Tips Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum
Sebenarnya entry ini bertujuan untuk share tips-tips yang pernah aku gunakan sepanjang penyusuan Naura.Ini cuma sekadar perkongsian untuk mereka-mereka yang memerlukan sekaligus memberikan semangat kepada aku sendiri..Bila kita tulis,kita juga perlu lah praktikkan apa yang ditulis.

Sebenarnya macam berat hati jugak nak tulis entry ni,bukan apa,salah satunya aku takut entry aku disalah ertikan sebagai menunjuk-nunjuk kononnya macam aku breastfeeding anak sorang kat dunia ni.Dan satu lagi aku takmo orang kecam aku bila aku syok sendiri nak share pada mommies  di luar sana tentang pengalaman yang sedikit tu …
Sebenarnya kalau ikutkan kemampuan,rasanya tak termampu nak betul-betul breastfeeding anak.Yelah mana masa nak kejar bekerja lagi,Nak fikir sediakan makanan anak-anak yang lain,kerja rumah lagi..Itu belum masuk lagi nak buat stock susu.Satu lagi kalau susu merundum,nak kena buat kerja lebih sikit..Jadi,semangat untuk menyusukan anak tu datang secara tiba-tiba..Tiada siapa yang suruh je,Boleh je kalau nak bagi FM kat anak,tapi bila fikir-fikir balik,niat kita yang inginkan BF anak tu,perlu jugak kita teruskan.Lagi satu,aku nak juga merasai pengalaman menyusukan anak.Tak tau lagi lepas ni aku berpeluang untuk BF anak ke tidak kan..wallahualam..
So,taknak lah aku membebel panjang…Meh aku share tips untuk para-para ibu menyusu di luar sana..Meh aku cerita sikit sejarah pertama kali aku menyusu Naura.
Naura dapat susu ummi dia selepas hari ketiga dilahirkan..Alhamdulillah..dia dilahirkan dengan keadaan yang baik dan sihat..Syukran.Cuma ummi dia ada masalah semasa bersalinkan Naura.Korang pun tau kan,Aku bersalin Czer.Sebab aku Czer adalah kerana doktor takut jantung aku tak dapat nak mengepam,ataupun tak boleh nak push bila baby keluar.Memang aku ada maslah jantung sehingga sekarang.Doktor dah nasihatkan aku/sarankan aku supaya tak ambil risiko lagi untuk mengandung.
Tips Untuk Ibu Menyusu
Sumber:google
Kita ambil Tips Untuk ibu Menyusu yang mudah je lah kan untuk kita buat.
1-Tambahkan Kekerapan mengepam(atau Direct feeding)
Ini yang selalu aku praktikkan.Kalau korang nak tau,alhamdulillah..kat office,Allah swt selalu permudahkan aku untuk mengepam.Department aku ni banyak lelaki,tapi mostly mereka macam faham kalau ada bunyi-bunyi  halus dari pam yang aku gunakan.selalunya bila mengepam,aku akan bukak music kuat-kuat sikit,jadi taklah dengar sangat kan.Di office,aku memang takde jadual mengepam buat sementara ni,selagi ada masa terluang,aku akan gunakan untuk mengepam.Itu bagi permulaan untuk mereka yang kurang susu..boleh praktikkan..Bila stock susu korang dah meriah,susu pun dah banyak,so bolehlah korang jadualkan aktiviti mengepam tu ye.Bila malam pulak,Aku memang takde jadual untuk menyusu Naura,Bila dia mintak,memang aku bagi..

2-Power Pumping 
Masa aku dalam pantang,memang takde wujud nak baca pasal power pumping ni.Sebab tu aku nasihatkan korang,kalau korang ada niat nak breastfeeding anak,kena dalami ilmu-ilmu breastfeeding ni.Bukan aku kata aku ni da expert sangat tentang ilmu ni,cuma aku nak share apa yang aku tau dan apa yang aku buat..tu je..Masa mula-mula nak buat power pumping memang ler malas nauzubillah..Mana taknya,korang kena peruntukkan 1 jam untuk buat power pumping..Bagi yang ada double breastpump tu senang la kan..xpayah nak bertukar-tukar pump kiri kanan.Just tekan button je
Waktu yang seeloknya buat power pumping ni adalah lebih efektif pada waktu malam kerana hormon  prolaktin lebih tinggi.Selalunya dalam pukul 10 dah buat power pumping sampai pukul 11 malam.Jarang buat tengah² malam buta,,Yelah..esoknya dah kena kerja kan..So buat yang termampu jelah.Cuma tulah,aku kena lebihkan mengepam pada waktu siang dan direct feeding pada waktu malam

3-Direct Feeding
Seperti yang dah aku sedia maklum,haruslah perbanyakkan direct feeding.Kalau seharian tak kerja,aku memang kerajinan nak bagi direct feeding si Naura.Perlu untuk menyusu kedua-dua belah payudara sehingga bayi taknak.Selepas korang menyusukan bayi,selepas tu korang perlu mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi

4-Pengambilan Makanan yang banyak Protein
Hah!! yang ni wajib korang ambil untuk perbanyakkan protein seperti soya ,ayam,ikan,daging dan sebagainya serta kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan.Kalau korang nak tau,protein dari unsur soya mengambil masa kurang setengah jam untuk diuraikan dan serap badan berbanding protein dari unsur seperti ayam daging,ikan yang mengambil masa berjam² untuk terurai.Jadi pemilihan protein soya yang berkualiti tinggi amat digalakkan. Minuman wajib yang perlu aku ambil adalah horlicks dan juga milo serta susu kambing..Alhamdulillah…so far memang memberi result yang terbaik selain pengambilan Habassyi Oil tu

5-Banyak Minum Air
Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.Buat masa ni,kalau time office hour ,aku memang rajin minum air,.kekadang sampai 4 liter pun ada..hahaha…Tapi bila da kat rumah,agak malas sikit..Nak-nak kalau time berjalan.Tapi bila korang dah terbiasa minum air 3 liter sehari,insya allah..korang akan terbiasa.Macam aku kan,beli botol yang boleh letak air 1 ltr..cuba habiskan 2 botol air masa di office dan 1 botol lagi di rumah..Tapi taklah sekali minum 1 liter tu..haisshh..jenuh weh nak habiskan 1 botol tu.

6-Banyakkan Berehat
Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama..

7-Susukan Bayi sebelum pergi bekerja
Selalunya dalam pukul 5 pagi aku akan bagi susu kat Naura menggunakan kedua-dua belah payudara aku..Disebabkan adik aku yang  jaga baby,so xde masalah la..So make sure korang bagitau baby sitter korang pukul berapa korang bagi susu kat baby ye

8-Elakkan
Banyak yang perlu korang elakkan untuk tidak susu tu jatuh merundum,Kadang-kadang ada perkara yang boleh membuat susu kita drop seperti penggunaan pil perancang,kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu berkurangan,elakkan stress,jaga kesihatan,Sebab tu,pengambilan supplement membantu korang secara tidak langsung.

Alhamdulillah,,setakat hari ini,stock untuk Naura sangat-sangat mencukupi..Tapi tak bermakna ummi boleh goyang kaki..Jangan disangka stock yang banyak tu boleh cukup untuk sebulan..kena kerja keras lagi untuk terus menambah stock..Maklumlah..Makin lama,makin kuat Naura menyusu..

So jom lah kita usaha sama-sama untuk berjaya breastfeeding anak kita sehingga umur dia 2 tahun..Insya allah..amin

Loading

11 Comments

  1. Kalau kakak dulu dua aje tips Eda nak bagi anak puas menetek
    Satu minum susu dan air tak boleh tinggal
    Lagi satu kakak kena selalu ambil kurma/prune
    Alhamdulillah.. dua ini dah cukup buat kakak.
    Dulu kakak pam tak simpan tau Eda tak macam sekarang dah ada ilmu simpan boleh tahan lama lagi – sayang kan, sebab dulu mana ada fb/blog bagai macam sekarang.

  2. perkongsian yg sgt bgs kak, esp utk ibu baru mcm yumida
    anak pertama, susu dah xda masa usia baby 2 bulan
    kurang ilmu, faktor stress, semua berkecamuk..jd mengganggu penyusuan yg akhirnya gagal
    inshaallah bila dpt anak ke 2 nanti (mana la tahu kan ada rezeki lg dpt anak kedua) nak full breastfeeding
    gali ilmu macam yg akak share ni..tq berkongsi

  3. BAGUS niat akak tu…bukan semua org berpeluang nak BF kan…nanti Sally nak share dengan kakak Sally…susu dia sikit skrg neh..hmm…kesian baby.. 🙁

  4. Bagus tips ini Eda..
    Betul seperti yg kakzakie cakap tu..
    Akak dulu pam tak simpan sebab tak tau kaedah nak simpan macam mana..

  5. great sharing… kak Alycia pun rasa syukur sgt sebab dapat susukan Zhafran dekat 11 bulan.. Insya Allah target sampai 2 tahun 😉

  6. nak fully breastfeed mmg kena kuat kan kak. Saya sedang melaluinya.. skrg 11 bulan dah melaluinya.. ada turun naiknya. Semoga terus kuat sampai 2 thun.. confirm nnt rindu nak nyusukan lg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *