USB PENCIL SHARPENER MEMUDAHKAN KERJA UMI

USB PENCIL SHARPENER mudah guna bila nak mengasah pensel.Tak perlulah nak berputar tangan tu nak mengorek.Hanya perlu letak dan tekan je pensel ke dalam tu.Settle

Siapa setuju pensel yang ada kat pasaran sekarang ni memang mudah patah kan? Ada yang ada kualiti dan ada yang tidak.Kadang-kadang beli yang mahal pun sama.Nak-nak kalau pensel warna, cepat betul pendek.Mau taknya, kalau dikorek pun, mesti akan patah.

Tapi tak taulah kalau korang takde masalah macam umi ni.Lagi satu pengorek yang kadang-kadang punyalah baru beli, nak korek tu memang payah.Macam tak lut pun ada.

Lagi satu bagi bebudak ni sorang satu, masuk dalam pensel case, kejap je hilang, jumpa kejap, hilang balik.Adakah itu alasan untuk umi dapatkan usb pencil sharpener ni? Oh semestinyalah.memang itu alasan umi untuk dapatkan usb pencil sharpener ni sebab memudahkan kerja umi.Tak perlu la nak memulas tangan tu mengorek pensel anak-anak ni.Boleh stress tau.Dah ler nak menghadap anak PDPR ni penuh dengan cabaran.Itu umi lah.

Baca juga: Benq Screenbar e-reading lamp

Kalau korang ok menghadapinya alhamdulillah.Tapi tidak pada umi ye.Si kakak dan adik, kalau umi takde depan mata, takde kriteria macam cikgu memang bo layan.

Whiteboard memang sentiasa ada untuk umi tulis macam cikgu buat.Sambil tu berlakun jadi cikgu pun ada tau.Untuk apa? Untuk memastikan anak-anak umi ada mood untuk belajar.

Ini pun tengah renovate bilik diorang supaya lebih cantik.Untuk apa? untuk berikan mood diorang masa belajar.Dengarnya PDPR lama lagi.Jadi umi renovate bilik diorang tu jadi bilik belajar yang cantik.Selebihnya umi yang berkenan dengan deko bilik belajar yang cantik tu.

Dapat duit blog, umi banyak habiskan duit beli barang-barang cute tu kat shopee.Tunggu ek!! nanti umi tunjuk bilik tu.

Oklah jom cerita pasal usb pencil sharpener ni.Dia macam ni tau,sama je pengorek jugak cuma apa yang best, kita tak payah ler dok memulas pensel dan pengorek tu.Cuma perlu letak dalam lubang pengorek tu dan dia akan berjalan sendiri

usb sharpener pencil

Usb pencil sharpener ni korang boleh gunakan usb ataupun bateri.Macam umi guna bateri je memandangkan port usb dah digunakan oleh peralatan lain.Kebetulan memang ada spare bateri kedai dua hengget, jadi kita guna jelah kan.

usb sharpener pencil

Gambar di atas menunjukkan penggunaan dua pilihan samada korang nak guna bateri atau usb.Mudah kan?

Dua biji bateri je guna untuk pencil sharpener  ni.Takdelah guna banyak sangat bateri tu.Dua je dah cukup.Lagi pun bukan selalu pun guna ni.

Baca sini lagi : BenQ Eyecare Stylish Monitor

Anak-anak tak main ke?

Of course pantang nampak umi letak dekat meja diorang ni, time tulah pensel dah pendek la, patah la memacam je bebudak ni.Umi just guna masa PDPR je.Lepas pada tu letak atas almari yang diorang tak boleh capai walaupun dengan kerusi.Biasalah budak kan? Panjang akal dia kan.Tak sampai dia ambil kerusi.Tapi dia tak tau umi dia lagi pandai dari diorang tu.

usb sharpener pencil

Masuk jelah pensel dalam lubang tengah tu, nanti dia akan berpusing.Pegang je lah sampai pensel tu tajam.

Nampak tak gambar sebelum dan selepas umi menggunakan pencil sharpener ni.Tu yang teruja sangat nak memiliki satu selepas tengok kawan umi beli.Eh!! memang lama dah nak beli,tapi tulah, asyik cakap nanti je.Jadi ada duit belilah satu.Padahal harga dia takdelah berpuluh pun.Berbelas ringgit je rasanya.

Boleh tengok shopee haul umi dekat reel dekat bawah ni.Tetiba rasa best pulak asyik main reels ni.Maklum ler tak keje kan.Banyak sikitlah masa nak buat benda tu.Tunggu umi buat shopee haul benda yang lain pulak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Rohaida Yusof (@sitirohaida_yusof)

Eh, tadi umi cakap berbelas kan..Maaf kan umi ek.Yang berbelas tadi jenama lain.tapi umi nak yang burung hantu ni jadi harga dia RM22.50

usb sharpener pencil

Warna pink takde, jadi umi pilih warna hitam sebab taknak nampak comot.hahaha.Kang warna putih ada pulak kang yang menconteng.

Nanti korang boleh la checkout kat Shopee tu ek..

Leave a Reply

Your email address will not be published.