TONSIL bengkak sering menjadi salah satu dari demam dan ia bergantung kepada tahap kondisi seseorang.Individu yang mempunyai tonsil mungkin boleh dirawat dengan cara pengambilan antibiotik, acetaminopen, paracetamol, ibuprofen atau aspirin mengikut perskripsi doktor
Tonsil merupakan salah satu organ yang sering dibicarakan ketika pesakit mempunyai masalah pada sistem pernafasan, terutama pada anak-anak.Organ ini memiliki peranan yang penting dalam sistem kekebalan tubuh dan berfungsi sebagai salah satu pertahanan tubuh dalam melawan enfeksi.
APA ITU TONSIL
Tonsil merupakan bahagian dalam sistem limfoid atau jaringan limfoid yang ada di dalam tubuh manusia.Jaringan limfoid adalah bahagian dari sistem kekebalan tubuh dan ia bertugas untuk mengenali dan melawan zat-zat asing, termasuk bakteria dan virus yang masuk kedalam tubuh
Terdapat 2 jenis Tonsil iaitu
- Tonsil Palatina(Tonsil) yang terletak di kedua-dua sisi langit-langit mulut di belakang tenggorokan.
- Tonsil faringeal, juga dikenali sebagai adenoid, terletak di atas langit-langit mulut di belakang hidung
FUNGSI TONSIL
Tonsil berfungsi sebagai komponen sistem kekebalan tubuh. Tonsil berfungsi sebagai penjaga pertama apabila benda asing masuk melalui hidung dan mulut. Dalam kes infeksi, tonsil boleh membengkak dan menjadi merah kerana usaha mereka untuk memerangi patogen.
MASALAH PADA TONSIL
Tonsil berfungsi sebagai komponen sistem kekebalan tubuh. Tonsil berfungsi sebagai penjaga pertama apabila benda asing masuk melalui hidung dan mulut. Dalam kes infeksi, tonsil boleh membengkak dan menjadi merah kerana usaha mereka untuk memerangi patogen.
PERAWATAN TONSIL
1.Pengubatan Konservatif: Perawatan konservatif boleh membantu meredakan gejala tonsilitis yang disebabkan oleh infeksi virus. Ini termasuk mengambil masa rehat yang mencukupi, minum banyak cairan, dan mengambil ubat untuk mengurangkan sakit seperti parasetamol atau ibuprofen. Tetapi antibiotik mungkin diberikan jika ia adalah akibat daripada infeksi bakteria yang parah atau berulang.
2.Tonsilektomi: Doktor mungkin menasihatkan pengangkatan tonsil, atau tonsilektomi, jika tonsilitis berulang atau berterusan. Anak-anak sering menjalani prosedur ini, yang boleh membantu menangani masalah pernapasan yang berkaitan dengan tonsil yang membesar.
Tonsil adalah sebahagian daripada sistem kekebalan tubuh dan bertanggungjawab untuk melawan infeksi. Masalah yang biasa berlaku pada tonsil ialah tonsilitis, dan jika ia berulang atau berterusan, tonsilektomi mungkin diperlukan. Berkonsultasi dengan doktor untuk diagnosis dan rawatan yang tepat jika anda mengalami gejala atau masalah kesehatan lain yang berkaitan dengan tonsil.
GEJALA TONSIL YANG MUNGKIN DIHADAPI
Kebengkakan pada tonsil adalah kondisi dimana organ kecil ini mula membengkak dan meradang akibat daripada jangkitan virus atau bakteria.
Kondisi ini boleh berlaku kepada semua individu tanpa mengira usia namun lebih berisiko kepada golongan kanak-kanak dan remaja iaitu mereka di dalam lingkungan umur 5 hingga 15 tahun/
Gejala tonsil tekak yang bengkak pula biasanya akan muncul pada hari kedua dan keempat hari selepas jangkita seperti dibawah:-
- Demam
- Batuk
- Sakit Tekak
- Sakit Telinga
- Sakit Kepala
- Suara Serak
- Air liur meleleh
- Tidak selesa menelan
- Pembengkakan kelenjar limfa
Kalau dulu Naura memang rajin kena tonsil ni,tapi mujurlah ia tidak di tahap yang serius.Doktor pun masih belum lagi nak lakukan pembedahan.Syukurlah, dan tonsil ni juga boleh buat badan menjadi lemah dan tidak bermaya.
Cukuplah hari tu kena tonsil yang teruk sampai umi ke hospital.Bila doktor bagi antibiotik untuk radang tonsil, syukur kembali pulih.