Vision Board? Perlu ada ke? | Apa yang korang tahu pasal Vision Board ? Umi dah lama berangan-angan nak ada vision Board.
Tapi tulah, sampai ke sudah tak tercapai pun cita-cita nak ada Vision Board tu untuk diri sendiri.Tapi bila umi masuk Team Mommyhappy,Leader umi ada cerita pasal Vision Board ni.Korang tau ke apa itu VISION BOARD?
APA ITU VISION BOARD
Vision board adalah satu PAPAN VISI.Papan ni dimana kita tampal segala impian yang kita nak capai.Dalam kehidupan, mesti kita nak sesuatu kan? bila kita ada impian, mestilah kita nak capai.Selain dari usaha, Vision board ni kira pemangkin untuk kita dapatkan apa yang kita nak.Tiap-tiap hari kita tengok dan tanamkan azam supaya apa yang kita tulis di vision board tu akan terlaksana.
NAK SERIBU DAYA TAKNAK SERIBU DALIH
Jadi perlu ke kita buat vision board ni? dan kenapa kita perlukan vision board untuk mencapai impian kita?Memang kalau orang yang tak tau pasal vision board ni, mereka akan kata macam-macam kat kita.Bagi umi, biarlah orang pandang rendah dengan kebolehan kita, caci kita. Asalkan kita tau niat kita tu.Tercapai atau tak apa yang kita tulis dalam vision board tu biarlah antara kita dengan Allah swt je tahu.
Selagi kita usaha, tekad dan selalu berdoa agar apa yang kita buat dipermudahkan, insyallah.. apa yang kita nak tu akan dapat.
Rezeki takkan pernah salah alamat.
KENAPA PERLU ADA VISION BOARD
Bagi umi, vision board ni penting sangat.Penting bila kita rasa kita down, taknak buat, rasa malas dan rasa diri kita ni tak berguna, pandang balik segala impian kita yang kita pernah impikan.
Tanya balik apa yang kita nak? Patut ke berhenti takat ni je?
Sedangkan kita dah taknak usaha langsung nak capai apa yang kita nak tu.Itulah fungsi vision board tu.Bila mana kita rasa down dan sebagainya, pandang balik vision kita tu dan terus ubah mindset kita supaya kita tak terus down.
Jadi vision board adalah sesuatu yang memberikan kita MOTIVASI pada diri untuk kita terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Bangkit dari segala perasaan yang boleh menjatuhkan kita.Ingat sentiasa.. ALLAH KAN ADA
Jangan kerana sedikit kesusahan yang kita lalui, kita lupakan jutaan nikmat yang Allah beri setiap saat kepada kita
Jadi macam mana cara nak buat vision board ni.Apa langkah-langkah untuk buat vision board ni.Jom umi share
7 TIPS BUAT VISION BOARD UNTUK CAPAI IMPIAN KITA
- Tulis dengan jelas dan spesifik apa yang kita nak
Pertama sekali kita kena tulis semua benda yang kita nak.Yang jelas dan spesifik. Contoh yang umi bagi
- Nak beli rumah
- Nak tolong mak ayah
Tulis je apa je impian yang korang nak.Jangan fikir boleh ke tak eh capai? aku boleh buat ke? Tak membazir ke?
No..no.. Jangan fikir benda-benda negatif yang ada di dalam kepala. Biasalah beb, syaitan ni mana nak ada manusia yang senang lenang dengan usaha.Selalu menyesatkan minda kita dengan soalan-soalan yang negatif.Sila istighfar bebanyak ek!!
3.TUJUAN BUAT VISION BOARD
Kenapa kita nak buat vision board ni? tulis dan tulis kenapa. Kenapa kita buat?
Contohnya
Aku tak mampu nak bagi duit kat mak abah lebih setiap bulan.Kalau aku ada side income, boleh la aku bagi duit kat diorang.Duit tu pulak hasil titik peluh dan doa dari diorang.Jadi aku kena raikan jugak bersama dengan diorang kan?
Contoh kedua
selalu tengok Ustaz Ebit Lew, ustaz Tido dan Azfar Badrul tu bantu orang.Rupanya ramai yang memerlukan.Jadi takkan kita nak tengok je orang lain sedekah.Kita nak jugak merasa nikmat sedekah tu kat orang.
Bukan kata umi tak pernah sedekah.Ok bab tu umi taknak cerita sebab biarlah itu antara umi dengan Allah..Nanti kalau umi bagitau takut timbul rasa riak pulak.
At least kalau selama ni kita sedekah sedikit je, mana tau bila kita ada rezeki lebih, kita nak sedekah banyak.Korang pun taukan kebaikkan sedekah ni.Sedekah ni juga sebagai pembuka pintu rezeki.
Kat Malaysia ni ramai orang yang masih lagi hidup susah.Tapi tak ramai orang tau kan?
So, itu umi nak terangkan kenapa kita kena ada vision board dan kena tulis apa yang kita nak capai.
4.BRAINSTORM – APA YANG KITA KENA BUAT UNTUK CAPAI IMPIAN KITA
Sebab tu ada pepatah mengatakan ” Struggle is Real” . Buat sampai jadi.Apa yang kita nak tu mesti jadi.Nak capai apa yang kita nak tu bukan sesuatu yang mudah ye.Banyak pengorbanan yang kita kena buat.
Contohnya : Umi nak capai sales umi dan naikkan ranking umi kepada Silver leader dalam berniaga online bersama Mommyhappy.
Nak capai tu umi kena ada agent-agent yang aktif.Bukan agent je kena aktif, umi pun sama kena aktif.Kena usaha dengan sharing di group-group whatssap.Follow up balik customer yang dulu nak beli lepas tu diam seribu bahasa.Nak encourage anak-anak agent supaya mereka betul-betul nak capai apa yang diorang nak.Kadang-kadang kita nak berjaya kena sokongan dari orang lain jugak.Bukan syok sendiri je.
Kena usaha lebih supaya kita tak berada dalam keadaan yang selesa je.Masa muda ni lah kita nak kumpul segala apa yang kita nak.Dah tua-tua sok, takyah susah-susah nak capai impian.Walaupun umi hampir nak masuk ke 40 series, rasa belum terlambat lagi kot…hahahaha
Lain-lain kita boleh fikir sendiri mengikut kemampuan diri kita ye.
5.VISUALKAN IMPIAN KITA DALAM VISION BOARD
Macam mana kita nak visualkan vision board kita ni? cari jelah gambar apa yang kita nak.Contohnya kita nak beli karpet ikea yang harga dia dekat 1k. So, korang google jelah karpet ikea tu print dan tampal kat vision board tu.
eceh!!

Mision board Sis paling utama setiap hari, tulis diari harini dan esok setiap selepas subuh, memang tak pernah miss…then kat blog…dulu ada tulis dan tampal macam Eda kat cermin soleh dan aisbox semua..tapi sebab tiba=tiba taknak orang tau apa yang kita mahu, Sis tulis utk peribadi sendiri dalam diari..
kak Ajan rajin buat vision board macam ni..sangat cantik sebab dia tampal2 gambar bagi nampak menarik..ada yang dia siap bingkaikan lagi…kita pun rasa tertarik nak tengok dan impikan yang sama…
Baguslah masuk blog kak ida ni. macam2 tips parenting berguna kita baca. heheh