Tips Latih Anak Puasa Dari Puan Ashikin Hashim

Tips Latih Anak Puasa Dari Puan Ashikin Hashim | Tips yang sangat berguna bukan sahaja untuk umi, tapi readers di luar sana.Actually lately ni umi banyak je join Tele Parenting dari pakar-pakar motivasi antaranya Ibu Rose, Puan AShikin dan Taufiq Razif.

 

Rasanya korang pun ada join telegram Parenting ni kan.Walaupun umi bukan Umi yang hebat ,Tapi umi cuba untuk jadi hebat di mata Naura Auni, kesayangan umi tu.

Walaupun Naura belum lagi tahap untuk umi ajar dia berpuasa, tetapi umi tetap share supaya korang pun dapat apa yang umi tahu ilmu yang di kongsikan oleh Puan Ashikin.Mungkin ada di antara tips yang diberikan boleh umi hadam dan isikan pada Naura dari awal lagi kan? Why not.

Puan Ashikin ada berkongsi tips untuk melatih anak-anak berpuasa.8 Tips latih anak puasa ni kalau kita praktikkan, insyallah anak takkan liat untuk berpuasa kan? Jom baca 8 tips latih anak puasa yang dikongsikan tu.

8 TIPS LATIH ANAK PUASA

1.LATIH ANAK SOLAT DAHULU

Ibu bapa kena fahamkan anak-anak dahulu bahawa solat MESTI dilaksanakan dulu sebelum berpuasa.

2. STORYTELLING TENTANG PUASA

Wajiblah ada kan, takkanlah bila start puasa terus kita nak bangunkan anak untuk sahur dan berpuasa.Of course kita kena bercerita dengan anak kita tentang puasa seperti menggunakan buku cerita, bercerita melalui kraf, membawa anak ke masjid sambil bercerita dan sebagainya.

3. LATIH PUASA SECARA BERPERINGKAT

Kita tak boleh la terus nak anak tu puasa cukup sebulan kan.Apa yang di ajar oleh Puan Ashikin adalah, kita sepatutnya latih anak berpuasa beberapa jam dahulu.Kemudian tambah jam pada hari berikutnya dan seterusnya bertambah.Dengan cara itu anak akan lebih bersedia.

4. SEDIAKAN AKTIVITI YANG MENARIK

Untuk kekalkan mood anak-anak kita puasa, kita sediakan juga aktiviti menarik sepanjang mereka berpuasa.Antaranya mewarna, melukis, puzzle Jurnal Ramadhan dan sebagainya.

 

Oh ya..Kalau korang nak dapatkan Jurnal Ramadhan ni, boleh dapatkan di Page Umi ye.Di MY LITTO SHOP

 

5.HIDANG MAKANAN KEGEMARAN ANAK SEMASA SAHUR DAN BERBUKA

Bila bulan puasa ni, untuk lebih menggalakkan anak dan buat dia lebih bersemangat untuk puasa adalah, masak masakkan kegemaran anak-anak.Yang penting ianya berkhasiat.

6.LEWATKAN WAKTU SAHUR

Selain memastikan anak tidak cepat hilang tenaga kerana bangun awal,lambatkan sedikit untuk bangunkan anak bersahur.Contohnya last sahur 5.45 pagi, so kita kejutlah mereka dalam pukul 5.15 ke..Itu contoh je..Janji anak-anak sempat untuk bersahur.Lepas tu takdelah lepas sahur mereka akan tidur balik.

 

7.BOLEH BUKA TAPI….

Jika anak tak mampu untuk berpuasa, izinkan mereka berbuka tetapi cuba kekalkan mood puasa.Contohnya : boleh minum sikit tapi sambung puasa.

 

8.PUJI DAN REWARD

Anak-anak kan memang sukakan pujian dan reward dari ibubapa.Jika anak kita mencapai target untuk berbuka, berilah pujian dan reward kepada mereka mengikut kemampuan ibubapa.

 

Tak sabar pulak nak tunggu Naura dan kakak berpuasa.Macam manalah umi nak handle budak² tu nanti…hahaah…Counting days to Ramadhan…

 

 

 

Loading

8 thoughts on “Tips Latih Anak Puasa Dari Puan Ashikin Hashim

  1. Woww….tak sabar jugak nak tahuuu….kalau puasa…..kak nona leh bagi duit raya lebih la kat naura……goodluck dik naura! Hehee

  2. teringat masa mula2 nak puasa dulu..memang nombor 8 tu lerrr yang mak dan makcik buat untuk pastikan kami adik-beradik sepupu sepapat berusaha untuk puasa full sebulan…sape puasa full, dapat duit raya lebih dari orang lain…ekekeke

  3. kan sunah, bila tertinggal tu, rasa nak menangis sebab fikir duit raya tak dapat penuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *