Transit Babysitter

Assalamualaikum
Dulu,masa muda remaja,tak kisah pun pasal cerita bab babysitter ni,al-maklumlah,belum ada anak..Itu yang tak kisah tu..Tapi bila ada bila lepas beranak,dok usha pasal babysitter ni.
Source :google
Dah puas menggoogle,last-last terjumpalah satu group di fb iaitu pengasuh sekitar Johor Bahru.yang menariknya di dalam group ni,semua babysitter di daerah Johor Bahru.Of courselah kan..Sesiapa yang nak cari babysitter ni,boleh search group ni dalam facebook ok!
Di dalam group ni juga,bukan sahaja kita tahu,harga setiap babysitter,tetapi pengalaman mak-mak orang yang pernah menggunakan khidmat babysitter tu jugak..Lagi satu banyak jugak keluh kesah diantara kedua-dua pihak dalam menjaga dan menghantar anak-anak mereka.
Lagi satu yang baru aku tahu tentang babysitter.iaitu Transit Babysitter..Kalau korang nak tau,ataupun korang dah tau,hahaha..itu aku tak tau,sebagai info yang belum tahu jelah kan..Transit Babysitter ni,Dia macam menggantikan babysitter yang sedia ada tu bercuti.maksudnya,hari ni babysitter aku bercuti,so aku hantar lah kat Transit babysitter ni,Upah dia sehari..Oklah kan dari kita kena cuti,tolak cuti dah berapa,baik bagi kat Transit Babysitter tu..Ada juga rezeki diorang..
Alhamdulillah la,Setakat ni Naura senang nak bagi kat orang,Orang yang menjaganya pun bagitau kat aku,yang Naura tak banyak ragam..Syukur..Tapi kalau dengan umi dia je yang ngengada lebih…hahahah
Hah!! itu jelah aku nak cerita kat korang..hati babysitter ni kita nak kena jaga tau kalau dia jaga anak kita dengan baik.Alhamdulillah,aku dapat babysitter yang tak berkira sangat.Aku bayar dia pun murah je,so,kalau aku nak demand tu,rasa macam tak fair pulak kan..Janji dia jaga anak aku elok sudah,Cukup makan pakai,baju tak selekeh.Takde cedera mana-mana..syukur..
Babysitter korang macam mana pulak?

Loading

5 Comments

  1. Betul car Eda tu kita jgn cerewet sangat
    Janji dia jaga Naura dgn baik tak payahlah berkira sangat

    Cuma sesekali buat spot-check boleh juga.

  2. hari sabtu atau ahad,sapa-sapa nak minta tolong jagakan anak..saya boleh jaga..

  3. zaman saya dah berlalu dah kak hehe … kalau jumpa babysitter yang banyak songeh memang hazab le nak layan, tapi kalau dapat yang baik alhamdulillah. Tenang hati kita kat pejabat 🙂

  4. dekat kL ni pun ada group FB Kelab Pengasuh Selangor & KL….memang cari Bbysitter anak IQ dekat situ, mudah dan senang dapat reply daripada pengasuh. heeee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *