Tukar Cara Kita Berdoa Dengan Formula Ini |Doa pun ada formulanya tau.Bukan sahaja Sifir.Kadang umi pun berfikir, adakah betul cara kita berdoa untuk meminta sesuatu kepada Allah?
Sebenarnya apa yang kita nak dalam berdoa? Of courselah sebab nak doa kita tu dikabulkan oleh Allah swt kan? Tapi pernah tak kita fikir, kalau kita inginkan sesuatu, cara kita berdoa tu macam mana? Ya betul, doa adalah senjata yang paling ampuh untuk orang islam.Telah diriwayatkan, setiap huruh hijaiyah didalam Al-Quran itu, Allah swt memerintahkan satu malaikat untuk menjaganya. Seperti huruf ‘alif’ dijaga oleh Mailakat ‘Hatmahtolqiyail’ dan ‘ba’ pula dijaga oleh Malaikat bernama ‘Har Hayaail’.
Sepertimana kita maklum bahawa Allah swt Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Tetapi untuk mencapai khusyuk doa itu hendaklah kita memahami setiap bait ayat dan maksudnya sebaik diucapkan.
Jika telus pemahamannya, maka doa itu dilakukan sepenuh hati seiring dengan kandungan yang ingin disampai kepada Allah swt. Ini kerana ada ulama berpendapat bahawa apabila kita berdoa, namun kita sebenarnya tidak mengerti apa yang kita doakan. Seolah-olah berdoa tetapi dengan maksud yang bertentangan dengan apa yang ingin disampaikan.
Tukar Cara Kita Berdoa Dengan Formula Ini
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku “.
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku…”
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.
“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini kita nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:
“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ‘
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:
“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah..”
“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah..“
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini
sama-sama zumal