Travelog Penang & Perak |Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam

Travelog Penang & Perak|Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam

Travelog Penang & Perak |Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam.Alhamdulillah niat nak bawa anak-anak jauh sikit tercapai tahun ni.

Lama jugak dok plan nak bawa anak-anak ni berjalan.Kalau tak asyik balik Melaka dengan Kota Tinggi je.Jadi ada rezeki lebih tahun ni bawaklah diorang ni berjalan.

Itu pun sebab plan adik umi yang nak juga bawa isteri dia berjalan.Bincang punya bincang dengan adik umi yang satu lagi kat KL tu, nak juga bawa mak ayah berjalan.

So, kami decide untuk bawa 2 kereta.Memandangkan kereta umi pun dah boleh bawa penumpang lebih, jadi adik umi yang dah berkahwin ni(mamat) boleh la naik sekali dengan isteri dan baby.Manakala anak-anak umi boleh naik dengan cik Along dia iaitu adik umi yang duduk KL tu.

Itinerary ni semua dah disusun oleh adik umi di KL.Malangnya ada banyak tempat yang kami tak dapat terjah disebabkan jammed dari KL ke Penang.Bayangkan kami dari KL pukul 9 pagi, sampai ke Penang pukul 7 malam.Jadi memang banyak sangat tempat yang kami tak dapat nak pergi.Sedih kan?

Apa nak buat.ramai orang ambil kesempatan cuti sekolah untuk bawa keluarga bercuti kan? Jadi tak puaslah kami nak ke tempat-tempat macam tu.

Sebenarnya 3 haribulan hari tu, mak ayah dan anak-anak umi serta seorang lagi anak saudara umi ke KL menaiki bas.Mulanya memang Mak ayah je naik bas, tapi disebabkan bebudak ni pun excited nak naik bas jugak, jadi umi belilah tiket untuk diorang sekali.

Baca juga : staycation di Swan Garden Melaka

Diorang naik bas sebab adik yang kat KL tu kerja, jadi tak dapatlah turun JB.Dia tunggu mak ayah jelah kat sana.Yelah, kesian pulak nak patah balik KL-JB naik pulak KL semula kan?

Dapatlah kitorang jalan-jalan KL sekejap.Itu pun sebelum ke KL umi hantar MIL ke Melaka.Nak bawak dia memang dia tak larat nak berjalan.Jadi sementara letak rumah kakak ipar di Melaka.

Jadinya Itinerary ni dari KL-Penang-Perak lah kan.hahahaJom tengok apakah Travelog Penang & Perak|Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam list yang umi dapat pergi selama kami di sana.Kalau ikut plan asal banyak tempat dah tu cancel

 

DAY 1 – KL

  • Bertolak dari Kota Tinggi
  • Singgah di Merlimau Melaka
  • Makan di Restoran Asam Pedas Melaka
  • Check In The Face Suites KL
  • Makan di Restoran Hokkaido Seafood
  • Jalan-jalan di Tasik Titiwangsa
  • Balik Hotel

The face suites

Di KL adik umi dah buat tempahan penginapan di The Face Suites ni.Hotel ni menempatkan dua bilik yang sangat selesa dan apa yang paling umi suka ia berdekatan dengan KLCC dan Menara KL yang dapat dilihat dengan jelas di Tingkat 52 tak silap umi iaitu di swimming pool.Nanti umi cerita details tentang The Face Suites ni ye

Day 2 – Penang

  • Bertolak dari KL ke Penang
  • Lalu di Jambatan kedua Pulau Pinang
  • Check In di 147 Armenian Park GuestHouse
  • Makan di Restoran Tajuddin Hussin Nasi Kandar
  • Jalan-jalan di sekitar Guesthouse

147 armenian guest house

Penginapan kami di Penang adalah di 147 Armenian Park Guesthouse yang boleh menempatkan 10 orang di dalamnya.Umi cerita di lain entry.Umi suka sangat dengan guesthouse ni. Tapi adalah kekurangannya sikit.Nanti umi cerita ye

Day 3 – Penang & Perak

  • Bertolak ke Penang Hill
  • Breakfast di Sekitar Penang Hill
  • Bertolak ke Perak
  • Check In Tambun Inn Hotel
  • Malam ke Hot Spring Lost World Of Tambun
  • Makan di Restoran Tom Yam Batu 6
  • Balik Hotel

Day 4 – Perak

  • Breakfast di Salmah Kopitiam  Restoran berdekatan
  • Bertolak ke Taman Rekreasi Gunung Lang
  • Naik Boat ke Gunung Lang \bagi ikan makan
  • Ke Gua Tempurung
  • Ke Kellie’s Castle
  • Makan di Restoran Hakim Tomyam
  • Jalan-jalan di Ipoh Night Market
  • Makan kat mamak hahahha
  • Balik hotel

DAY 5 – Perak

  • Check Out hotel dan breakfast di Salmah Kopitiam
  • Gerak balik ke JB

 

Hah itu sahajalaha Travelog Penang & Perak|Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam.Lepas ni nak pergi satu Negeri je.Taknak melepasi banyak negeri sebab tak dapat nak pergi ke semua tempat dalam satu hari.Penat uii..

 

Loading

1 Comment

  1. Nasiblah aku cancel plan nak ke Rumah Hutan tu, kalau tak menempuh jem laaaa tak memasal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *