Veet Sensitive Touch Electric Trimmer sangat memudahkan

Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺Bila dah ada produk yang sangat mudah untuk digunakan oleh wanita termasuklah aku,memang cepat-cepat nak grab satu.Bukan apa.Produk yang sangat diidamkan oleh setiap wanita diluar sana dalam penjagaan di tempat-tempat yang sensitif ni,memang dicari kan.
Produk yang bila digunakan tidak menyakitkan sepanjang penggunaannya.Selalunya bila nak trim rerambut halus yang ada pada muka,kening dan juga bahagian sensitif tu..(bahagian sensitif tu harap wanita sedia maklumlah kan)sangat-sangatlah takut dengan terjadi lukanya di bahagian tersebut.
Meh sini nak kabo kat korang yang sedang mencari-cari produk yang aku cerita kat atas ni.Hasil dari review yang aku dah buat..yess…ia tidak menyakitkan.Tidak luka dan sangat-sangat mudah digunakan.

Veet Sensitive Touch  Electric Trimmer di buat khas untuk bagi untuk membersihkan kawasan-kawasan peribadi wanita dan juga bahagian kening.Ianya bergerak dengan cepat dan perlahan-lahan memotong dan membentuk rerambut korang pada kawasan badan yang sensitif dan halus seperti muka,garis bikini dan ketiak.
Meh kita tengok bagaimana Veet Sensitive Touch  Electric Trimmer bertindak membersihkan di tempat-tempat di bawah ini
Perapian di Bahagian kening
Step 1 : Perapian
             Untuk mendapatkan panjang kening yang diinginkan,rapikan kening anda dengan menggunakan
             pencukur yang kecil dan tambahkan sikat.Letakkan Veet Sensitive Touch dan gerakkan secara 
             bertentangan dengan susunan bulu kening.
Step 2 : Bentukkan kontur bulu kening,bukakan sikat dan gunakan mata pencukur high-precision.Sentuhkan
             ia kepada kulit secara perlahan dan gerakkan
Tidak risau akan luka bila menggunakan Veet Sensitive Touch  Electric Trimmer 
Sangat membantu untuk merapikan rerambut di kawasan sensitif anda..Hah..yang ni wanita je faham ye..
Ada sesetengah wanita yang mempunyai rambut yang lebat di kawasan atas bibir dan kawasan sekitarnya..Dengan Veet Sensitive Touch  Electric Trimmer ia sangat memudahkan..Jadi cepatlah  untuk bermake up.
Masalah di sideburn juga dapat diatasi dengan produk ni.Jadi anda tak perlu risau lagi untuk menghilangkannya.
Apa yang boleh aku simpulkan dengan penggunaan Veet Sensitive Touch,ianya memang wajib dibeli oleh setiap wanita.Ia mudah untuk di bawa kemana-mana..Mudah untuk dibersihkan.
Korang boleh lihat video Veet Sensitive Touch Electric Trimmer  di bawah ini
Video cara penggunaan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer 
Apa lagi yang best tentang produk ini.Nak bagitahu kat korang,tak rugi korang dapatkannya satu kerana sangat berbaloi dengan harganya.
Aksesori  yang cukup lengkap di dalam set ini yang sangat memudahkan pembersihan di tempat yang tertentu



Untuk Kegunaan di bahagian muka
  • Mata pencukur dua muak bersaiz 6mm dan juga 16mm
  • Sikat 2 muka bersaiz 6mm dan juga 16mm untuk meratakan
Untuk Kegunaan kawasan sensitif
  • Mata pencukur 20mm
  • Sikat 20mm untuk meratakan
Aksesori lain
  • Berus pembersih
  • Batery AA
  • Beauty Poch

Harga untuk Veet Sensitive Touch Trimmer adalah RM119.00.Dan korang boleh dapatkan produk ini di mana-mana store berhampiran korang seperti Guardian,Watson,online shopping seperti di Lazada ,11 street dan beauty online shopping yang terlibat.Korang kenalah pandai nak usha ye..ada juga website ataupun beauty shopping yang lain yang menawarkan harga yang lebih awesome dari ni.Ataupun korang cuba usha-usha kat Lazada Malaysia..Boleh klik Sales Lazada untuk melihat harga yang ditawarkan.
Seronok kot bila dapat menggunakan produk yang mudah dan senang di bawa kemana-mana ni..Masuk dalam handbag pun boleh tau..
Untuk maklumat lanjut juga korang boleh layari website 

Loading

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *