Assalamualaikum
Ucapkan dengan Bunga dari Flower Chimp | Seronoknya bila dapat bunga dari seseorangan kan.Sekarang ni pelbagai jenis bunga boleh dikirim melalui online sahaja.Hanya perlu memilih bunga untuk pelbagai jenis sambutan.Kemudian,bunga dihantar oleh mereka.Tak perlu keluar untuk memilih bunga dikedai.Semuanya siap di atas talian.Mudah kan.
Begitulah Flower Chimp yang memberikan perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.Banyangkan betapa mudahnya korang untuk memilih jambangan bunga kegemaran dan merancang membuat penghantaran hanya dihujung jari sahaja.
Flower Chimp menyediakan pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah,titipan istimewa sempena sambutan hari kekasih,dan Hari ibu.Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan dari harga serendah RM89 sahaja.Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran keseluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia,termasuk Sabah dan Sarawak.Dengan rangkaian meluas itu,tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan minima.Malah,pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengahari untuk mengejutkan insan tersayang.
Walaupun nama Flower Chimp masih baru dalam perniagaan bunga ini,mereka telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini.Dalam tempoh kurang dari dua tahun,mereka telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara talian di Malaysia,Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan 5 kali ganda berbanding tahun lepas kata pengasas Flower Chimp iaitu Maximillian Lotz.
MENGENAI FLOWER CHIMP
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman iaitu Maximillian Lots dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara.Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia,mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan erkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan,Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara.Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut,mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.
Buat masa ini,Flower Chimp beroperasi di Malaysia,Indonesia dan Filipina.Dalam masa terdekat,dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal menlancarkan platform mereka di Singapura
dan Negara Asia Tenggara lain.
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
bestnya kalau dapat bunga macam ni kak eda..
Kalau sejambak bunga gitu, biasa kawan yang bagi, kalau Suami rasanya baru sekali.
Dia lg suka bagi kita coklat dr bunga hahahaha
Wahh,nak jugak.dapat bunga masa Zaman school jerk