vitamin C pharmacy ,atau Vitamin c Placenta tu.Bukan apa,sejak mengandung ni,rasa kulit kusam  dan tak bermaya je.Pakai ler sabun apa,tetap rasa muka ni kusam…
Sebelum aku membeli sebarang vitamin c,banyak dah aku google tentang tu.Risau jugak kan,kalau sembarangan ambil,nanti memudaratkan kandungan.
Vitamin C ni adalah salah satu vitamin yang ibu mengandung tak boleh nak skip pengambilannya.Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh,sebab tu kita perlukan supplement untuk membantu.
Selain dari tu,Beberapa kepentingan Vitamin C untuk ibu mengandung.Antaranya adalah :-
1. Pembentukan kolagen
Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen pula penting untuk pembentukan struktur tulang rawan,  otot dan tulang bayi. Kolagen juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan kulit, gusi dan tendon bayi yang sedang terbentuk.
2. Perkuat sistem imun
Ascorbic Acid yang terdapat dalam Vitamin C membantu merangsang antibodi yang melawan virus dan jangkitan kuman dalam tubuh ibu mengandung. Kalau ibu mengandung rasa tak sihat, boleh lah ambil Vitamin C Sustained Release, patah dua dan telan bersama air masak.
Vitamin C memerlukan air yang banyak untuk larut dalam tubuh
3. Perkembangan Otak
Menurut kajian pihak University of Copenhagen, kekurangan Vitamin C akan merencatkan pertumbuhan otak bayi di bahagian hippocampus.
Bahagian ini sangat kritikal sebagai pusat daya ingatan.
4. Mengelak Pecah Ketuban
Tips untuk mengelakkan air ketuban pecah pra-matang,  amalkan Vitamin C sepanjang kehamilan. Jika pun ketuban telah pecah pada bulan ke -7, anda masih boleh makan Vitamin C, ia akan seal semula kebocoran kantung bayi.
Sumber:sini

Loading

23 Comments

  1. thanks anim,tulah…macam macam fikir..nak2 sekarang ni,pakai bedak baby pun rasa nak muntah..lagi la pulak nak pakai lipstick n perfume..confirm cari bilik air..

  2. Melalui pengalaman Anim, hanya vitamin yang dipreskripsi doktor saja yang Anim berani ambil. Tapi nak ambil suppplemen luar mungkin agak sukar sebab ubat doktor tu dah tentu kita wajib habiskan. Mana nak sumbat lagi supplemen lain kan … lagipun displin kena kuat hehe. Kalau makan ubat doktor bagi tu je pun dah memadai kot.

    Yang pasal kusam tu … mungkin sebab pembawakan budak kot kak. Ada orang leher dan ketiak dia akan hitam sepanjang pregnancy. Ada yang muka jerawat dalam 3-4 bulan pertama. Ada jugak yang muka licin bersinar ..so ikut orang la kot.

  3. Pembawaan budak kot sis..

  4. masa preggy, akak pon ambik supplement yg gynae bagi sahaja sprt kalsium omega 3 vit c & obimin
    bila dah melahirkan continue juga supplement yg gynae bagi dekat atas tu utk penyusuan pula…

  5. Setakat hari ni sepanjang mengandung aima hanya makan ubat yg doktor bagi je. Dari awal smpai dah 36minggu ni makan obimin je. HB pun naik turun, sbb aima mmg ngaku amik ubat ni rak konsisten. Ada hari terlupa langsung pasal ubat.

  6. ooo macam tu… apa pun kena check dengan doktor untuk minta nasihat ttg ubatan

  7. sis, seeloknya jangan skip makan ubat yang doktor beri if xde ambil any suplemen. Macam saya, saya tak boleh makan ubat yang doktor beri. Saya jadi sembelit yang teramat sangat Sampai berpantang pun sembelit. 2nd baby, saya tak ambil ubat klinik saya hanya makan suplemen shaklee, tapi sebelum tu sy tanya doktor dan doktor tengok kandungan dalam setiap vitamin shaklee tu, dan dia kata ok, blh teruskan ambil shaklee asalkan vitamin tu mengandungi kandungan vitamin c, b complex, asid folik dan zat besi serta omega yang diperlukan oleh ibu hamil. Jangan lupa tanya pendapat doktor tau sis..semoga semuanya dipermudahkan Allah..take care..

  8. Saya tak pernah bekalkan ubat2an ni Mar hehee.. gurau je.. 😀

  9. Apa pun saya doakan yg terbaik buat Aida… aamiin.. 🙂

  10. kak, kalo sebut jer ubat zee memang dah kembang tekak..time peknen dulu boleh kira berapa kali jer telan..nak lagi yang kaler itam tu langsung takleh masuk..asal telan jer kepala pusing terus meloya and muntah…huhuhuuuu..
    dah la hb low..setiap kali check up pon kena bebel..dengar jer la..

  11. ubt doc tu kne mkn n tny doc if nk amek suplimen lain
    sebab bdn kita ni tak sama dgn org
    ada org mkn elok ada yg mkn tak berapa ngam
    so, jumpalah pada yg pakar 🙂

  12. Sis Aida kena tanya dan rujuk pada pakar yang bertauliah …Semoga segalanya dipermudahkan untuk Sis ya..

  13. Apa yg kakak nampak dah pun jadi pada kakak dulu dgn pengambilan vitamin C baby kita tak mudah kena selsema Eda. Teruskanlah walau kadang tu macam malas nak telan. Tapi yg baiknya kelak kita yg mudah nak jaga baby..

  14. Macam saya pun jenis yang susah nak telan Vitamin yang KK bagi cam obimin tu. Rasa dia lain macam je. Disebabkan tak boleh nak telan, saya amalkan Vitamin Shaklee. Dah tanya doktor. then dia cakap ok. tiada masalah. Amik yang perlu cam Multivitamin, Vitamin B Complex, Vitamin C dan Pil Kalsium(Ostematrik).
    Untuk mereka yang tak amik supplement memang disarankan jangan skip ubat yang klinik bagi.

  15. VItamin C Shaklee memang best.. sebab saya masa mengandung pun mengamalkanya.. di samping pil pil yang lain. Alhamdulillah kulit tengkok dan stretch mark sangat minima

  16. Assalamualaikum kak ida, pasal leher gelap semua tu sheila pernah dengar gak kawan cakap. sepanjang mengandungkan Adam, alhamdullilah takda. sheila mula2 makan ubat yang doctor bagi. lepas beli satu set mengandung shaklee, terus makan supplement tu je. alhamdullilah. semoga baik2 buat kak ida dan baby ~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *