Tips hilangkan rasa pijar cili pada tangan

Tips hilangkan rasa pijar cili pada tangan

Tips hilangkan rasa pijar cili pada tangan | Boleh meroyan kalau tangan pijar terkena cili ni tau.Nak-nak kalau terkena di bahagian muka.

Sejak umi berniaga dari rumah ni, memang selalu sangat ler memegang cili kering.Bila dah buat kerja tu mulalah pegang pada muka, tangan semua sehinggakan rasa pijar terkena cili tu terkena juga pada bahagian yang dipegang,Uishh…nak hilangkan rasa pijar tu memang mengambil masa jugaklah.

Jadi apa petua hilangkan rasa pijar terkena cili kering ni? apa petua yang umi guna untuk hilangkan pijar tu?

So umi cubalah beberapa petua yang disarankan oleh pengguna yang umi ambil dari pakcik google tentang masalah pijar terkena cili kering ni.Jom ikuti antara petua yang disarankan oleh mereka.

TIPS HILANGKAN RASA PIJAR PADA TANGAN

 

GUNA SABUN CUCI PINGGAN

Petua yang umi guna untuk menghilangkan pijar adalah dengan menggunakan sabun cuci pinggan sahaja.Letak sedikit di tapak tangan, letakkan air suam sedikit  dan gosok di bahagian terkena lada kering tu sehingga hilang pijar tu.Insyallah berkesan.

LUMUR DENGAN GARAM

Hanya guna barang yang ada di dapur sahaja, ambil dan lumur garam pada tangan dan dicelah-celah jari korang, selepas itu bersihkan sisa-sisa garam yang melekat dan biarkan seketika sebelum dicuci.

SOS TOMATO

Kalau kat rumah korang memang dah takde garam ataupun sabun cuci pinggan.Atau tak sempat nak fikir bilamana korang hanya ternampak sos tomato sahaja, ambil sos tomato dan rendamkan jari korang ke dalamnya.Kalau rasa sayang, sila guna tips yang lain..Rasa sayang pulak nak guna sos tomato hanya kerana pijar tangan,Kira mahal jugaklah kan nak menggunakan sos tomato ni.

GUNA SUSU

Penggunaan susu kalau korang tahu selalunya digunakan mereka yang memakan makanan pedas sahaja kan.Untuk menghilangkan rasa pedas di dalam mulut tu, ramai yang mengambil susu untuk hilangkan rasa pedas tu.Begitu juga bila terkena pijar pada tangan.

Rendam atau siram susu ke tangan yang pijar ataupun korang boleh juga menggunakan yougurt untuk hilangkannya.Terpulang nak guna mana satu.

 

ALKOHOL

Agak pelik menggunakan alkohol kan? Tapi penggunaan alkohol untuk tangan yang pijar boleh membuatkan ianya hilang.Alkohol meninggalkan rasa sejuk pada tangan.So, penggunaan alkohol pun dapat menghilangkan rasa pijar pada tangan.

 

Yes, itu antara tips yang umi dapat dari carian google dan umi dahpun menggunakan tips yang pertama dan alhamdulillah berkesan.

So, lepas ni boleh la mencuba tips yang lain supaya umi tau samada tips yang diberikan di atas memang betul-betul berkesan atau tidak.

 

 

Loading

1 Comment

  1. ooo susu pun boleh pakai ek…

    biasanya saya biarkan aje sampai dia hilang sendiri hahahaha..sebab tak tahu macam mana nak hilangkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *