Tips Bijak Berbelanja di Musim Perayaan | Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya kan? Mesti dah ready dengan persediaan menyambut syawal.
Tips Bijak Berbelanja di Musim Perayaan
- Buat senarai kepentingan
Sebelum keluar membeli belah pastikan anda menyediakan satu senarai barangan yang hendak dibeli.Senarai tersebut mestilah boleh menjadi garis panduan berguna semasa anda sibuk membeli belah.Secara tidak langsung anda boleh fokus mencari apa yang disenaraikan sahaja.Usahakan agar perbelanjaan tidak lebih daripada anggaran yang telah ditetapkan.Ini akan membuatkan anda lebih efisien dalam berbelanja serta terhindar dari masalah kewangan menjelaang hari raya.
2. Membeli semasa jualan murah
Pembeli yang bijak pasti tidak akan melepaskan peluang membeli belah semasa musim jualan murah.Bayangkan ketika itu anda boleh membeli barangan berkualiti dalam kuantiti yang banyak berbanding pada harga biasa.Oleh kerana jualan murah dalam Negara sudah diketahui masanya, apa kata anda ketepikan sejumlah wang khusus untuk membuat persiapan hari raya anda sekeluarga.
3.Bawa penasihat bersama
Sebaiknya, jangan pergi membeli belah berseorangan malah lebih baik anda membawa bersama seorang penasihat yang dapat membantu mengingatkan dan memberi pendapat ketika berbelanja.Ia akan membantu anda membuaat pilihan yang terbaik selain tidak perlu membazir membeli barangan yang tidak perlu.
4. Berberlanja mengikut keperluan.
Jangan diikutkan nafsu membeli yang tidak pernah habis.Pembelian barangan yang tidak penting hanya akan meningkatkan perbelanjaan anda.
5.Elakkan membawa kad kredit
Jika anda seorang kaki shopping, memang merbahaya jika memiliki beberapa jenis kad kredit di dalam dompet.Seeloknya tinggalkan kd kredit atau minta penasihat anda memegangnya seketika dan hanya dibenarkan menggunakan kad tersebut untuk kecemasan sahaja.Jika terpaksa gunakan kat kredit, cukup gunakan kad yang mempunyai nilai kredit terkecil untuk membatasi jumlah pengeluarannya.
6.Buat perbandingan harga
Sebelum membeli, pastikan anda telah membuat perbandingan harga dan kualiti di tempat lain.
7.Bijak tawar menawar semasa membeli
Tidak salah mencuba.Sikap ringan mulut anda menawar harga yang telah ditetapkan ketika membeli mungkin memberi kebaikan pada wang yang anda keluarkanPengurangan harga walau sedikit mampu menjimatkan wang.Namun, bukan semua tempat boleh tawar menawar.
8.Buat perancangan
lakukan aktiviti membeli belah anda secara bertahap.jangan membeli di saat-saat akhir kerana banyak masalah akan timbul seperti tiada saiz yang sesuai, kehabisan warna yang diminati dan lain-lain lagi.
9.Elakkan membawa anak kecil
Proses membeli belah memerlukan anda bergerak aktif.Sebaiknya anda tidak perlu membawa bersama anak-anak kecil kerana ianya hanya akan menyukarkan proses pemilihan dan pembelian.Biasanya mereka tidak dapat bertahan lama menanti proses pemilihan anda.Akibatnya mereka akan membuat pelbagai ragam dan karenah yang menganggu kelancaran anda membeli belah.
10.Ukur baju di badan sendiri
Jangan berbelanja ikut nafsu semata-mata untuk menyambut hari raya.Hilangkan anggapan bahawa hari raya mesti segalanya bertuka pada barang baru.Berbelanja ikut kemampuan dan jangan seseekali meniru gaya orang lain.Dengan sedikit kreativiti, barang-barang lama anda boleh diubah suai untuk kelihatan cantik dan menarik untuk digunakan di hari raya.
Itulah 10 tips bijak berbelanja di musim perayaan yang boleh kita ikuti.Elakkan pembaziran dan yang paling penting kena sediakan sedikit duit simpanan untuk digunakan selepas hari raya.
So far, umi belum lagi beli apa-apa.Dalam rumah tak berganti apa pun lagi.Cuma lebih fokus kepada baju raya anak-anak sahaja lah nampaknya.
selamat bershopping yer..
kadang ikut jgk tips ni, kadang kalo poket tengah tebal takde nak follow dah..asal berkenan jer rembat..hihi
Tips yang baik ni aida..tapi selalunya terbabas..he..he
tips yang bagus nih… hihi
Assalamualaikum . hee . ada iklan Essenseri 😀
Bukan untuk wanita sahaja..lelaki pun kena pandai kawal nafsu shopping ni gak..harga pakaian lelaki lebih mahal dari wanita..