Ubat Carbimazole Untuk Hyperthyroid Umi

Ubat Carbimazole Untuk Hyperthyroid Umi

Ubat Carbimazole Untuk Hyperthyroid Umi | Pasrah la bila dah mula kena makan ubat.Semoga umi cepat sembuh dari penyakit ni.

Penyakit Thyroid ni memang menganggu kehidupan seharian umi.Tak se’GAH’ dulu bak orang kata.Paling menganggu sangat adalah susah nak tidur, susah nak bangun pagi.Yelah, kalau dah pukul 2-3 pagi baru boleh tidur, kadang-kadang tu terlajak jugaklah.Dengar sayup-sayup je orang kejut bangun.Tapi tak taulah nak cakap macam mana.

Ada umi ceritakan di entry INI macam mana umi dikesan mendapat penyakit Hyperthyroid ni.

So, sekarang ni kira tinggi jugaklah bacaan thyroid umi.Jadi doktor bagi umi ubat Carbimazole.Untuk jantung laju tu umi memang ambil Bisoprolol.Actually ubat jantung laju tu dulunya ambil bila perlu sahaja.Tapi bila selalu sangat, umi ambil setiap hari.Dan sekarang ni dah jarang jantung laju, umi just ambil bila perlu sahaja.

Pesakit HyperThyroid ni memang dah biasa dengan ubat Carbimazole.Ada yang ambil hanya 2 biji sekali sehari dan ada juga yang melebihi dari 6 biji.Apa itu Carbimazole?

UBAT CARBIMAZOLE UNTUK PESAKIT HIPERTIROIDISME

Hipertiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid dalam badan menghasilkan dan merembeskan hormone tiroid yang berlebihan. Pesakit yang mempunyai paras tiroid yang tinggi mungkin mengalami denyutan jantung yang kencang, penurunan berat badan, sentiasa terasa panas dan senang berasa marah. Carbimazole bertindak dengan mengurangkan penghasilan hormon tiroid.

Doktor ada bagitahu supaya jangan berhenti makan ubat ini tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.Jika kita terlupa mana-mana dos ubat, ambil dos tersebut sebaik sahaja kita teringat.Jika ia sudah menghampiri waktu untuk dos berikutnya, ambil dos seperti biasa.Jangan gandakan dos ubat atau ambil dos ubat yang berlebihan untuk menggantikan dos yang terlupa.Ubat ini boleh diambil sebelum atau sesudah makan,

Ubat Carbimazole

 

Umi pun tak tau apa kesan-kesan sampingan ubat ni sehinggalah umi masuk group support untuk pesakit Thyroid Malaysia.Jadi apa yang umi baca umi kongsikan disini tentang kesan ubat Carbimazole.

KESAN-KESAN SAMPINGAN YANG MUNGKIN DIALAMI 

Kesan-kesan sampingan yang biasa dialami termasuk rasa loya, ketidakselesaan perut, dan penipisan rambut.

Ubat ini juga mungkin akan mempengaruhi keputusan ujian hati atau darah.Jika kita mengalami kesan-kesan sampingan serius seperti berikut.Berhenti mengambil carbimazole dan jumpa dengan doktor dengan segera jika:

  • Kulit atau mata berwarna kungin
  • Air kencing berwarna gelap
  • Hilang selera
  • Rasa sakit di bahagian kanan atas perut
  • Sakit otot
  • Lebam atau pendarahan yang luar biasa
  • Keletihan yang luar biasa

Tanda-tanda alahan ubat termasuklah salah satu atau beberapa yang berikut:-

  • Muka/mata/bibir bengkak
  • Kesukaran bernafas
  • Ruam kulit yang gatal pada seluruh badan

Jika kita mengalami tanda-tanda diatas, seharusnya berhenti ambil ubat tersebut dan berjumpa dengan doktor.

Sumber: sini

Alhamdulillah, umi rasa kurang sikitlah sakit di bahagian tekak ni.Tapi bila umi tengah marah yang melampau, atau umi makan sesuatu yang tak kena, akan rasa sakit dibahagian tekak sehingga ke telinga.

Nak stabilkan emosi memang payah korang.Kadang rasa nak kurungkan diri dalam bilik.Lagilah musim PDPR ni, anak-anak semua kat rumah.Biasalah kan budak-budak, kadang buat sepah.Kadang bila buat kerja sekolah kena tumpu kat dia je.Haishh..Macam-macamlah.

Cuma umi berdoa moga Allah swt berikan kekuatan pada umi melawan penyakit ini.So, inilah dia ubat carbimazole untuk hyperthyroid umi.

 

Loading

2 Comments

  1. moga cepat sembuh aida….

  2. Adik ipor aku kan sama sakitnya ni, memang makan ubat banyak, tapi yang dia tak tinggal makan, Omega Eda.. tu memang dia makan, siap beli botol paling besor sekali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *