TONTON ONLINE DRAMA ASH DAN AISH

TONTON ONLINE DRAMA ASH DAN AISH

TONTON ONLINE DRAMA ASH DAN AISH lakonan Meerqeen, Siti Khadijah Halim dan lain-lain di Astro Ria Slot Mega Drama

Drama adaptasi novel Ash & Aish karya Maya Adira ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga khamis, jam 10 malam mulai 10 ogos 2022 di slot Mega Drama melalui saluran Astro Ria(104).

Drama Ash dan Aish adalah drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan diarahkan oleh Helmi Yusof.

SINOPSIS ASH DAN AISH

TONTON ONLINE DRAMA ASH DAN AISH

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang tabah bernama Aisha.Aisha atau Aish, kehilangan kelarganya dalam satu kemalangan.Oleh sebab itu, dia pernah hampir dicabul oleh bapa saudaranya sendiri kerana mahukan harta keluarga.Aish melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baru.

Ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka, Aihs bertemu dengan Ashrafi(Ash), seorang lelaki misteri yang sering membeli lolipop dan makanan kucing di kedai tersebut.Selepas mengetahui tentang Aish yang menghadapi kesempitan hidup untuk menyara diri di Kota Raya, Ash mempelawa Aish untuk bekerja di kafe miliknya sendiri.

Pekerja-pekerja di kafe Ash iaitu di Sanctuary Cafe mempunyai kisah hitam masing-masing.Mereka diberi peluang oleh Ash untuk membina kehidupan yang baharu sebagai pekerja di kafenya.Aish yang turut mempunyai impian yang sama seperti pekerja-pekerja lain terus menerima tawaran Ash.

Ash sering membantu Aish untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, Aish menawarkan diri untuk menjadi isteri Ash sebagai gurauan supaya dia tidak perlu membantunya lagi untuk mencari tempat tinggal. Namun guaraun itu diambil serius oleh Ash dan mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma.

Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma.

Watak Pelakon


Meerqeen sebagai Ash
Siti Khadijah Halim sebagai Aish
Nadhir Nasar sebagai Izhan
Anna Jobling sebagai Dalila
Norreen Iman sebagai Kak Wati
Harissa Adlynn sebagai Amni
Asha Merican sebagai Izma
Idzham Ismail sebagai Anwar
Nada Syuhada sebagai Jihah
Arash Mohd sebagai Hj Adnan
Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
Dato’ Rosyam Noor sebagai Aziz Irfan
Andy Teh sebagai Assad
Zizi Hazirah sebagai Juita
Muhammad Irsyadi sebagai Rudy
Syahir Shafein sebagai Eddy
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Kuza Muzani sebagai Hajah Zarina
Zainol Mcwilson sebagai Encik Mukhtar
Rahim Omar sebagai Haji Rahim

p/s: Lama-lama umi ikut cerita ni makin best pulak.Tapi tak sempat nak tengok dekat tv, kita tonton drama ash dan aish secara online je.

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.