malbatt

TONTON FILEM MALBATT MISI BAKARA, RUGI TAK KORANG TAK TENGOK

Filem Malbatt Misi Bakara ni merupakan filem berdasarkan peristiwa “Black Hack Down” dimana ia menceritakan tentang sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat di dalam operasi menyelamatkan pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pertempuran di Bakara Market,Somalia.

Dan filem Malbatt ni wajib korang tonton untuk melihat bagaimana pasukan tentera Malaysia bertempur semasa misi menyelamatkan tentera Amerika Syarikat.

Filem ni memang penuh dengan aksi dan ada juga aksi-aksi yang menakutkan kita.Tak terkecuali jugak bila masuk bab yang menyedihkan bila salah seorang tentera Malaysia yang mati terkena tembakan peluru.Haishh masa tu sedih je rasa.

Kali ni bukan bawa anak-anak je, mak, keluarga abang sebelah babah, anak-anak saudara umi pun ikut join jugak tengok filem Malbatt tu.Kemain seronok diorang bercerita pasal filem ni.

Filem Malbatt Misi Bakara

Saja umi ajak diorang supaya tengok macam mana kerja tentera tu macam mana.

Kalau korang nak tahu cerita tentang sejarah Malbatt ni, dulu seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.

Kalau dulu kita tengok filem hollywood yang berjudul Black Hawk Down yang diarahkan oleh Ridley Scott pada tahun 2001, yang berdurasi hampir tiga jam tu, dikatakan hanya sekali sahaja menyebut Malay Army sedangkan kalau dari cerita sebenar, anggota Malaysia kita yang banyak membantu mereka dalam menyelamatkan anggota mereka.

Sebab tu filem yang diarahkan oleh Adrian Teh ni membuka mata masyarakat tentang kejadian sebenar yang diceritakan sendiri oleh tentera yang terlibat.

Filem Malbatt Misi Bakara

SINOPSIS MALBATT MISI BAKARA

Filem yang diadaptasikan daripada kisah sebenar dan fakta pertempuran selama dua hari pada 3 Oktober 1993 di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia yang kurang diketahui ramai.

Malbat: Misi Bakara memaparkan kisah mengenai keberanian dan komitmen pahlawan-pahlawan Malaysia yang bersedia menghadapi segala cabaran demi mengekalkan nilai-nilai patriotisme dan solidariti.

Ia mengisahkan pengalaman 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja(RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia(Malbatt) 1 yang diberi tugas untuk menyelamat 70 anggota US Rangers yang terperangkap dalam kejadian Black Hawk Down semasa misi pengaman di Somalia dari tahun 1992 hingga tahun 1995.

ketika itu, pasukan tentera Amerika Syarikat dikepung oleh ribuan pengikut Farah Aidid semasa berlakunya pertempuran.Mereka terperangkap selepas helikopter Black Hawk mereka terhempas di kawasan tersebut.

PELAKON FILEM MALBAT : MISI BAKARA

Bront Palarae sebagai Mejar Adnan
Shaheizy Sam sebagai LKPL Ramlee
Hairul Azreen sebagai LT Ismail
Zahiril Adzim sebagai LT Dahari
Iedil Dzuhrie sebagai LT Mustafa
Adlin Aman Ramlie sebagai KOL Rahman
Fauzi Nawawi sebagai Mejar Osman
Tony Eusoff sebagai Mejar Abd Samad
Syazwan Zulkifly sebagai LT Johan
Dafi Ismail Sabri sebagai LKPL Zulkifli
Taufiq Hanafi sebagai LKPL Fuad
Nafiez Zaidi sebagai LKPL Nik Zainal
Dini Schatzmann sebagai SGT Hamid
Gambit Saifullah sebagai SGT Mukhriz
Safwan Nazri sebagai PTE Isa
Ikhram Juhari sebagai LKPL Wahid
Theebaan G sebagai LKPL Shah

Filem Malbatt ni telah mencipta rekod sebagai filem termahal yang pernah dihasilkan oleh karyawan tempatan dengan menelan belanja RM20 juta.

Bersesuaianlah dengan apa yang disajikan oleh Filem ni yang umi rasa korang wajib tonton.Taknak spoilkan cerita ni lebih-lebih.Apa yang umi nak bagitahu dekat korang, 

Nak jadi seorang tentera bukan mudah.Kalau kita takde semangat perjuangan, semangat untuk menjaga Negara, mungkin tak mudah untuk menjadi seorang tentera.

Sebab tu bila kita melihat seseorang yang memakai pakaian beruniform, hargailah setiap jasanya.Mungkin kita nampak mereka biasa je, tapi setiap masa apabila mereka dalam peperangan, mereka berdepan dengan maut.

Al-fatihah untuk mereka yang telah berjuang demi Negara kita.

 

 

 

Loading

2 Comments

  1. Al Fatihah untuk para perwira negara. Saya belum ada kesempatan lagi menonton…

  2. Sekarang ni mood masuk panggung entah mana pergi entah.. layan Netflix aja huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *