Penampilan Terbaru Rambut Naura Auni

Penampilan Terbaru Rambut Naura Auni.Lama dah umi nak potong rambut dia, tetapi disebabkan dia sibuk sangat nak ikut gaya rambut si Elsa, jadi terbantut nak memendekkan rambut dia tu.

Tapi bila umi tengok rambut dia dah banyak bercabang di hujung tu, umi bagitau dia rambut dia takkan panjang kalau rambut hujung tu rosak.Rambut budak sekarang pun dah rosak ini kan pulak kita yang dah dewasa ni kan.

Jadi umi pujuk dia untuk pendekkan rambut dahulu.Yelah, kalau bela rambut panjang tapi rambut tak sihat tak guna jugak kan.

Penampilan Terbaru Rambut Naura Auni

Nasib baik umi tak tersalah pilih salon.Sebab pernah sekali terjadi nyonya tu gunting tak seperti yang diharapkan.Hampa betul umi bila tengok rambut anak jadi lain.Mahal pulak tu.

Kat Salon ni alhamdulillah la murah.Hanya RM10 sahaja untuk gunting biasa ni.Teringat zaman umi dulu memang gila sangat nak buat layer.Umi zaman muda-muda dulu tu memaang suka bela rambut panjang.

Itu zaman masa tak bertudung la, zaman bertudung kalau teringin nak buat rambut macam tu, kita buat jelah..Biar laki tengok nampak bini dia cantik kan..Tu kan pahala..hahaha

Tapi tulah, sejak ada Thyroid ni, rambut gugur macam ape dah.Dah semakin sikit dah rambut umi ni.Tumbuh baru tak jugak.Pasrah jelah.Umi ada la pakai satu syampu ni, dulu memang berkesan, tapi sejak-sejak ni dah tak berkesan pulak.Umi syak bukan sebab syampu la..Syampu tu ok je.Mungkin disebabkan masalah penyakit umi ni dia jadi macam tu kan.

Nak jaga rambut bagi yang bertudung ni kalau betul caranya mudah je.Supplement pun kadang kala membantu untuk jadikan rambut tu lebih sihat.Yelah, bila dah semakin berusia dan dah beranak pinak ni, badan kita kaadng-kadang banyak kehilangan sumber seperti kalsium, vitamin dan sebagainya.Tu yang menyebabkan rambut kita gugur kan,

Ada beberapa tips yang umi nak kongsikan yang mana boleh kita guna pakai untuk memastikan rambut lebih sihat dan lebat khasnya untuk mereka yang bertudung.

13 TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI MEREKA YANG BERTUDUNG

#1. Cuci rambut
Perkara yang paling penting adalah anda perlu cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak.

Pun begitu, jangan pula anda cucinya setiap hari kerana rambut yang basah hanya akan membuat risiko keguguran menjadi lebih tinggi.

#2. Sikat rambut
Setiap kali sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah untuk dicuci dan tidak kusut.

Rambut yang kusut akan menyukarkan proses mencuci seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.

Selepas mencuci pula, keringkan rambut dan sikat ia menggunakan jari dengan lembut.

#3. Guna syampu dan perapi sesuai, cara penjagaan rambut paling mudah
Dapatkan syampu dan perapi yang sesuai dengan jenis rambut anda, ya?

Jika perlu, sila dapatkan nasihat pakar kerana kulit kepala adalah sangat sensitif dan mungkin akan menyebabkan kesan negatif seperti keguguran rambut yang melampau.

#4. Elak cuci rambut dengan air panas
Perbuatan mencuci rambut dengan air panas hanya akan menyebabkan tekstur rambut menjadi lebih kasar, kering dan menggerbang.

Sebaiknya, guna air bersuhu sederhana atau sejuk untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

#5. Belai rambut dengan serum atau tonik
Selepas seharian menjalankan aktiviti, pasti rambut dan kulit kepala anda yang terperap di dalam tudung akan menjadi tidak bermaya.

Oleh itu, setiap kali sebelum tidur anda boleh belai rambut anda dengan serum atau tonik. Ini akan membantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar ia tetap sihat dan kuat walaupun bertudung.

#6. Dandan rambut sebelum tidur
Rambut menggerbang adalah situasi biasa selepas bangun tidur, bukan?

Mungkin serum atau tonik sahaja tidak mencukupi untuk persediaan rambut sebelum masuk tidur.

Jadi, anda boleh lakukan dandan dan tocang rambut secara longgar (tocang lipan) agar ia sentiasa rapi.

#7. Jaga pemakanan!
Mungkin ada individu yang mengambil ringan mengenai perkara ini dan beranggapan bahawa pemakanan tidak memberi kesan kepada rambut.

Hakikatnya, rambut juga memerlukan nutrien yang akan mendorong kesihatan dan kecantikan rambut anda.

Oleh itu, anda perlu mengambil pelbagai makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika dan lain-lain.

#8. Jangan sanggul rambut basah
Antara kesilapan yang selalu dilakukan ketika membuat sanggul adalah ia dilakukan ketika rambut masih basah. Sebaiknya, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum bersanggul dan bertudung.

Ini kerana rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan mengakibatkan masalah kelemumur selain menjadi kusut dan membuat hujung rambut berbuah atau bercabang.

Selain itu, kulit kepala juga akan lebih mudah berminyak.

#9. Getah rambut sesuai
Elakkan daripada menggunakan getah yang kasar seperti gelung getah biasa dan gunakan getah diperbuat daripada material lembut seperti satin ataupun baldu.

Selain itu juga, jangan sesekali sanggul atau ikat rambut anda terlalu ketat!

Sebenarnya, lebih baik jika anda biarkan rambut anda bebas sahaja sebelum mengenakan tudung.

#10. Anak tudung yang sesuai
Bagi wanita yang gemar menggunakan anak tudung, pastikan anda memakai anak tudung berasaskan fabrik kapas serap peluh.

Berpeluh adalah perkara biasa bagi wanita bertudung terutamanya ketika cuaca sedang panas terik. Ini akan mengakibatkan rambut berbau kepam sekali gus merosakkannya.

#11. Tudung material nipis dan ringan
Pun begitu, tidak semua material tudung boleh digunakan kerana ada sesetengahnya akan menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi gatal terutamanya jika teksturnya keras dan berat.

Jadi, sila pilih tudung yang bertekstur nipis dan ringan.

Selain itu, praktikkan ikatan atau lilitan yang mudah serta tidak terlalu melekat dengan kulit kepala. Ini bertujuan memberikan pengaliran udara yang baik buat rambut dan kulit kepala.

#12. Tudung berwarna lembut
Warna gelap terutamanya hitam adalah tidak sesuai dipakai ekoran iklim negara kita yang sangat panas pada siang hari.

Jadi, sila pilih tudung yang berwarna lembut seperti putih, krim atau apa-apa sahaja warna cair kerana ia mampu membebaskan wap yang terperangkap di kawasan rambut dan kulit kepala sepanjang hari.

#13. Kunjungi salun dan spa
Akhir sekali, anda perlu kunjungi salun atau spa untuk melakukan penjagaan rambut dengan kekerapan tiga hingga enam bulan sekali.

Sentiasa potong sedikit hujung rambut yang berbuah atau bercabang di salun untuk memastikan ia mudah diurus. Selain itu, lakukan rawatan rambut di spa secara berkala untuk memastikan ia kekal sihat dan kuat.

sumber: hellodoktor

Umi ni pun tengah fikir nak potong pendek je rambut ni.Tapi pendek ni rasa susah sebab bila pakai tudung, rambut akan terkeluar pulak..haishh..geram je tau.

Rambut makin lama makin sikit..huhu..sedih bila nampak kepala semakin botak.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *