Tips kekal sihat di musim panas | Seperti yang korang tahu cuaca di Malaysia sekarang ni memang panas.Bahang dia membuatkan kita rasa lemah dan tidak bermaya jika kita kekuranga air dan sebagainya.
Cuaca sebegini ada segelintirnya suka dan ada yang tidak kerana cuaca sekarang boleh terjadinya punca strok haba (heart stroke).Ia adalah sejenis penyakit yang mempunyai kategori yang paling serius.Ia adalah sejenis penyakit yang mempunyai kaitan dengan haba dan merupakan kategori yang paling serius.Penyaklit ini akan menyebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan(thermoregulation) dan boleh mengundang maut.
TIPS KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS
Bagi mengelakkan kondisi sebegini terjadi kepada anda, ikuti artikel ini untuk mengetahui tip-tip kekal sihat di musim panas.
#1. Banyakkan minum air putih dan isotonik
Paling penting, anda perlu sentiasa kekal berhidrasi. Untuk itu, anda perlu banyak minum air putih tanpa mengira tahap aktiviti fizikal seharian anda. Selain itu juga, anda juga boleh minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang keluar melalui peluh.
#2. Kurangkan minum air berkafein, bergula dan beralkohol
Kebanyakan individu akan menganggap semua air adalah sama dan kerap minum air ketika musim panas adalah keputusan yang betul. Namun begitu, anda juga perlu tahu bahawa air berkafein, bergula atau beralkohol adalah tidak bagus untuk kesihatan terutamanya ketika musim panas. Ini kerana minuman sebegini hanya akan mengakibatkan individu kerap membuang air kecil lalu menyebabkan kekurangan cecair dalam badan.
Baca juga : Tips atasi kulit kering
#3. Luangkan masa dengan bijak
Apa yang perlu dilakukan oleh individu ketika musim panas adalah lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar. Ini bertujuan melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari. Ambil peluang ini untuk memanjakan diri anda dan berehat di hadapan kipas atau penyaman udara di dalam rumah.
#4. Sapukan losyen pada kulit
Bagi memastikan kulit anda kekal gebu, bersih, sihat dan dilindungi sepanjang musim panas ini, anda boleh sapukan losyen pada kulit. Gunakan losyen ‘sunblock’ bagi mengelakkan kulit anda terbakar.
#5. Jangan duduk lama di dalam kenderaan
Anda tidak sepatutnya duduk di dalam kenderaan terutamanya yang tidak mempunyai penyaman udara untuk waktu yang lama. Ini kerana bahang yang terkumpul di dalam kenderaan boleh mendatangkan kemudaratan buat anda.
#6. Pakai pakaian yang sesuai
Pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap hanya sesuai dipakai ketika musim sejuk atau waktu malam. Ia tidak sesuai dipakai ketika matahari berada tegak di atas kepala. Oleh itu, pakailah pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ketika musim panas ini. Selain pakaian, gunakan aksesori seperti topi atau payung bagi melindungi anda daripada panas dan terik cahaya matahari.
Rancang aktiviti seharian anda seeloknya bagi meminimakan pendedahan anda terhadap panas dan terik cahaya matahari. Jika berlaku sebarang masalah pada kulit atau kesihatan anda secara umumnya, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Diharap korang kekal sihat di musim panas ini ya.
Sumber: hellodoktor
Thanks for the tils. Lately ni memang panas betul
Tips…typo huhu..
Tips…typo huhu..
Memang panas sangat kan, tapi bersyukur juga sebab petang mesti hujan