Tips Memasak Di Bulan Ramadhan Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum
Cerita pasal menjelang ramadhan lagi..Tinggal beberapa hari lagi je kita nak memasuki bulan yang indah iaitu bulan Ramadhan..Moga Allah swt mengizinkan untuk kita berjumpa dengan Bulan yang penuh barakah ini.

Rasanya semua yang bergelar ibu jika boleh ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga. Selain lebih terjamin tahap kebersihan dan khasiat makanan tersebut, ia juga boleh menjimatkan wang ringgit. Siapa tahan kalau setiap hari perlu membeli di bazaar Ramadan yang harga makananya sangatlah mahal.
Mungkin bagi yang bekerja di rumah atau suri rumah, soal memasak untuk berbuka puasa tiada masalah tetapi bagi ibu yang bekerja ia agar mencabar dan perlu menjadi ‘lipas kudung’ jika hendak memasak setiap hari.

tips memasak bulan ramadhan
Sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan masa dan tenaga. Kenapa tidak diguna pakai untuk memudahkan tuga memasak kita. Bukan sahaja boleh digunakan pada bulan puasa tetapi sesuai untuk sepanjang masa.Kalau dah jadi ibu ni,semua kena rancang..Tak boleh nak main serbu je memandangkan kita punya tanggungjawab yang cukup besar dalam membesarkan anak-anak kan.Apa pula tips yang dibaca di Majalah Pama  yang boleh memudahkan ibu yang berkerjaya ni ye.
  1. Rancang menu seminggu
Untuk mengelakkan anda pening kepala, apa kata rancang menu masakan untuk seminggu. Senaraikan menu, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut dan mula keluar membeli belah bahan pada hujung minggu.
  1. Pembungkusan lauk pauk mentah
Apabila beli ayam, minta peniaga potong kecil ayam tersebut bersesuaian dengan menu masakan yang kita pilih. Elakkan beli ayam seekor sebab ia hanya menyukarkan kita untuk proses memotong ayam tersebut. Begitu juga dengan ikan, minta peniaga menyiang ikan-ikan tersebut bagi memudahkan kita. Selepas itu kita perlu membungkus ayam, ikan, daging dan sebagainya yang dibeli dalam bungkusan plastik atau bekas mengikut kegunaan harian. Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas/plastik kerana ia akan menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin beku, setiap kali hendak memasak, anda hanya perlu keluarkan dan letak di bahagian chiller. Pulang dari kerja ayam atau ikan sudah lembut dan boleh terus dimasak.
  1. Kisar bawang dan cili
Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia yang menjadi bahan asas utama dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan sebulan. Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak anda.
  1. Gunakan gunting bukan pisau
Penggunaan gunting berbanding pisau lebih menjimatkan masa ketika memotong sayur jenis berdaun seperti sawi, kangkung, bayam mahupun menyiang ikan.
  1. Sejuk bekukan lebihan lauk
Kadang kala ada masanya makanan yang dimasak tidak habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Anda boleh simpan dalam peti dingin beku dan boleh dimakan semula keesokan hari.
  1. Masak satu lauk yang lengkap
Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti masakan  tomyam, paprik, masam manis, kicap dan lain-lain.
  1. Ulam-ulaman pengganti sayur
Jika tidak sempat masak sayur, anda boleh menggantikan hidangan sayur dengan ulam-ulaman atau salad yang lebih mudah dan cepat selain tetap berkhasiat.
  1. Dari dapur terus ke meja
Sekiranya anda mahu menjimatkan masa daripada mencuci periuk dan kuali, boleh pilih menggunakan peralatan memasak yang boleh dipindahkan dari dapur terus ke meja makan seperti periuk kaca tahan panas.
Nasib baik Naura masih kecil lagi..Cuma menyiapkan frozen food untuk dia bekalkan di rumah pengasuh je.Selalunya masa bekerja,aku akan masak lauk yang simple sahaja.Kalau hari minggu je masak yang sedap sikit lah..Menu yang pelbagai..ala..makan pun untuk dua mulut je..Takde kisah sangat..Tapi paling best,dapat berbuka puasa di kampung…betul tak..

Loading

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *