TIPS

TIPS UNTUK MEMBINA MOTIVASI DIRI

TIPS UNTUK MEMBINA MOTIVASI DIRI

Tips membina motivasi diri | Tak salah untuk kita rasa down apabila berlaku sesuatu perkara dalam diri kita.Tetapi jangan jadikan ianya beban dalam diri sehinggakan kita terus hilang keyakinan dalam diri.

Bila kurang keyakinan dalam diri, ini menyebabkan seseorang itu kurang berdaya saing dan sukar untuk mengecapi kejayaan.Rasa macam kita nak sorok diri kita dari dilihat di khalayak ramai.

Kita kena tahu apakah punca kita kurang keyakinan diri untuk bergaul, berjumpa dengan orang dan kurang bersosial.Umi pun pernah mengalami saat KURANG KEYAKINAN DIRI untuk bergaul dengan orang.Teringat umi masa zaman remaja dulu, bila jerawat tumbuh bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.Begitulah umi.Masa tu nak jumpa kawan-kawan pun malu.

Tanya juga pada diri sendiri, kenapa mesti malu sedangkan ramai lagi di luar sana yang muka berjerawat lebih teruk dari umi.Apa kesudahannya bila kita menghindari diri dari jumpa dengan orang di luar sana kan?

So, kena cari solusi bila kita dah tau puncanya.Macam jerawat nilah kan, kita dah tau punca kita kurang keyakinan diri hanyalah kerana jerawat.Apa yang kita kena buat? Ubati masalah jerawat dan tekankan penjagaan kulit muka dengan serius sebab musababnya dari kita sendiri.

Tapi di entry ni bukanlah tujuan utama umi nak cerita pasal jerawat semata-mata.Tetapi adalah ingin berkongsi cara untuk kita bina keyakinan pada diri sendiri.

Lagi satu umi dulu sangat kurang bergaul.Umi banyak bergaul semasa aktif berblog.Pergi event, banyak hadiri food review, berjumpa dengan rakan blogger.Itu pun masa umur dah meningkat naik ni hah!

Tapi takpelah kan, at least umi dah cabar diri umi untuk berdepan dengan orang.Serius umi punya sifat malu yang tebal tau dulu.

MOTIVASI DIRI MELALUI PERCAYA DIRI

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus “menanamkan input” – saya tidak mampu – dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

5 TIPS MEMBINA MOTIVASI DIRI

Umi senaraikan 5 tips membina motivasi diri untuk kita bangunkan kepercayaan diri sendiri.Kita bina motivasi diri dari dalam.

1# HINDARI DARI MENCARI ALASAN

Begitu ramai orang yang mengurungkan niat mereka dengan mangajukan alasan-alasan yang tidak masuk akal dan salah sama sekali antaranya

  • Maaf, Saya tidak boleh
  • Saya tidak mampu sebab…
  • Pendidikan saya belum memadai
  • Tak boleh, Saya sudah terlalu tua
  • Saya masih terlalu muda

Dan lain-lain lagi kata-kata yang boleh buatkan diri seseorang tu kurang keyakinan pada diri sendiri.Senang kata, belum cuba dah mengalah.Siapapun akan mecari alasan yang sama, maka dalam membangunkan kepercayaan diri jangan sekali-kali membuat alasan.Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententerankan hati tetpai alasan-alasan ini hanya akan membuatkan seseorang tu tidak dapat dicapai apa yang mereka nak capai.

Ingat bahawa otak kita adalah kawasan penyimpanan.Apa yang kita masukkan itulah yang akan kita keluarkan.Jadi gantilah pemikiran yang negatif kepada positif.

#2 GUNAKAN DAYA IMAGINASI

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu kita dengan tanpa batasan mencapai cita-cita berikan kesempatan dalam diri.Kadang-kadang kita selalu imagine untuk menjadi yang lebih baik.Ia dengan jelas menggambarkan apa yang kita inginkan.Maksudnya bila kita fikir yang kita akan sakit, kita tak berupaya, kita akan terus bersifat demikian.Jadi penyakit tu akan datang dengan nyata depan kita.Otak ni mempengaruhi seluruh anggota badan kita.

Maka dalam proses membangunkan kepercyaana diri dengan menggunakan proses kesan daya imaginasi otak, penting kita untu menjadi yakin atas apa yang kita fikirkan.Pemikiran yang positif, mengarah kita ke sasaran yang kita nak iaitu cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3# JANGAN TAKUT GAGAL

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

#4 PENAMPILAN MEMBENTUK KEPERCAYAAN DIRI


Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

#5 SUSUNLAH CATITAN MENGENAI SUKSES YANG DIPEROLEHI

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan “Bean Bag” atas kepala atau berlari dengan memakai guni “Sack Race”. Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Dah baca 5 tips membina motivasi diri? alhamdulillah. Umi perlukan sangat motivasi diri ni.Rajin follow public figure yang selalu berikan vibes positif supaya diri kita senantiasa dalam keadaan yang positif.

Baca juga : Tips untuk berfikiran positif

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(1) Comment

  1. singgah cari ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *