Ujian yang tidak disangka

Assalamualaikum
Al-fatihah untuk “Tok Long” yang menghembuskan Nafas yang terakhir pada hari ahad lepas..Baru dapat tau semalam…Moga Arwah ditempatkan di kalangan orag-orang yang beriman..Dipermudahkan urusannya di sana.insyallah..
Kakak ipar dimasukkan wad semalam kerana suspect denggi..Kesian anak-anaknya..Nasib baik abang aku boleh handle semua anak-anaknya…Semalam aku terpaksa balik awal sebab nak hantar adik balik ke madrasah .Mak terpaksa menghantar adik kerumah aku,sbb  mak nak berkumpul adik beradik di rumah Tokngah aku..Al-maklumlah arwah 2 tahun lepas selepas isterinya meninggal,dia balik ke terengganu.Kami mendengar dan membuat majlis tahlil dari sini sahaja..hanya anak-anak nya sahaja yang balik ke Terengganu.Jadi terpaksalah aku tolong menghantar adik..Takut pulak mak tergesa-gesa nak ke sana-sini…Lagi pun antara madrasah dan rumah aku tak lah jauh mana..
Semuanya berlaku dalam satu hari..Allah memberi ujian kerana dia ingin melihat berapa banyak ketabahan umatnya dalam menempuhi ujian..Allah takkan beri ujian yang tidak mampu ditanggung oleh umatnya..
Doakan kaka ipar aku cepat sembuh ye..Ingat hari nie nak kena balik awal lagi..Kesian anak-anaknya ..Biar ayah takde ,jangan ibu yang takde..Sebab kadang -kadang ibu boleh menjadi pengganti ayah,tetapi ayah sukar nak jadi pengganti ibu..
Harap semuanya dipermudahkan..insyallah..

Loading

26 Comments

  1. Al-Fatihah..takziah buat keluarga

  2. takziah kepada arwah tok long n saya doakan kakak ipar tu cepat sembuh. insyaallah.. sy amik chipsmore skali.. 🙂

  3. Allah syg akak,, sebab tu dia timpa dugaan kpd akak.. 🙂 insyaAllah kakak ipar akak akan kembali sembuh.. kami semua doakan.. amin~

  4. Innalillah…semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
    Salam takziah.

  5. alfatihah..moga ditemptkan di kalangan ygn beriman. amin.

  6. Al-fatihah untuk arwah..

  7. semoga kakak ipar kak cepat sembuh, kasihan anak-anaknya.. al-fatihah kepada tok long kak yang telah meninggal dunia, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan yang beramal soleh..

  8. salam takziah

  9. Inshaa'Allah kak..hrap smua dipermudahkanNya..smoga k.ipar cpat smbuh dan al-fatihah bt arwah..

  10. Yang pergi tetap pergi. Al-Fatihah.

    Semoga yang sakit akan segera mendapat kesembuhan…

  11. Doakan yg pergi didudukkan bersama kalangan yg beriman
    Utk yg sakit moga cepat sembuh. Yg boleh membantu buatlah apa yg terbaik. Kesian anak-anak..

  12. semoga Allah permudahkan urusan kak aida dan keluarga. Dan semoga Allah kurniakan kesihatan kembali kepada kak ipar kak aida.

  13. salam takziah … moga semua dlm lindunganNya dan dipermudahkn segala urusan.. amin

  14. Semoga roh beliau dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah..amin..

  15. berat sungguh dugaan kali ni… moga KISAH dan kaum kerabat tabah ye… salam takziah buat awk dan seluruh family…

    moga beransur kembali spt sediakala hendaknya… take care..

  16. Insha Allah kak,semoga kakak ipar akak cepat sembuh ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *