Topeng Muka Yang Betul untuk diGunakan Pada Musim Jerebu

Topeng Muka Yang Betul untuk diGunakan Pada Musim Jerebu

Topeng Muka Yang Betul untuk diGunakan Pada Musim Jerebu

Topeng Muka Yang Betul untuk diGunakan Pada Musim Jerebu | Bukan kali pertama Malaysia mengalami Musim Jerebu.Harap cepatlah beransur pulih,

Untuk hari ni je kadar IPU di sekitar KL dan Melaka pun naik tinggi.Banyak Sekolah yang tutup akibat Jerebu yang tinggi.Sempatlah umi snap kadar bacaan IPU di Johor Pagi ni.Memang banyak kawasan mempunyak kadar IPU yang tinggi.

Ini baru IPU  sekitar Johor.Belum lagi Negeri yang lain.Yang kuning tu menandakan keadaan Jerebu yang tinggi dan kurang sihat.Bahaya jika kita terdedah kepada jerebu.

Sebab tu masa balik Melaka, umi tak bawa sangat budak-budak ni keluar.Walaupun anak-anak dok sibuk nak berjalan, umi tetap bawa mereka tempat yang dekat² je.Hanya bersantai di Klebang je.Dapatlah budak-budak main kereta kat Dataran tu.

Semalam, umi ada baca perkongsian di Facebook tentang tips yang betul untuk kita jaga kesihatan kita semasa Jerebu.Jerebu ni boleh mendatangkan penyakit pada kita.So, tindakan awal kita adalah mencegah sebelum terkena.Jika tak ditangani dengan baik, akan mendatangkan bahaya yang berkaitan dengan pernafasan dan paru-paru.So please alert ye.

TIPS SEMASA MUSIM JEREBU

Minum air secukupnya
Minum air suam sebanyak mungkin. Pastikan anda membawa botol air ke mana juga anda pergi. Ini untuk mengelakkan tubuh anda dari kekurangan air.

Mandi dengan kerap
Sentiasa membasuh muka serta kulit yang terdedah kepada jerebu. Sebaiknya anda mandi dengan kerap. Ini untuk mengelakkan dari kulit gatal.

Kurangkan aktiviti luar
Jangan melakukan aktiviti luar dengan kerap. Sebaiknya anda duduk di dalam rumah dan pastikan pintu rumah tertutup untuk mengelakkan udara tidak sihat.

Pakai topeng muka
Pastikan anda memakai topeng muka yang bersih. Sentiasa menyimpan lebihan topeng muka di dalam beg.

Cuci baju
Mencuci pakaian anda yang terdedah kepada jerebu juga sebagai langkah berjaga-jaga. Sebaiknya anda tidak menyidai baju di luar rumah.

Berhenti merokok
Bagi anda yang gemar merokok dinasihatkan untuk kurangkan atau berhenti jika punya daya . Tindakan anda juga menyumbang kepada pencemaran udara yang telahpun tercemar.

Jumpa Doktor
Jika anda mengalami simptom seperti sesak nafas, sakit dada, mata berair, sakit tekak, lelah dan asma atau gatal-gatal anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk.

 

So, apapun kita kenalah jaga kesihatan sebaik mungkin pada musim-musim macam ni.

Dan pakailah topeng muka yang betul semasa jerebu ni ye.Tengok gambar di bawah

Moga cepatlah berlalu musim jerebu… Jaga kesihatan ye korang..

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

3 thoughts on “Topeng Muka Yang Betul untuk diGunakan Pada Musim Jerebu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *