Truly Malaysian Buffet Dinner di Double Tree By Hilton JB | Buffet dinner kali ini umi nak share dengan korang tentang Makanan Truly Malaysian.
Truly Malaysian Buffet Dinner di Double Tree By Hilton JB
Makan Kitchen sama-sama menyertai perayaan Hari Malaysia dan dengan itu mereka menganjurkan Makan Malam Buffet sempena Hari Malaysia sepanjang bulan September ini.Truly Malaysian Buffet Dinner adalah bertujuan memperkenalkan Makanan Malaysia yang mempunyai keharmonian budaya di bawah satu bumbung.Makan Kitchen menghidangkan pelbagai hidangan tempatan dengan lebih 100 jenis variasi makanan.
Tetamu yang hadir bakal menikmati masakan tradisional Malaysia termasuk hidangan Melayu, Cina dan India.Antara hidangan masakan melayu tradisional Malaysia adalah Nasi Kak Wok, Sup kambing sum-sum, Asam Laksa, Nasi Kerabu, Nasi dagang,Sup ikan dan banyak lagi yang korang boleh pilih.So, sangat rugi kalau korang tak menikmati hidangan Truly Malaysian Buffet Dinner di Double Tree Johor Bahru ni.
Sampai umi pun dah rambang mata nak pilih menu yang sedap- sedap ni.
Hidangan Truly Malaysian dilengkapi dengan pelbagai pencuci mulut yang sedap seperti Kek Lapis Pandan, Bubur Cha-cha, Sagu Gula Melaka, Apam balik, Pisang Goreng, termasuk aiskrim Malaysia berperisa jagung, Kacang Hijau, Bandung dan banyak lagi.
Gambar penuh korang boleh tengok di IG dan Facebook umi ye.
Bukan itu sahaja, bulan ini mereka menyediakan satu Kaunter khas Hainanese dan Kantonis yang menampilkan Baked Wenchang Chicken, Puqian Zaopo Local Vinegar Seafood Noodle dan hidangan yang lebih menarik akan disediakan.
Untuk mempamerkan kepelbagaian dan budaya yang berwarna-warni, para tetamu dijemput untuk makan dengan memakai Baju Kurung, Cheongsam, Saree dan pakaian tradisional tempatan yang lain. Mereka yang datang berpakaian semangat sebenar di Malaysia akan menerima diskaun 10% .
Makan kitchen beroperasi setiap hari dari 6.30 pagi sehingga 10.30 malam.Truly Malaysian Buffet Dinner hanya ada pada hari Ahad sehingga Khamis dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam.25% hanya untuk APAC members sahaja
HARGA BUFFET DINNER TRULY MALAYSIAN
RM88 per net adult
RM44 per net child
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi details di bawah
Semua menu sedap, paling banyak Sis makan carrot cake tu dan juga semestinya laksa johor hehehe
Semua suzie makan..paling suka menu nasi dagang dan smbal belacan lagi power..??