Trip kembara Blogger Johor bersama Tourism Johor

Trip kembara Blogger Johor bersama Tourism Johor | Hai korang..??Alhamdulillah..Settle hari pertama Trip Kembara blogger bersama Tourism Johor.

Walaupun baru hari pertama kami dah menjelajah beberapa tempat pelancongan di Johor Bahru ni.Walaupun aku orang Johor,tapi tak semua tempat yang aku pernah pergi dan tahu.Tapi bila bersama Trip Kembara Blogger Johor bersama Tourism Johor,baru kami dapat banyak maklumat tentang tempat-tempat pelancongan di sekitar Johor ni.

Pada permulaan tadi kami di bawa ke eco Tourism Kampung Sungai Melayu yang terkenal dengan pusat penternakkan kupang.Di sini juga terkenal dengan Asam pedas dan seafood.Nanti aku cerita lebih lanjut mengenainya.

Selepas makan tengahari di Kampung Sungai Melayu,kami dibawa untuk ke Ekspo Johor Berkemajuan yang terletak di  Kota Iskandar.Memang korang wajib datang sini tau.Ekspo besar-besaran yang diadakan di Johor Bahru.

Lepas pada tu,kami dibawa ke Hello Kitty Town..huihhh..macam-macam ada kat sana tau…

Selepas pada Hello Kitty Town,kami ke Lagoland pula.Dalam pukul 7 gitu kami bergerak ke Hotel penginapan kami di Amari Hotel Johor Bahru.Review pasal hotel ni aku akan buat di Entry lain ye.

Tapi kami tak terus check in tau,just letak barang je.Then kami makan malam di Dapur warisan sambil melihat tarian Zapin.

Selelas tu,kami ke bazar karat untuk window shopping sebelum balik ke Hotel..hah..itu jelah tentative program aku dan blogger serta pihak Tourism Johor.Insyallah esok kami akan ke Kota Tinggi..so korang stay tuned ye..

8 Comments

  1. Wahh best pernah g johor.. G plaza angsana bazar karat, dangar bay, satu tempat makanan tepi sungai jb bertentang dgn johor xingat nama

  2. Persisiran pantai dekat hospital tu kan…emmm..banyak lagi tau tempat Johor ni yang perlu orang luar lawati

  3. Assalamualaikum eda…bestnya dpt pengalaman mcm ni…bukan selalu dptkn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *