tips didik anak berpuasa

Tips didik anak berpuasa, Ini korang kena Praktikkan

Tips didik anak berpuasa, Ini korang kena Praktikkan untuk anak-anak korang yang baru nak belajar berpuasa.Mungkin korang boleh gunakan tips didik anak berpuasa di bawah ni.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Nak dapatkan satu result yang baik permulaannya perlulah sedikit-sedikit.Lama-lama jadi bukit.Lama-lama akan lebih baik.Betul tak?
 
Macam tu jugaklah cara ajar anak berpuasa.Bukan terus boleh esok anak dah pandai berpuasa satu hari.Ambil masa untuk ajar anak berpuasa.Bila kita memaksa mereka, terjadi sesuatu yang tak diingini kita jugak yang susah kan?
 
Jadi ajarlah ikut step untuk didik anak berpuasa.Kalau korang ada anak yang baru nak belajar berpuasa, ikuti tips untuk ajar anak berpuasa seperti dibawah.
 
Bukan mudah nak ajar anak berpuasa.Tapi kalau kita usaha, insyallah berjaya jugak.Tapi kena ikut tips kat bawah ni ye.Alhamdulillah, anak-anak umi tahun ni dah berpuasa penuh.Harapnya sampailah sebulan.
 
Itu tak tau lagi la untuk waktu persekolahan.Mesti diorang lebih penat kan? Tapi takpe, at least diorang dah cuba sedaya upaya untuk berpuasa penuh.Kalau nampak anak betul-betul tak larat jangan sesekali dipaksa.Lain pulak jadinya nanti.
 
TIPS  MUDAH AJAR ANAK PUASA

TIPS  MUDAH AJAR ANAK PUASA

 

1.Latih sedikit demi sedikit

Untuk permulaan berpuasa,latih anak kita untuk menahan lapar untuk separuh hari iaitu sehingga jam 1 petang,begitu juga hari kedua dan ketiga,bila masuk hari keempat,dan seterusnya,cuba latih untuk ke petang.Pujuk mereka untuk berpuasa satu hari.Insyallah,mereka akan biasa nanti. jika kita ikut tips mengajar anak  puasa buat pertama kali ni, insyallah berhasil.
 

2.Manfaatkan Masa

Selitkan juga cerita tentang kisah rasulullah di bulan ramadhan.COntohnya kisah mengenai Rasulullah dan para sahabat berperang di bulan puasa.Sekali sekala tu,selitkan lah juga pengalaman kita berpuasa masa kita kecil-kecil dulu.Buat aktiviti yang menarik minat anak supaya tidak merengek untuk minta makanan.

3.Ubah suasana rumah

Suasana yang berubah juga akan mempengaruhi semangat anak-anak.Misalnya dengan mengubah suasana di dalam rumah,mempersiapkan ruang khusus untuk solat berjemaah dan tadarus Al-Quran.Ajak anak-anak menghiasi ruang tersebut dengan tulisan kaligrafi dan gambar-gambar islamik.
 

4.Sediakan menu kegemaran mereka dan makanan seimbang.

Sepanjang bulan puasa,ibu bapa perlu menyusun menu dengan gizi yang seimbang untuk anak yang berpuasa.Juga boleh mulakan terlebih dahulu sebelum bulan puasa dengan melatih habit dari 3 kali sehari menjadi 2 kali sahaja.Bila dilihat dari habit kebiasaan makan.berpuasa sebetulnya hanya memindahkan ja,.atau mengulangi satu kali waktu makan saja.Bila biasanya makan 3 kali sehari.menjadi 2 kali iaitu waktu sahur dan waktu berbuka puasa.Cara ini juga dapat membuatkan suasana sahur menyenangkan bagi anak-anak sehingga tidak merasa berat bangun tengah malam.Biarkan anak-anak makan di akhir waktu sahur

5.Beri penghargaan.

Jika anak berhasil menyelesaikan puasanya dalam sehari,berilah Hadiah,tak semestinya dalam bentuk wang,ibu bapa juga boleh beri penghargaan dengan membawa mereka ke bazar untuk membeli makanan yang mereka sukai.

6.Melatih anak niat berpuasa

Kalau boleh amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam.Dengan cara ini anak akan lebih seronok

7.Kurangkan menonton tv disiang hari

Ini kerana iklan di tv banyak menyiarkan iklan-iklan makanan.Macam mana kalau iklan yang ditayangkan adalah makanan kegemaran mereka.Haruslah tergugat iman..hehehe.

8.Jangan biarkan mereka yang berpuasa terlalu aktif bermain.

Sememangnya apabila mereka bermain akan membuatkan mereka leka dan tak eprasan masa berlalu tetapi bila dah penat,mereka akan minta makanan.Sebab tu nak kena pantau aktiviti mereka.Jika mereka bersekolah,takde masalah sangat kan.

9.Sediakan makanan atau minuman yang mengandungi nutrisi seimbang

Ini bagi mengekalkan tenaga harian mereka untuk menjalani aktiviti harian.
Dari pengalaman aku ,susu yang di blend dengan kurma mampu memberikan tenaga untuk anak-anak yang berpuasa,so masa sahur,sediakan untuk mereka.

10.Elakkan memberi makanan dan minuman seperti makanan yang asam,bersantan atau pedas.

Untuk mengelakkan perut mereka meragam dan tidak selesa,avoid makanan-makanan seperti itu.
 
Itu sahajalah tips yang  dapat umi kongsi hasil dari pembacaan umi.Mungkin korang ada tips yang lebih baik untuk dikongsikan bersama…
 
 
 
 

Loading

4 Comments

  1. good sharing!

  2. Terima kasih Pn Eda. Satu tips yang baik sebab minggu depan sudah dah nak puasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *