Tips memilih nama bayi perempuan

Tips memilih nama bayi perempuan |Alhamdulillah, nampaknya tahun 2020 ni ramai yang umi nampak menimang cahaya mata

Umi pulak rasa happy bila tengok ramai yang up gambar baby.Bila tengok orang menimang cahaya mata,rasa teruja nak dapatkan sorang lagi.Tapi tulah, umi tetap akan mendengar pendapat dari doktor.

Yes, umi tak disarankan langsung untuk mengandung berikutan tahap kesihatan umi yang membimbangkan.Kalau orang tengok umi ni sihat je, tapi orang tak tahu kan, umi adalah salah seorang pesakit jantung.

[Baca entry Ni : Appointment di Hospital Sultanah Aminah]

Tapi umi percaya pada rezeki.Kadang tu Allah tak berikan kita rezeki anak yang ramai untuk bantu orang lain.Alhamdulillah, umi dapat bantu anak-anak saudara umi yang lain jika mereka memerlukan.Bukan sahaja bantu dari segi kewangan, malah kasih sayang jugak.Dapat pula husband yang sentiasa menyokong umi untuk bantu mereka yang memerlukan.

So, bila menantikan si kecil keluar dari perut, mesti dah fikirkan nama anak yang mungkin akan digunakan bila anak tu lahir.Pulak tu, anak perempuan, excited bukan main.

Tapi satu yang suka umi titiberatkan dalam memberikan nama anak ni adalah nama yang pendek dan mudah untuk dipanggil.Jadi takdelah tergeliat lidah nak menyebut nama anak.Jadi takdelah bakal suami nanti, nak salam tok kadi tak berkali-kali semata-mata tergeliat nak sebut nama bakal isteri 🙂 

Umi nak berkongsi jugak tips bagaimana kita nak memilih nama anak perempuan.Kriteria seperti apa yang memudahkan kita mencari nama anak perempuan.Bagi umi benda tu bukan perkara yang remeh ya.Sebab anak kita yang akan membawa nama tu sehingga akhir hayat mereka.

Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad).

 

 

TIPS MEMILIH NAMA BAYI PEREMPUAN

Jika dahulu, nama anak diberikan berdasarkan nama Nabi dan Rasul, dan malahan ada sesetengah ibu bapa yang memberikan nama berdasarkan nama individu yang mereka hormati, namun sedikit berbeza keadaannya dengan situasi kini. Selaras dengan peredaran masa, pemilihan nama pastinya berunsurkan moden dan unik. Tetapi ada masanya, pemilihan nama kepada anak, boleh diterima pendengaran atau sesuai sebutannya, walau bagaimanapun ia tidak bersesuaian dengan syariat. Jadi, pastikan kita sebagai ibubapa berhati-hati dalam pemilihan nama bayi anda.

Pilih nama yang mempunyai maksud yang baik

Pemilihan nama bergantung kepada kita sebagai ibubapa yang nak pilih nama anak mengikut nama moden ataupun kasik.Dan sudah tentu pilihan itu yang akan menjadi panggilan buat anak kita tu nanti.Setiap panggilan nama itu satu doa.Jika maksud nama anak kita baik, maka baiklah kita memanggilnya.Jadi setiap kali itu jugalah kita mendoakannya dengan kebaikan.

Mempunyai makna atau maksud yang mendalam

Bila kita memilih nama anak, sebaiknya dalam pemilihan nama kita kena pastikan ia mempunyai makna yang mendalam.Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, sudah pastinya kita boleh melayari laman web dan membuat pencarian atas talian untuk mendapatkan nama yang mempunyai makna dan maksud yang terbaik untuk simanja dalam pelbagai bahasa seperti arab, latin dan sebagainya.Sebaiknya kita buat carian atau pemilihan dalam masa anda sedang bertenang dan tidak kelam kabut.

Jangan sampai Tergeliat Lidah

Macam umi bagitahu di awal entry tadilah tentang lidah tergeliat ni.Ibubapa moden sekarang ni berlumba-lumba nak beri nama anak yang unik dan sukar untuk disebut sehinggakan boleh tergeliat lidah dibuatnya.Malah ada juga yang melerakkan nama anak sepanjang-panjangnya sehingga perlu menarik nafas dua kali untuk menghabiskan waktu sebutan.

Sebaiknya carilah nama anak yang mudah untuk disebut, di eja dan tidak perlu terlalu panjang.Sebaliknya nama yang panjang akan menjadi sulit rasanya sewaktu mengitsi borang termasuklah semasa peperiksaan di sekolah.

Berbincang

Ada ke suami isteri yang bergaduh sebab nama anak ni je? Ada suami ister bergaduh disebabkan perselisihan pendapat dalam memberikan nama anak.Dan ada juga ibubapa yang nak jaga hati keluarga sendiri dan keluarga mertua bila diberikan idea nama anak pada mereka.Jadi taknak menghampakan kedua-dua belah pihak, masukkan nama anak panjang-panjang.So, minta pandangan dari ahli keluarga yang lain.Ataupun kita boleh senaraikan beberapa pilihan nama dan kemudian barulah minta pendapat mereka.

Pandangan, pendapat

Kadang kala bila kita terlalu teruja menantikan kelahiran bayi. dalam seronok membuat dan memilih nama anak, dan mungkin kita terlampau syok sendiri.Contohnya, mungkin kita telah menimbang dan memilih nama dalam bahasa Arab untuk anak kita, Sebaiknya, dapatkan pandangan dan pendapat daripada pakar bahasa Arab untuk membetulkan tatabahasa atau cara sebutannya. Terima pendapat, pandangan dan cadangan pakar tersebut sekiranya terdapat pembetulan yang perlu dilakukan. Pertimbangkan dengan pasangan anda untuk membuat pemilihan yang sebaiknya.

Sesuai

Memandangkan tip pemilihan ini adalah berkaitan dengan pemilihan nama bayi perempuan. Jadi adalah satu perkara yang penting dan mustahak untuk dititik beratkan mengenai kesesuaiannya sebagai nama bayi perempuan. Semestinya kita tidak mahu nama anak kita diejek atau dipermainkan oleh rakan-rakannya apabila dewasa nanti bukan? Pastikan nama yang kita dan pasangan  pilih adalah bersesuaian untuk bayi perempuan.

 

Umi share lagi nama-nama anak perempuan untuk memudahkan korang mencari ye.Semoga bermanfaat

 

PILIHAN NAMA BAYI PEREMPUAN ISLAM

Berikut adalah beberapa pilihan nama bayi perempuan yang mungkin boleh menjadi pertimbangan anda dan pasangan anda buat si manja yang bakal lahir.

Huruf A

  • Abidah – Orang yang rajin beribadah
  • Adiba – Berbudaya, sopan, terpelajar
  • Adila – Orang yang lurus, keadilan
  • Afia – Sihat
  • Afifah – Yang menjaga kesucian diri
  • Afrin – Ramah, berani
  • Afsana – Cerita
  • Afshin – Bersinar seperti bintang
  • Afra – Salju
  • Aidah – Anugerah
  • Aisha – Nama isteri Nabi
  • Akifah – Terpilih
  • Aliyah – Mengagungkan
  • Alia – Mulia
  • Alimah – Penuntut Ilmu
  • Aminah – Dipercayai
  • Amirah – Yang berlimpah
  • Aara – Manis
  • Asia – Harapan
  • Alina – Sutera dari syurga
  • Aliza – Gembira
  • Alishba – Cantik
  • Amalia – Aspirasi
  • Amani – Harapan, keinginan
  • Amelia – Cantik
  • Aminah – Orang yang jujur, terpercaya
  • Amna – Damai, perdamaian
  • Anum – Hadiah dari tuhan
  • Arfa – Kejayaan
  • Arisha – Yang mulia
  • Arwaa – Pemandangan yang menawan
  • Ashiyah – Nama wanita yang taat, isteri Fir’aun
  • Asma – Paling tinggi, unggul
  • Atifa – Kasih sayang, simpatik
  • Atiya – Hadiah
  • Ayesha – Baik
  • Azizah – Terhormat, berharga, disayangi
  • Azka – Paling suci, terhormat

Huruf B

  • Badra – Unik, belum pernah terjadi sebelumnya
  • Badriyah – Seperti bulan purnama
  • Baha – Nilai, layak
  • Bahira – Pintar
  • Balqis – Ratu negeri Saba
  • Barihah – Cahaya yang terang
  • Basimah – Tersenyum
  • Benazir – Unik
  • Bushra – Khabar gembira, senang

Huruf C

  • Cala – Benteng
  • Cali – Paling cantik
  • Cyra -Bulan
  • Chaka – Pusat tenaga dan kehidupan
  • Chana  Kesayangan
  • Choti – Kecil
  • Ciara – Terang dan bersih
  • Chessy – Penuh kedamaian
  • Chakira – Bersyukur
  • Clemira – Puteri yang cemerlang
  • Chandani – Sinar rembulan
  • Cantara – Jambatan kecil
  • Camilla – Termashyur

Huruf D

  • Daniyah – Dekat
  • Diinah – Taat
  • Dina – Cinta
  • Durah – Mutiara

Huruf E

  • Eliza – Unik, berharga
  • Erina – Wanita cantik
  • Eshal – Nama bunga di Syurga

Huruf F

  • Fadhila – Keutamaan, keunggulan
  • Fadiyah – Yang terlindung
  • Fadwah – Pengorbanan diri
  • Fahima – Cerdas, orang yang faham
  • Faiha – Beraroma syurgawi
  • Fairuz – Batu permata biru kehijauan
  • Faizah – Yang beruntung, berjaya
  • Fajrina – Dini hari, fajar
  • Fakihah – Buah-buahan
  • Fakhra – Baik
  • Farah – Kegembiraan, yang menggembirakan
  • Farhah: -Kegembiraan, yang menggembirakan
  • Farhin – Bergembira
  • Farida – Mutiara yang tiada bandingnya
  • Fathinah – Cerdas, pintar
  • Fathiyah – Memiliki sifat kemenangan
  • Fauziyah – Beruntung
  • Fida – Pengorbanan
  • Firdaus – Syurga yang tertinggi
  • Fiza – Angin

Huruf G

  • Ghaada – Wanita yang lembut
  • Ghaitsaa-  Awan yang menurunkan hujan
  • Ghazala – Cerdas, menawan
  • Ghaziyah – Pejuang
  • Ghania – Indah nan cantik
  • Ghaniyah – Yang kaya
  • Ghayda – Muda dan halus

Huruf H

  • Hafizah – Pemelihara, penjaga
  • Haifa – Ramping, indah tubuhnya
  • Halimah – Penyabar, lembut
  • Hamra – Berwarna merah
  • Hana – Kegembiraan
  • Haniyah – Lemah lembut, gembira
  • Hasna – Cantik, elok, cukup
  • Haura – Wanita berkulit putih bermata hitam
  • Hawa –  Wanita pertama, isteri nabi Adam a.s.
  • Haya – Bagus lahiriyahnya, malu yang baik
  • Hazimah – Yang memiliki keteguhan hati
  • Hifza – Malaikat pelindung
  • Humaira – Yang kemerah-merahan pipinya

Huruf I

  • Iffah – Kehormatan, kesucian
  • Imani – Bersifat keimanan
  • Inas – Baik hati
  • Inayah – Pertolongan, perhatian
  • Insha – Penciptaan
  • Ishmah – Pemeliharaan
  • Isya – Kehidupan, waktu Isyak
  • Izdihar – Kesuksesan, berkembang, mekar
  • Izzah – Kehormatan, kejayaan

Huruf J

  • Jahan – Tanah, perhiasan dunia
  • Jahida – Membantu yang lemah
  • Jamia – Cantik nan indah
  • Jana – Nama buah di syurga
  • Janan – Hati, jiwa
  • Jannah – Syurga
  • Jasmin – Bunga melati
  • Jauharah – Mutiara
  • Jauza – Bintang
  • Jihan – Bunga yang indah, tempat syurgawi

Huruf K

  • Kali – Kelopak bunga
  • Kadra – Hijau
  • Kamalia – Kesempurnaan
  • Kamilah – Yang sempurna
  • Kanza – Kekayaan tersembunyi
  • Karima – Berharga, sempurna
  • Khalida – Abadi
  • Khairiyah – Yang memiliki sifat baik
  • Khansa – Yang berhidung mancung, wanita baik
  • Khazanah – Harta yang disimpan

Huruf M

  • Madia – Terpuji
  • Madiha – Terpuji
  • Mahdiya – Dibimbing secara benar olehNya
  • Mahnoor – Sinar bulan
  • Maida – Indah nan cantik
  • Maira – Bulan
  • Maisa – Tubuh yang serasi
  • Maisha – Cukup
  • Malaika – Bidadari
  • Maliha – Cantik
  • Mariya – Wajah yang berseri-seri, kemurnian
  • Malika – Ratu
  • Maya – Putri
  • Mina – Cahaya
  • Misha – Manis dan cantik
  • Mufida – Yang bermanfaat

Huruf N

  • Naba – Berita baik
  • Nabiha – Jujur
  • Nabila – Terhormat
  • Nada – Embun
  • Nadia – Berharap
  • Nadira – Berharga
  • Nafisah – Berharga, diminati
  • Nailah – Kurnia
  • Najla – Bermata hitam nan indah
  • Najwa – Bisikan, rahasia
  • Nimra – Lembut
  • Nuha – Pikiran
  • Nura – Cahaya

Huruf Q

  • Qari – Pembaca
  • Qanita – Taat

Huruf R

  • Radhiyah – Yang rela
  • Raniyah – Yang terpukau
  • Rafi’ah – Tinggi
  • Rafidah – Yang diberi pertolongan
  • Rafiqah – Pendamping
  • Raida – Angin semilir
  • Raihana – Berjiwa baik
  • Raima – Kebahagiaan
  • Raina – Ratu damai
  • Ranaa – Indah, enak dilihat
  • Rania – Ratu
  • Rashida – Cerdas
  • Raudhah – Taman yang rindang
  • Rayya – Cahaya
  • Rifaat – Ketinggian
  • Rifqah – Perkumpulan
  • Rona – Cahaya pagi

Huruf S

  • Sa’diyyyah – Bersifat senang
  • Safa – Kejelasan, kemurnian pikiran, ketenangan
  • Safiyya – Teman yang baik
  • Saida – Sangat cantik, baik hati
  • Saidah – Suka cita, beruntung
  • Saira – Senang
  • Sajidah – Yang bersujud
  • Sakinah – Ketenangan pikiran karena Allah
  • Sarah – Isteri Nabi Ibrahim AS
  • Salma – Selamat
  • Salsabila – Nama mata air di surga
  • Salwa – Madu
  • Sausan – Nama bunga yang harum
  • Selina – Bulan, asin
  • Shafiyyah – Jernih, murni
  • Shaima – Baik hati
  • Shahnaz – Pengantin
  • Shakila – Cukup
  • Shalimar – Indah dan kuat
  • Sonia – Cukup, sangat indah
  • Sophia – Kebijaksanaan
  • Soraya – Indah nan cantik
  • Suhaa – Bintang kecil yang berkerlip
  • Syafiqah – Yang bersimpati, lemah lembut
  • Syahlaa – Bermata kebiru-biruan

Huruf T

  • Taima – Padang sahara
  • Tara – Bintang
  • Thana – Syukur, pujian
  • Thara – Kekayaan
  • Tharifah – Jarang ada
  • Tsurayaa – Bintang, gugusan bintang
  • Tamara – Pohon palem
  • Tisha – Hidup
  • Tsamara – Buah

Huruf U

  • Umamah – Nama diri
  • Ulfa – Keramahtamahan
  • Uzma – Paling besar

Huruf W

  • Wafaa – Yang setia
  • Wania – Kurnia Allah Swt
  • Warda – Penjaga
  • Wardah – Mawar
  • Widad – Cinta, persahabatan

Huruf Y

  • Yamina – Benar, tepat
  • Yasmin – Melati
  • Yasmina – Bunga melati, indah bersinar
  • Yasna – Mawar putih
  • Yelda – Malam yang gelap
  • Yumna – Keberuntungan, sukses
  • Yusra – Makmur

Huruf Z

  • Zaahidah – Wanita yang zuhud
  • Zaahirah – Berkilauan
  • Zaakiyah – Baik, tumbuh
  • Zaara – Bunga yang indah
  • Zahra – Berseri, bercahaya
  • Zahida – Yang berpuasa
  • Zahira – Bunga yang mekar
  • Zaina – Indah nan cantik
  • Zakia – Indah, pintar
  • Zakiyah – Cerdas
  • Zakiyyah – Baik, terpuji
  • Zara – Terang seperti fajar
  • Zarina – Indah nan cantik
  • Zarmina – Indah dan emas mulia
  • Zeba – Kecantikan
  • Zenia – Bunga
  • Zoya – Mencintai dan peduli, hidup dan gembira
  • Zulfa – Bagian pertama dari malam
  • Zulfah – Kedekatan

Semoga bermanfaat untuk korang.Dan umi nak ucapkan tahiah kepada korang yang baru mendapatkan cahaya mata dan menambah cahaya mata.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *