Vigor Spinning Bike Cardio Exercise Memudahkan Senaman di Rumah | Nak lakukan senaman kat mana-mana pun boleh kan.Yang penting usaha dari diri sendiri.
Ececeh.Kemain lagi umi menasihati.Tapi diri sendiri senam ke?Orang kata kerja suri rumah pun dah kira bersenam jugak kan.Tapi agak-agak peluh keluar tu sama tak seperti kita bersenam.
Actually sebelum umi beli Vigor Spinning bike ni, umi dah fikir masak-masak sehabis masak sebab sebelum ni pendapat memang bercabang dengan babah.Babah memang nak basikal yang boleh di bawa keluar.Tapi memandangkan umi tak tau bila babah akan keluar rumah bawa basikal tu,jadi umi memang sarankan babah untuk beli basikal yang boleh dikayuh di dalam rumah sahaja.Yelah, husband umi, umi taulah baik buruk perangainya…hahahaha.Dan umi tau setakat mana kemahuan dia untuk berbasikal di luar.
So, umi decide dan menentang sekeras-kerasnya pendapat babah untuk dapatkan basikal yang boleh dibawa keluar.Harap keputusan umi tu betullah kan.
BACA JUGA [ Senaman Ringkas di Pejabat ]
Masa shopping 11.11 di Shopee hari tu jugak, umi paksa babah untuk beli basikal ni..hahahah…paksa tu takdelah sangat, atas kerelaan jugak kan.
Bagi umi berbaloilah beli basikal ni.Nampak depan mata di dalam rumah.Sambil tengok tv pun boleh mengayuh.Sambil berbual dengan isteri tercinta..hahaha…pun boleh jugak kan..
Sebenarnya ada je kebaikkan dan keburukkan membeli basikal exercise ni.Salah satu keburukkannya adalah kita tidaklah menghirup suasana yang segar di luar nun.Tapi kebaikkannya pada umi banyak.Itu yang umi fikirlah kan.Nak tau apa kelebihan basikal exercise ni?
Â
KEBAIKKAN MEMILIKI BASIKAL EXERCISE DI RUMAH
KURANGÂ KECEDERAAN
Biasanya kalau dilihat, untuk mendapat kecederaan berbasikal di rumah tu memang tipis.Sebab ia hanya memerlukan kita duduk mengayuh sahaja, tetapi mampu membakar lemak dengan baik.
Tapi walaupun berbasikal di dalam rumah, kita tetap kena lakukan senaman untuk panaskan badan.Tak boleh la kan terus je mengayuh..Kang ada sakit jantung ke, darah tingi ke, keras gitu jangan salahkan umi ye..
SESUAI UNTUK MENAIKKAN FITNESS
Sesuai sangatlah untuk mereka yang menaikkan fitness ni.Fitness ni of courselah penting sebab bila kita buat kerja apa pun, kita takde rasa penat terlalu cepat.Orang kata cepat pancit lah kan
BINA OTOT BETIS
Berbasikal ni mampu membina otot betis kita supaya lebih solid.Menguatkan tulang kita dengan senaman berbasikal tau.Tak kira samada berbasikal di dalam rumah atau di luar.
BOLEH LAKUKAN SENAMAN BILA-BILA MASA
Bila dah ada basikal ni dalam rumah, kita boleh ambil masa 10-15 minit untuk buat kayuhan.Jadi setiap hari adalah waktu untuk kita bersenam kan.Takpun dalam seminggu kita ambillah masa 2-3 jam buat kayuhan.Janji peluh korang tu keluar menitik-nitik basah sampai ke lantai..hahaha…just kidding.
TAK PERLU MASA DI LUAR
Kalau guna basikal biasa, kita perlu ambil masa banyak jugak sebenarnya kan.Lagi jenis malah nak bersiap itu ini.Walaupun padahal boleh je.Tapi bila sikap malas tu ada, bila tak nampak depan mata memang tergantung sepi jelah basikal tu.
Â
Vigor Spinning Bike Cardio Exercise Memudahkan Senaman di Rumah
Umi pilih jenama ni sebab rata-rata komen kata bagus la kan.Sebelum tu memang ragu-ragu jugak nak beli online.Risau takut ada defect atau kurang segala screw nanti.Tapi alhamdulillah…Sampai dengan selamat.
Abaikan wall umi yang berconteng tu..biasalah kan, tak cukup kertas gaknya nak menconteng dinding.
Faktor lain yang menyebabkan umi memilih basikal exercise ni adalah kerana, muatan kg yang boleh dinaiki oleh orang.Ikutkan boleh je umi nak beli yang murah punya.Tapi bila fikir nak digunakan juga oleh babah, jadi mahal la sikit. Tapi tetap berbaloi umi pilih yang ni
KEISTIMEWAAN VIGOR SPINNING BIKE
- 8KG Stainless Flywheel – A heavy flywheel replicates the momentum you get on a real bike. With a 8kg flywheel you’ll feel just like you’re cycling on the road with smooth pedal strokes and a consistent cadence.
- 4-way Saddle Adjustment – With saddles that can be adjusted up down forwards and backwards you’ll be able to find the most comfortable riding position no matter what size or shape you are. (5 Height Level)
- 2-Way Handlebar Adjustment – Handlebars can be adjusted up and down to a suitable height for a comfortable grip position.(5 Level) Multifunctional LCD Display: Includes an LCD display to keep track of your workout progress with 5 types of measurements such as distance, pulse, speed, calories and time.
- Pulse sensors: Heart-rate sensors are built right into the hand rests.
- 30KG Max User Weight: Max user weight up to 130KGs
- Warranty: 6 months Local Warranty Provided with term and condition applied
Not bad jugak kan.So, sampai hari tu rasa excited nak mencuba la..
Dapatlah umi buat 4-5km sehari..Bestnya lagi, kalau nak laraskan kayuhan tu pun boleh.Nak beratkan kayuhan macam kita nak daki jalan yang berbukit pun ok.
Alhamdulillah..tak rugi umi nak membeli.Harga pun bawah 300 hari tu.. korang boleh la usha di Shopee nanti..
Â
Wow best nya dh de basikal..boleh excersice kat dlm rumah…smbil tgk tv pn boleh kayuh..