Udang pilihan keluarga Umi

Udang pilihan keluarga Umi | Tetiba pulak kan umi nak bercerita pasal udang.Tapi itulah yang terfikir masa umi kopek udang malam tadi. 🙂 🙂 

Actually, udang memang banyak jenis dan harga.Ada yang murah dan ada yang mahal.Bergantung juga kepada jenis apa yang korang suka.

Di pasaran selalunya peraih banyak menjual udang kara , udang putih, udang harimau dan lain-lain lagi.Nak cerita pasal spesies udang ni memang panjang lebar lah jawapannya kan. 😆 😆 

 

Selain dari udang yang besar-besar ni, satu jenis udang yang selalu menjadi pilihan umi setiap kali ke pasar adalah udang kulit keras.Umi tak pasti namanya apa, tapi memang menjadi kegemaran keluarga umi tau.

 

Udang ni murah je.Selalunya umi beli sekilo untuk simpan.Dan umi beli sikit udang besar tu untuk buat lemak atau masakkan lain.

Actually udang kulit keras ni, sedap buat sambal tau.Kalau buat nasi lemak, umi suka betul guna udang ni.Dan menu yang paling family suka adalah jemput-jemput udang.Hah..Letak sekilo dalam tepung tu, bila dah goreng, memang ler sedap. Resepi jemput-jemput udang simple ni tak perlu lah umi bagitahu sebab rata-rata semua tau buat kan.macam kita buat jemput ikan bilis gak, cuma gantikan dengan udang dan letak daun sup je..hah!!! siaplah.. memang dak Naura dok mengail udang jelah dalam jemput-jemput tu.

 

Disebabkan udang ni kena kopek kulitnya, jadi umi selalu menjadi orang yang tabah bila nak kopek kulitnya.Selalunya umi pastikan kerja rumah settle, maka duduklah umi menghadap udang ni.

Takpe, janji anak-anak dan suami suka makan, maka umi nya sanggup melakukan apa sahaja janji semua suka makan.

Umi tak kisahlah kalau  ada yang cakap udang murah, tak sanggup nak kopek dan sebagainya..Pilihan masing-masing kan.Pada umi kalau anak-anak dan family suka apa salahnya.

 

Kalau balik ke kampung, dua tiga kilo gak umi beli.And menu kami seharusnya jemput-jemput udang.Letak daun sup bebanyak sikit…Memang puas hati.

 

Korang pulak macam mana? Suka udang ni? 

tetiba plan macam nak buat nasi lemak dengan sambal udang ni..sedapnya..

 

 

Loading

2 Comments

  1. Sis ko pun beli juga udang ni, selalu kopek-kopek pastu simpan buat rencah sayur, kalau malas, Sis ko rebus dan blender , pastu simpan, buat tumsan sayur juga…
    Udang nak beli tengok juga nak masak apa, bukan kata beli semata udang beso je kan…hehehehe

  2. Author

    hah ..betullah tu…kulit udang tu kita blender buat stok. buat rencah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *