TONTON PERLAWANAN BOLA ANTARA JDT DAN SELANGOR DI GELANGGANG FUTSAL

TONTON PERLAWANAN BOLA ANTARA JDT DAN SELANGOR DI GELANGGANG FUTSAL | Jaranglah umi ambil port pasal bola ni,tapi masa kat kampung maklah yang ajak tonton bola kat gelanggang futsal di kampung kami.

Disebabkan anak-anak pun sibuk nak mengikut nenek dia, jadi umi angkut semua sekali ke gelanggang futsal.Tapi yang lelaki-lelaki boleh pulak taknak ikut.

Takpelah, yang taknak ikut tu kita biarkan jelah dia, yang penting anak-anak ada sekali.Sebenarnya tontonan perlawanan bola ni dianjurkan oleh KRT kampung umi.Generasi kedua Felda Air Tawar 5 ni memang rajin buat macam-macam aktiviti.

Mak pulak memang apa-apa aktiviti dia akan join jugak.Tak kiralah dianjurkan oleh Felda ataupun generasi kedua.Memang happening.

Nak selesa kenalah bawa tikar sendiri.Masa ni memang tak penuh lagi futsal ni.

Bukan itu sahaja, malam tu kami dihidangkan dengan makanan ringan seperti jemput-jemput dan juga mee hoon singapore serta air kotak dan mineral water.Jadi boleh menikmatinya secara percuma.

Sebelum mula menonton tu, of courselah kena isi perut dulu kan, barulah semangat nak menyokong.Bukan tu je, ada juga lucky draw pada mereka yang hadir pada malam tu.

Memang gamat habis bila perlawanan bola sepak antara JDT dan Selangor ni.Masing-masing bersorak bagai nak rak.Yang kelakarnya, ada juga yang bawa toto dan bantal serta makanan lain.

Umi tak sempat pulak nak beli macam-macam sebelum datang ke sini.

Dah macam nak tengok wayang pacak pun ada .Masa ni dah ramai sangat la.Tengok bebudak tu, dapat kuaci senyap memasing.Nasib baik budak-budak ni behave.Takde ke sana sini.

Untuk lucky draw dapatlah bawa balik sekampit beras dan barangan makanan yang lain.Tak sia-sia bawak rakyat yang ramai.hahaha

Hah, itulah dia cerita tentang tonton perlawanan bola antara jdt dan selangor tu.Apa pun tahniah kepada JDT kerana memenangi perlawanan bola pada malam itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *