VAKSIN DOS PERTAMA DI REGENCY SPECIALIST HOSPITAL

VAKSIN DOS PERTAMA DI REGENCY SPECIALIST HOSPITAL | Alhamdulillah selesai dos pertama pada awal ogos hari tu.

Ingatkan nak tunda je tarikh untuk vaksin tu sebab tarikh tu sama dengan tarikh kakak appointment kat hospital.Alhamdulillah kakak pun dah buka simen kat tangan dia.Cepat je kan bebudak ni baik.Kalau umi dulu patah kaki tiga bulan pun tak baik lagi.

Tapi disebabkan ada rakan-rakan umi yang kata boleh je pergi lambat tapi asalkan pergi.Jadi umi tak jadi nak postponed tarikh vaksin tu.yelah kalau tunda nanti takut lambat pulak kan dapat.

So, settle appointment kakak, umi balik rumah siapkan mak dulu, pukul 1 barulah umi bertolak ke Regency Specialist Hospital di Seri Alam.Nasib baiklah dekat kan, kalau jauh jenuh jugak umi nak pergi.Dah la pergi sorang-sorang.Nasib baik jugaklah tak sama tarikh dengan babah, kalau tak, tak taulah siapa nak jaga mak dengan anak-anak.

Elok masuk je Regency, ada someone call tanye kenapa tak datang untuk vaksin.Yelah sepatutnya temujanji umi pukul 10.30 pagi.Tapi umi pergi pukul satu kot.

Jadi umi bagitahu dia sebab mengapa umi tak dapat datang awal.Alhamdulillah urusan pun cepat dan tak ramai orang.Mulanya umi takdelah kan nak bergambar bagai sebab macam takde orang nak mintak tolong ambilkan gambar.Kebetulan ada sister tu nak jugak bergambar, jadi umi ambilkan gambar dia dan mintak dia juga ambilkan gambar umi.

 

Oklah kan buat kenangan.Syukur dipermudahkan segala urusan untuk mengambil vaksin dos pertama.Umi dapat Pfizer.Simptom yang umi dapat bila dapat suntikan vaksin pfizer ni cuma sakit tempat cucuk.Sakit tu tuhan jelah tau.Sampai bebudak ni terpegang tangan tu pun rasa macam nak jadi hijau.

Tak banyak gambar yang umi ambil sebab sorang-sorang kan.Lagi pun tak dibenarkan mengambil gambar pun kat situ.Tapi takpelah, nurse kat situ memang tunjuk dan cakap apa yang dia buat.Jadi tak risaulah tak masuk vaksin tu kan.

 

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Rohaida Yusof (@sitirohaida_yusof)

 

Next temujanji untuk 2nd dos vaksin nanti 24 ogos 2021.Alhamdulillah, semoga dengan adanya vaksin ni dapatlah mengurangkan lagi kes yang semakin naik turun ni.

Sedih bila ramai jiran-jiran selorong pun terkena wabak ni.Tau perasaan macam mana kena wabak covid-19 ni.Umi pernah cerita jalan cerita macam mana umi terkena covid ni.Cuma takde part kedua sebab umi memang tak boleh nak up entry kedua tu.Sedih bukan main lagi.Risau tak habis lagi entry tu habis lencun kang laptop ni

 

 

 

1 Comment

  1. Alhamdulillah dah dapat dos pertama lega sikit tak perlu tunggu giliran lagi. Menanti dos kedua pulak. Semoga dipermudahkan urusan akak dan baik baik je semuanya. Aaminn..

Leave a Reply

Your email address will not be published.