Virus Novel Coronavirus dan Langkah Pencegahannya

Virus Novel Coronavirus dan Langkah Pencegahannya|Coronavirus(CoV) adalah satu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selsema sehinggalah penyakit serius.

Penyakit seirus seperti Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus(SARS) dan Middle East Syndrome Coronavirus(MERS-CoV)

Novel Coronavirus(2019-nCoV) adalah mana-mana strain baharu virus tersebut yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti atau dikesan pada manusia.

Kejadian kluster jangkitan 2019-novel coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan itu, tatacara pengendalian kes-kes disyaki yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah pun dikeluarkan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV.

Salah satu daripada langkah kesiapsagaan tersebut adalah mengenalpasti sebanyak 26 buah hospital KKM di seluruh negara bagi mengendalikan kes-kes disyaki yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSA JB) merupakan hospital rujukan bagi kes-kes yang disyaki dan disahkan positif 2019-nCoV bagi negeri Johor.

Bagi memastikan penggunaan fasiliti KKM sedia ada yang optimum, kes-kes yang disyaki atau disahkan positif 2019-nCoV dan berada dalam keadaan stabil akan dirawat dan dipantau oleh Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit HSA JB di wad isolasi Hospital Permai, JB. Hospital Permai mempunyai kemudahan fasiliti yang amat baik serta dikawal rapi oleh polis bantuan bagi memastikan tiada pencerobohan oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Namun sekiranya terdapat kes-kes yang kritikal dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi, satu wad isolasi khas telah pun dikenalpasti untuk digunakan di HSA JB.

Ramai yang semakin takut apabila tular di social media, mahupun group-group whattsap tentang ni kan.

Umi juga tidak terlepas dari mengikuti info seperti ini.Tapi umi berharap sangat supaya pihak yang terlibat dapat menangani masalah ini.

Sama-sama kita  jaga kesihatan dann tiidak terlalu terdedah kepada aktiviti luar  terlalu kerap dan ke tempat yang mempunyai ramai orang.

Bila mendengar sebanyak 17 kematian yang dilaporkan di China, dan ianya merebak ke Malaysia, ianya satu perkara yang perlu kita takuti kerana virus ni kita tak nampak, jadi untuk tidak teruus ianya tersebar, sama-sama kita mencegah dari dijangkiti virus ini.

SIMPTOM-SIMPTOM JANGKITAN VIRUS CORONAVIRUS

SIMPTOM JANGKITAN CORONAVIRUS

 ➡ Tanda-tanda penyakit selsema

 ➡ Demam

 ➡ Kesukaran Bernafas

 ➡ batuk

 

 

LANGKAH -LANGKAH MELINDUNGI DIRI DARI CORONAVIRUS

CARA MENCEGAH DARI DIJANGKITI CORONAVIRUS

 

Moga kita sentiasa dilindungi dari segala musibah yang datang.Jom sama-sama menjaga kesihatan diri masing-masing dan terus elakkan dari pergi ketempat-tempat yang tersebut.

sumber :https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

Loading

1 Comment

  1. Berjaga-jagalah sebelum terkena. Seluruh dunia dah ambil langkah-langkah berjaga-jaga termasuk menghalang kemasukan pelancong dari China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *