tips elak anak berterngkar

Bila Depan Mata Bertengkar Bila Salah Sorang Tiada Rindu

Bila Depan Mata Bertengkar Bila Salah Sorang Tiada Rindu | Begitulah kisahnya dengan anak-anak ni.Ada je punca yang menyebabkan dioarang ni bertengkar.Sampai kadang-kadang umi pun jadi stress sebab mereka selalu sangat bertengkar

Baru anak dua, tu pun asyik nak bertengkar je kerjanya.Tapi bila salah seorang takde, tau pulak rindu.Begitulah, bila depan mata bertengka je bila salah sorang tiada rindu pulak.

Yang si kakak tak kisah kalau adik takde.Tapi kalau adik, kalau takde dia memang kisah.Kakak nak ikut nenek dia balik pun dia nangis.Tapi tidaklah kalau dia nak ikut untuk balik kampung.

Bila kakak nak ikut nenek je, mula dia tanya kakak nak pergi mana? siapa nak kawan dengan adik? Adik takde kawanlah umi.

Hah gitulah yang selalu dia sebutkan bila kakak takde.

Bila berdua pulak, ada je benda yang selalu nak digaduhkan.Sampai umi jadi stress dengan berdua tu.Kalau baik bukan main lagi.Banyak kali jugak umi denda diorang ni.Kadang tu keluar jugak rotan.

Macam tulah kan ragam anak yang lebih dari sorang ni.Macam-macam peelnya.Setiap anak ni berlainan perangainya.Kalau tak sabar memang lah umi naik angin.

Terbaca tips dari Dr Taufiq Razif yang berkongsi mengenai tips elak anak bertengkar ni.Umi ada join Telegram Dr Taufiq ni sebab umi suka baca tentang parenting.Beliau ni merupakan CEO di The Proparenting.

Umi kongsikan sedikit dengan korang tentang tips elak anak bergaduh yang dr Taufiq share tu.

5 TIPS ELAK ANAK BERGADUH YANG PARENT PERLU TAHU

Bila Depan Mata Bertengkar je Bila Salah Sorang Tiada Rindu

#1 Normal jika adik beradik bergaduh

Mengikut kata Dr Taufiq apa yang perlu kita ketahu adalah ianya normal untuk adik beradik bergaduh(Sibling rivalry) asalkan ianya tidak keterlaluan.Jadi apa yang kita perlu buat adalah nasihatkan anak-anak kita secara konsisten kerana ianya sebuah proses.

#2 JANGAN SALAH MENYALAHKAN

Sebagai ibubapa kita tak boleh ada sikap yang salah menyalahkan seperti anak kita.Jangan salahkan (blaming ) anak kita yang mulakan pergaduhan secara keterlaluan.Bersederhana dan bersikap adil antara satu sama lain.

#3 JANGAN GUNA EMOSI

Semasa meleraikan pergaduhan jangan gunakan emosi yang keterlaluan.Kita sendiri kena tenang dahulu.Baru anak-anak kita pun boleh ikut tenang dan tidak menyimpan dendam.

#4 PUNCA ANAK BERGADUH

Jangan tengok secara permukaannya sahaja.Cuba gali ataupun decode penyebab sebenar anak kita bergadih.Mungkin mereka sedang dahagakan “connection & attention daripada kita.

#5 PILIH KASIH ATAU FAVOURITISM

Jangan amalkan favouritism.Jangan pilih kasih tak kisah la anak lelaki atau perempuan.Anak kita sama je.Semuanya ada perasaan.Layan mereka dengan seadilnya.Mereka pun punya hati dan jiwa sama seperti kita.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Memang kita sebagai ibubapa tak terlepas dari sikap-sikap di atas ni.Tetapi untuk menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kita perlu praktikkan supaya kita tidak mendera emosi mereka dalam senyap.

Baca juga : Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Umi paling risau jika mereka terasa umi melebihkan seorang pihak.Sebolehnya umi nak bagi kasih sayang serta perhatian sama rata dekat anak-anak umi ni.

Semoga artikel ni bermanfaat untuk umi dan readers yang lain.Umi kongsikan supaya umi sendiri boleh perbaiki apa yang kurang dalam diri umi mendidik anak-anak demi melihat mereka berjaya menjadi seorang insan yang baik dan cemerlang dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *