Tukar Keyboard Bluetooth kepada Keyboard Usb.Kalau ikutkan taknak la tukar kan, tapi memandangkan keyboard tu bikin umi naik darah, jadi kita bertukar kepada keyboard usb.
Kalau dulu umi guna keyboard bluetooth berwarna pink yang umi beli di Shopee, sekarang ni dah tak boleh digunakan lagi.Yelah, warna pebret umi kan pink, lagi satu dulu keyboard ni viral jugak.Tu yang beli tu.
Disebabkan asyik la dok lost connection bluetooth dia tu, tiba-tiba tengah dok typing, dia buat hal.Sakit pulak hati kan.Dari terus hati disakiti, baik mintak babah beli baru..
Mula-mula nak beli kat Shopee, tapi babah kata dia nak tengok dulu keyboardnya.Jadi pergilah kami ke kedai.Banyak kedai dah dia masuk, tapi tak jugak berkenan.
Last masuk kedai gadget Bukit Dahlia, berkira-kira pulak dia nak beli.Jadi umi cakap kat dia, dah lepas ni terus taknak beli.Dia taulah kan umi nak merajuk, dia suruh pilih je.
Pilih punya pilih, sekali pilih keyboard gaming sebab babah nak ada lighting kat keyboard tu.
Umi pun suka dengan keyboard gaming ni sebab button dia tu lembut je.bunyi pun sedap.Teringat dulu kalau kerja, time closing memang best bunyi dengar orang tekan keyboard kemain laju.Yelah, kalau korang duduk kat payroll, korang tahulah kerjanya macam mana.
Jadi sebab tulah umi pilih keyboard gaming ni untuk keperluan umi.Yang penting dia guna usb.Tak suka dah guna bateri dan bluetooth tu.
Sebenarnya keyboard ni macam-macam jenis ye korang.Meh umi share jenis keyboard atau papan kekunci iaitu
- Keyboard QWERTY
- Keyboard KLOCKENBERG
- Keyboard DVORAK
- Keyboard MALTORN
- Keyboard Mekanikal
- Keyboard Satu Tangan
- Keyboard Angka
- Keyboard Maya
Kalau korang nak tahu ciri-ciri keyboard ni korang google ye.Sebab macam panjang pulak umi nak menaip tu..hahaha
Harap keyboard ni bertahan bertahun-tahun lama lah hendaknya ye.Sibuk pulak tangan si kakak ni.Pantang umi ambil gambar tau.
Lepas ni makin bestlah babah main game kan?