Ular Sawa??

Assalamualaikum
Kerana seekor ular sawa rumah aku dan jiran sebelah seperti sebuah pesta.Dan kerana seekor ular sawa aku xboleh nak tido malam tadi.
yang berjumpa dengan ular sawa nie adalah jiran sebelah rumah.Masa dia bukak pintu belakang ,terkejut dia tengok ular sawa yang besar tu tetiba menghala kerumahnya..
Wife dia terus keluar rumah sebab nak panggil jiran untuk tangkap ular tu.kebetulan aku balik dari kelas.Sampai je kat rumah ,terus die terjah aku mintak tolong panggilkan bomba.Sorry..bomba bukan untuk padam kebakaran aje OK!!..Husband aku pun cepat2 la call balai bomba untuk mengadu tentang Ular sawa tu.Beberapa jiran aku keluar rumah sebab dah dengan bunyi bising kot kat luar..Aku lah tu yang bising..ngada…hehehe…perghhh..gila punya besar ular tu..Dok 2-3 kali aku dok tengok ular tu..Nak datang dekat semua tak berani.Jiran aku ada orang iban,So dia panggil kawan dia nak tangkap ular tu.Bagi diorang ular tu boleh makan..Bila dah datang tu,kitorang tk berani la nak sruh dia tangkap ular tu sebab kitorang dah panggil bomba.Nanti salah pulak..Sape nak tanggung..
Kehulur hilir la orang masuk kerumah aku..maklumla…rumah taman…mana ada laluan tepi,jadi rumah aku dengan rumah sebelah la jandi mangsa..Tapi aku xkisah pun..Bukan senang nak berkumpul macam tu kan…
Dengan anak-anak jiran yang riuh rendah dok tengok ular tu..Tapi Ular tu rileks jer muka..tak takut langsung.Sementara nak tunggu bomba datang,ramai la photographer tak bertauliah ambil gambar.termasuk aku..Memang ular tu dah kekenyangan gaknya..Tak bergerak langsung.

nampak tak betapa panjang dan besar ular tu.Actually dah 2-3 ekor ular kecik2 jiran dan mak mentua aku dah bunuh..mybe nie mak dia nak menuntut bela kot..takutttt…
Panjang tak karangan aku nie.Agak-agak dah 360 patah perkataan belom??cer korang kira…
Ada buat rakaman masa bomba tu tangkap..tapi rakaman tu menunjukkan aksi yang ganas bila semua orang lari bertempiaran bila ular tu tetiba melenting masuk ke longkang..memang xdpt ape la nak tengok kat video tu..Dah malam tu aku tak dapat tido sebb rase cam terngiang ngiang tengok ular tu..tak pasti betul ke tak ayat terngiang-ngiang tu..
nak sambung rehat setengah jam..topup malam tadi punya..agak kebizian nak blogwalking hari nie sbb ada audit..leceh betul la..

Loading

16 Comments

  1. syukur ular tu x apa2kan jiran

  2. tu kira okay jugalah ular sawa, kalau tedung selar…adeh.. lagi menakutkan

  3. Tak berapa jelas ular tu, tengok dekat2 muka sampai ke lappy baru perasan hihi, maklumlah rabun teruk kihkihhh.. Eiii takut dengan ular ni. ada pengalaman dengan jadi seraammmmm!!!

  4. Malam-malam pulak tu heeee… takut je. Nasib bomba kira expert.

  5. Tak nampak le ulau kat gambar tu…

    Jaga2 nak balas dendam tu…hehe, gurau je. Risau juga…ular dah masuk taman ni…mesti byk makanan kat taman anda ni.

  6. ishhh cuaca begini memang diaorg kuar la cari tempat sejuk. Kenit pun tak lena tido camni. Ular sekarang ni dah pandai panjat tangga 😀

  7. Ya Allah, scarynya kak eda… teringat masa mula2 pindah rumah dulu… ular sawa berlingkar dalam enjin kereta jiran…

  8. malam2 jumpa..aduh..takutnya tengok…saya pernah tengk ular..tak tahu ular apa..tengah makan katak kak…terus panggil abah.. mmg fobia betul la nk pi lepak2 kat belakang rumah..huuhu

  9. geli tengok ular.. huhu.. kat kampung aiza pun banyak juga ular ni.. selalu dia datang cari ayam untuk dimakan.. panggil bomba untuk tangkap dia..

  10. Kt kampung sy pun byk jgk ular sawa..ular tedung pun byk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *