TUKAR MEE KARI BILA BOSAN DENGAN NASI | sejak PKP ni memang dah bosan nak makan nasi.Tengahari nasi malam pun nasi.Sampai umi sendiri pun rasa dah muak
Jadi dengan persetujuan dari anak-anak dan babah, menu tengahari kami umi buat mee kari.Kadang tak tau dah umi nak masak apa.Sampai dok menggoogle hari-hari apa menu yang nak disediakan untuk anak-anak dan babah.
[ Baca Juga : 10 resepi nasi goreng lagi sedap buat di rumah ]
Nasib baiklah Mee kari tu tak pedas sebab si Auni ni memang tak boleh makan pedas.Bukan tak boleh, bukan tak biasakan, tapi memang dia taknak.Sampaikan umi kena bagi dia test dulu apa yang umi masak.Nak-nak masakkan yang nampak merah tu.Memang kena bagi dia cuba.Banyak kali pujuk kadang-kadang baru makan.
So, Mee kari ni umi memang tak guna lada pun.Just kari semata jelah.Tapi mee kari memang tak guna lada blender kan.Senang pulak tu nak sediakan.Dalam mee kari tu umi letak fishball dengan fishcake bebanyak sebab bebudak ni memang suka .
Dua mangkuk mee kari settle satu hari tu.Sampai malam pun makan tu jugak.Anak-anak jelah dok nak makan nugget la apa.jadi kita tukar mee kari bila bosan dengan nasi
Nak resepi mee kari ni boleh tengok resepi di bawah ni
RERSEPI MEE KARI YANG MUDAH NAK BUAT
Bahan-bahannya
- 4 Biji bawang merah – blend
- 1 labu bawang putih – bland
- 2 pek serbuk kari daging ( pek kecil)
- 1 pek 3 sekawan( guna yang rm1)
- 2 kiub pati ayam maggi
- fishcake
- Fishball
- Tauhu kering
- Isi ayam atau tulang ayam
- 1 kotak santan 200ml
- Gula dan garam secukupnya
- Air
- Ikan bilis segenggam dan blend dengan sedikit air sehingga hancur
BAHAN HIASAN
- Telur rebus
- Cili merah
- sawi
- taugeh
- Limau Kasturi
CARA MEMBUATNYA
- Tumis bahan kisah, 3 sekawan, cili kisar dan serbuk kari.
- Lepas itu Tumis sampai pecah minyak dan naik bau.Masukkan ikan bilis yang dah dikisar tadi
- Kemudian masukkan batang sawi sahaja yang dah di potong.
- Masukkan santan dan air secukupnmya.
- Masukkan kiub bati ayam, garam dan gula secukupnya.Kalau suka boleh la letakkan ajinamoto.
- Last sekali masukkan tauhu kering dan tunggu sehingga mendidih.
- Selepas tu bolehlah masukkan mee di dalam mangkuk lain, dah masukkan kuah serta bahan hiasan tu.
Hah..Esok plan nak masak ape tak tau.Nasi beriani pun dah buat.Umi dah jemu jugak ni asyik makan ayam je.
Kita guna numee jugakkk . sedapp mee kari