Selamat Hari Bapa untuk semua yang bergelar BAPA| Bapa adalah seorang lelaki yang pertama dihati semua wanita.
Tanpanya juga, takkan wujud kita selain dari ibu kita. Bapalah yang susah payah mencari rezeki untuk keluarga.Penat jerih dia walaupun kita tidak nampak membesarkan anak-anak tetapi mereka adalah yang pertama untuk kita
Umi dah kehilangan bapa dekat 20 tahun lalu. Walaupun sudah digantikan dengan bapa yang baru, ia tetap tidak sama walaupun tanggungjawabnya adalah sama.
Hargai mereka selagi mereka ada. Walau tak berikan hadiah yang besar dan lumayan, titipkan doa agar mereka diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mereka
SELAMAT HARI BAPA
Ucapan khas untuk hari bapa
Pada setiap titik peluhmu
Pada setiap nafasmu
Penuh dengan pengorbanan dan kasih sayang
Selamat hari bapa 2020
Terima Kasih AYAH. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
Ayah, Tiada ucapan melainkan titipan doa buat ayah. Ayah pergi membawa separuh dari jiwa kami, kami semua rindu belaian dari seorang ayah. Selamat hari bapa buat ayah. Moga di sana nanti kerinduan ini akan temu penamatnya. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.
Buah Abah Tersayang… Terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang melindungi anak-anak dari dunia luar yang mencabar sehingga kami terdidik menjadi manusia berguna. Moga Allah panjangkan umur abah (dan mak juga). Stay macho dan encem seperti selalu. Love U Abah! Kami sayang Abah.
Belajarlah dari Luqman, seorang bapa yang diabadikan namanya dalam Al-Quran dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menelusuiri liku-luku kehidupan. Kasihnya Ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa.
Buat Ayah, walau dimana sekalipun kau disaat ini. Semoga tuhan selalu memberkati, menjaga dan mencintaimu.
Disetiap keringatmu, disetiap nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih Ayah
Semoga bermanfaat
Samalah kita, hampir 20 tahun lebih dah takde kasih sayang Bapa…yang ada Suami yang comel hahahaha