Udang Goreng Telur Masin mudah siap

Lauk yang mudah je umi nak masakkan untuk anak dara dua orang ni dikala tengah malam nak makan.Resepi simple sebab bahan semua ada iaitu udang goreng telur masin mudah siap

Bila anak lebih dari sorang ni memang lah pelbagai ragam.Sorang suka pedas dan sorang lagi tak suka pedas.Kadang-kadang umi pun tak tau nak masak mana satu.Kalau umi masak pedas kang, si adik pulak tak makan.Jadinya umi masak dua jenis lauk untuk kakak dan adik.

Perangai kakak pulak lain sikit.Dia tak suka makan malam sebelum pukul 7.Dia akan makan malam pada tengah malam dalam pukul 10 ke atas.Masa tu umi dah nak masuk tidur dah.Tapi mak mana kan sampai hati nak biarkan perut anak kosong tak terisi bila anak mintak makan.Walau mulut membebel tak cukup tanah pun, tetap gagahi juga memasak tengah malam.

Bila kakak dah mula duduk dengan umi, kenalah umi buat kerja lebih.Kakak ni jenis dia terlalu panjang akalnya berbanding adik.Ada saja perkara dia buat tanpa kawalan.Tapi umi tetap layankan jelah dengan perangai dia tu.Yelah, budak bijak memang macam tu kan? berdoa,  beristighfar kunci kesabaran melayan karenah anak-anak ni.

Nasib baik malam tu ada udang yang dah siap umi siang dalam freeze.Petang semalam pun umi ada ke kedai aceh tu beli sedikit barang.Nampak pulak tepung telur masin tu.Hah!! Terus la ligat kepala ni bagi idea nak buat udang goreng telur masin.Sebelum ni tak pernah buat pun pakai seasoning powder egg salt ni tau.

Mudah sangat cara buatnya.Bahan pun apa yang ada di rumah jelah.Janji ada serbuk telur masin tu.Senang kerja.Meh tengok resepi udang goreng telur masin cepat siap ni.

RESEPI UDANG GORENG TELUR MASIN

Udang Goreng Telur Masin mudah siap

BAHAN-BAHANNYA

  • Udang – ikut suka nak guna berapa banyak ( udang tak perlu buang kulit)
  • Beberapa helai daun kari
  • Sedikit Marjerin
  • Egg Salted Seasoning Powder jenaam OKI( tak kisah aa nak jenama apa pun ye)

 

CARA-CARANYA

Udang Goreng Telur Masin mudah siap

Panaskan marjerin atau butter. Kemudian masukkan udang dan goreng beberapa minit.Tak perlu masak sangatlah udang tu.Nampak merah-merah sikit dah ok dah tu.Keluarkan udang tu dan letak tepi dulu.

Itu kalau korang nak ikut step lah kan.Tapi kalau macam umi, masuk terus daun kari.

Udang Goreng Telur Masin yang mudah siap

Lepas tu masukkanlah seasoning powder egg salt tu dalam kuali.Gaulkan sampai rata macam kat bawah ni

Udang Goreng Telur Masin yang mudah siap

Masukkan sikit air supaya dapat ratakan semua udang tu dengan serbuk telur masin tu.

Tak perlu tambahkan apa-apa perasa sebab dah masin.So, gaul je sehingga sebati dan tutup api.Boleh dihidangkan dengan kadar segera .Makan panas-panas takdelah muak sangat kan?

Udang Goreng Telur Masin yang mudah siap

Hah..begitulah presentation tengah malam semalam.Nasib baik umi terajin jugak nak ambil gambo kan? Kalau tak jangan haraplah.

 

Kotlah korang nak mencuba jugak seasoning powder egg salt jenama OKI ni, boleh cari di Shopee.

 

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *