Berhiking di Tasik Biru Seri alam.Tak pernah terfikir langsung nak berhiking ni.Semuanya plan last minit dengan officemate umi.Saja cerita-cerita dengan officemate umi nak jogging sebab nak sihat.Faktor umur ni biasalah kan, macam-macam penyakit yang singgah.Dari nak jogging je, terus berhiking.Hiking ke mana?
Selalunya umi jarang nak pergi jauh-jauh untuk beriadah ni.Paling afdal pun ke Tasik Layang-layang tu jelah bawa anak-anak
Tasik Biru Seri Alam pasir gudang adalah tempat tujuan umi pada hari sabtu tu.Memang tak plan apa-apa pun masa tu.Tempat pun umi tak tahu macam mana.Main redah je tanpa ada persediaan.Umi ingatkan samalah dengan tasik layang-layang tu, rupanya jangkaan umi meleset bila tengok jauh perjalanan nak memasuki area hiking tu.
Memang takde persediaan langsung bila plan nak ke sana.So, pagi tu umi dan officemate dari rumah dekat pukul 8 jugak.Ini semua gara-gara kereta officemate kena block dek jiran.Jadi umi terpaksa ambil dia di rumah.Berpandukan waze kami ke sana, itu pun ada tersesat jugaklah.Tanya orang sana sini, akhirnya jumpa jugak Tasik biru seri alam tu.
Kalau korang yang nak ke sana, just search IPD Seri Alam je.Lepas tu jalan kedepan sikit nampak simpang tiga, akan nampak macam hutan dan nampaklah kereta-kereta yang bersusun kat tepi-tepi tu.
Masa sampai tu pun umi tengok ramai yang dah on the way nak balik dah pun.Nampak sangat kami lambat sampai.Memang pun lambat sebab ada auntie tu menyapa kami, lambat sampai..:) š
Muka redho jelah bila dengar auntie tu cakap macam tu.Tapi takpe sebab umi tengok ramai lagi yang masih lagi baru sampai.Kami pelan-pelan je berjalan ikut orang kat depan tu.Nak masuk ke tempat hiking tu memang jauh sangat-sangat.Anggaran dalam 2km gitu lah.Tapi tak sangka lah kan umi boleh berjalan sejauh tu.Bila naik bukit memang umilah semput dulu.Berehat jap, tunggu jantung ni reda sikit berdupdap, baru sambung perjalanan.
Korang sendiri boleh bayangkan jauh mana nak masuk ke dalam tu kan.Tapi slowly but surely akan sampai..hahah.Tulah sibuk sangat kan nak Berhiking di Tasik Biru Seri Alam.
Serius memang tak buat persediaan langsung nak kesini.Kalau tengok ramai je yang bawa kayu hiking ni.Tapi masa ni umi tak tau lagi apa kegunaan kayu hiking ni.Just follow the flow je.
Ini baru 1st stop yang umi sampai.Nampak tak bukit atas tu.Ramai dah sampai kat atas tu tau.Actually untuk sampai ke puncak bukit tu ada dua laluan, laluan yang mengerikan dan laluan yang senang sikit tapi jauh.Jadi masa sampai ke sini memang tak terfikir nak naik pun sebab takut.
Jadi kami follow lagi orang lain yang berjalan mengikut arah ikut suka hati.Plan memang nak cari tasik biru tu, tapi disebabkan ramai orang kata tasik tu ditutup.Jadi kami cari pohon rimbun.Meredah jugaklah naik bukit turun bukit laluan pokok kelapa sawit semua tu.Sampai ke mana entah kami pergi.Bila nampak orang tu keluar dari laluan tu, kami pun follow laluan tu.Nasib baik jumpa jugak laluan ke Pohon rimbun tu.
Ini jelah laluannya.Sampai kat situ umi tak teruskan pun perjalanan.Just ambil gambar kat situ, lepas tu pusing balik.Sebelum tu umi ada gak sesat sebab ikut laluan cycling.Takut nak teruskan perjalanan, kami pusing balik dan cuba jalan lain.Nasib baiklah kan ternampak laluan ni.Kalau tak memang dah balik terus ke tempat asal.
Nampak tak muka happy umi walaupun penat daki bukit.Abaikanlah muka sememeh umi tu ye.
Lepas pada ke pohon rimbun tu, umi patah balik ke tempat asal kononnya nak keluar dari situ.Tapi macam nak terus cari tasik biru.Jadi laluan kami ke arah yang lain sebelum korang nampak bukit yang tinggi tu.Kami redah lagi hutan mencari laluan ke tasik tu.Tapi malangnya tetap tak berjumpa.Siap call sorang blogger ni tanya kat mana.Tapi memandangkan masa tu pun dah terik panas, jadi kami teruskan perjalanan menuju ke bukit tinggi tu.Tak juga kesampaian sebab umi dah penat.Lagi pun kami memang tak prepare apa-apa pun nak naik bukit setinggi tu.Mungkin lain kali sebab umi rasa tak perlu nak paksa diri untuk naik ke bukit tu.
Insyallah lain kali memang nak naik ke bukit atas tu jugak.
Partner umi untuk hari tu, ogy nama dia.nasib baiklah dia melayan umi dengan baik.Bila umi kata penat, dia tunggu je umi.hahaha…layankan jelah kakak mu ni ye ogy.
Sebelum balik sempatlah kami berehat sekejap di tepi pokok.Sejuk rasa bila tengok pepokok ni.Masa ni ramai yang dah nak balik dan ramai juga yang baru nak start mendaki.Pukul 10 kami dah gerak keluar dari situ.
Sampai pertengahan tu nampak pakcik jual aiskrim.Haduii..memang tepat pada masanya bila dapat sejukkan tekak.Memang bertuah pakcik tu sebab ramai yang membeli.

Aiskrim solero pilihan umi.Nampak tak atas bukit tu, impian yang tak kesampaian lagi nak ke atas.Insyallah akan repeat pergi lagi dengan geng-geng yang nak join.Mybe kali ni akan buat persediaan dengan lebih rapi.
Sepatutnya Newbie macam umi ni kenalah buat persediaan untuk hiking kan.Bukan main redah je.Tapi takpelah sebab pengalaman mengajar kita.Lain kali kena lebih bersedia.
Barulah nak membaca tips persediaan hiking untuk newbie macam umi ni.Untuk itu umi kongsikan 10 tips hiking ni untuk korang yang baru nak berjinak-jinak untuk hiking ye.
10 TIPS PERSEDIAAN HIKING UNTUK NEWBIE
Jom baca tips hiking ni bagi memudahkan korang untuk buat persediaan.Jadi takdelah bila hiking, ada je benda yang terlupa bawak dan cara nak hiking ni.
1# STAMINA
Untuk yang bergelar newbie, adalah dinasihatkan selalulah membuat senaman untuk menambahkan stamina beberapa minggu atau seminggu lebih awal sebelum memulakan aktiviti pendakian.Ia adalah bagi membiasakan diri menerima tekanan dan keletihan.Jika gunung yang korang naiki tu tinggi, korang kena ada stamina yang kuat untuk sampai ke puncak.
Kalau korang yang tak biasa berhiking, memang korang akan rasa letih dan sengal kaki tu.Bayangkan umi buat 6.8km berjalan turun naik bukit, kaki sengal 2-3 hari lamanya.Lepas tu rasa seronok pulak nak berhiking lagi.
2# INFORMASI
Sebelum korang nakĀ mendaki tu, pastikan korang dah kumpulkan banyak informasi berkenaan dengan tempat yang korang nak pergi tu.Ini bagi memudahkan dan menghindarkan perkara yang tak diingin berlaku.Boleh juga sediakan peralatan yang diperlukan untuk mendaki contohnya tali atau kayu hiking.
3# TEMAN
Selalunya aktiviti macam ni dalam kumpulan.Ia lebih selamatĀ apabila anda di gelar newbie.Pastikan kumpulan yang korang ikut tu di kalangan orang yang dah pro dan dah terbiasa dengan hutan.Jadi tak risau bila korang mendaki bukit yang tinggi.Mereka boleh bantu sebab mereka dah ada pengalaman sebelum ni.Pastikan mereka juga dikalangan yang mempunyai semangat setiakawa.Maksudnya boleh bantu kita disaat memerlukan.Takdelah kena tinggal di belakang.
4# PERALATAN
Ini sangat penting ketika korang mendaki.Bawa peralatan yang penting sahaja seperti ubat-ubatan, peralatan mendaki dan yang paling penting tidak membawa benda yang tidak diperlukan.
5# BEREHAT
Berehat secukupnya sebelum memulakan pendakian.Jika dalam perjalanan tu korang penat, ambil masa sedikit untuk berehat.Mungkin pada korang yang tak biasa akan mengalami cramp kaki jika tidak biasa dengan tempat yang korang nak pegi tu.So, rasa sakit or apa sahaja rasa, berehat sebentar ye.
6# DOA
Sebelum memulakan perjalanan, berdoalah semoga perjalanan korang dipermudahkan.Doa yang baik-baik sahaja semasa pendakian tu.Jaga mulut bila masuk kat tempat-tempat seperti tu.Doa semoga selamat pergi dan selamat pulang ke rumah.
7# CUACA
Lihat ramalan kaji cuaca terlebih dahulu mengenai kawasan yang akan korang daki.Jadi korang tahu macam mana tempat tu setelah hujan.Mungkin trail akan menjadi becak dan berlumpur dan korang kena lebih berhati-hati semasa pendakian.
8# KASUT
Kasut merupakan perkara paling penting diutamakan semasa pendakian.Tak boleh sesuka hati menyarung apa jua kasut yang ada di depan mata.Mungkin boleh mengakibatkan korang tergelinci dan sebgainya.Kena tahu kasut untuk hiking yang sesuai
9# MAKANAN
Bawa makanan yang secukupnya sesuai untuk korang yang nak makan hanya untuk hiking.Makanan ringan sepanjang hiking seperti coklat untuk menambah tenaga dan air minuman sudah mencukupi.
10# MENTAL
Pastikan bila korang nak mendaki korang berada di dalam keadaan yang sihat dan minda yang positif supaya tak terjadi apa-apa yang tidak diinginkan.Tak perlu mengejar waktu sehingga sampai ke puncak dan tergesa-gesa untuk turun.Jika mental korang terganggu dek kerana nak cepat, akan memberikan keburukkan pada diri sendiri.
Ā
Cukup 10 tips bagi newbie yang nak mulakan hiking.So, mungkin lepas ni umi boleh apply segala tips yang diberikan ni.
Harap lepas ni umi boleh la repeat untuk Berhiking di Tasik Biru Seri Alam
Ā
Alamak stamina tu yang payah sikit sekarang ni huhu
Bestnyaa kak ida ber hiking..shida tah bila dpt beriadah..susah lah shida xde teman..shida suka buat semua aktiviti sukan..msalahnya teman..tnya husben..bzzzz memanjang ^_^