Tonton Episode Akhir Drama Cinta Sekali Lagi | Mesti ramai yang tak sabar nak tengok Amani dengan Kifarahnya kan? Yelah, lama-lama Fahad dah tau apa yang Amani buat sehingga dia sanggup menceraikan isteri tercinta si Amanda tu.
SAKIT HATI DENGAN PERANGAI SI AMANI TU
Siapa yang tak sakit hati dengan perangai si Amani tu.Semua nak dengar cakap dia.Kalau boleh nak orang tunduk pada dia.Sejak dah jadi isteri CEO ni lagilah semakin menjadi-jadi perangai angkuh dia tu.
Korang percaya pada KIFARAH?
Of course, Kifarah tu akan datang bila-bila masa sahaja mengikut kehendak Nya.Tak esok atau lusa, yang berbuat jahat tu, akan dapat pembalasannya tanpa perlu menunggu hari kiamat pun.
Mesti korang tak sabar nak tonton episode akhir cinta sekali lagi ni kan? Bukan korang je, umi pun rasa tak sabar nak tengok Kifarah Amani atas apa yang dia buat pada kakak dan keluarganya.
Sanggup pulak tu merampas suami kakak sendiri dek kerana nak puaskan hati sendiri.Nauzubillah
Sangat-sangat menjadikan lakonan Hannah Delisha dalam drama Cinta Sekali lagi ni kan? rata-rata ramai penonton yang sakit mata dek kerana perangai Amani tu.
INFO DAN SINOPSIS DRAMA CINTA SEKALI LAGI
Perkahwinan atas nama cinta antara Fahad(shahrul Ridzwan) dan Amanda(Nelydia Sensore) di uji dengan kehadiran Amani(Hannah Delisha), adik kepada Amanda yang berasa iri hati dengan kebahagiaan mereka.
PELAKON CINTA SEKALI LAGI
Penampilan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha selaku teraju utama
Turut diantu Raja Afiq, Iman Zulkarnain, Ezzaty Abdullah, Luqman Hafidz, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Isaac Iman, Alessandra Alyssa, Tengku Zara dan Zara Shelby.
Tonton Online Drama Cinta Sekali Lagi
Drama cinta sekali lagi boleh ditonton secara online di iQIYI.com
Tonton Episode Akhir Drama Cinta Sekali Lagi pada hari Isnin hingga Jumaat hanya di TV3.Umi dah tak sabar nak tengok Amani tu jadi buruk.Geram betul dengan dia kan.Kita tunggu dan lihat je apa yang akan berlaku hari ini.