September 22, 2020
Tips atasi Kulit kering pada kaki dan tangan

Tips atasi Kulit kering pada kaki dan tangan

Selalu jadi masalah bila kita mempunyai masalah kulit kering pada kaki dan tangan kan.Macam mana nak atasinya?Nak tau apa tips atasi kulit kering pada kaki dan tangan ni?

Mesti korang pun ada masalah kulit kering pada kaki dan tangan kan.Maknanya keseluruhan badanlah kiranya.Tapi di bahagian muka korang berminyak.Kulit kering ni nampak hodoh sikit tau.Kalau kita tergarik apa-apa je mesti akan nampak kesan garik tu.Hah..tu tandanya kulit korang memang kering.Kalau korang menggaru pun akan ada kesan garu yang akan nampak kesan yang tak elok untuk dipandang…hehehehe

Umi pun ada masalah yang sama tau.Dan masalah tu kerap sangat berulang.Puas dah guna pelbagai losyen untuk mengatasi kulit kering ni.Pelbagai tips yang ada di internet untuk kita buat dan cuba.Kalau kita tak cuba,kita takkan tahu keberhasilannya kan.

So dari pembacaan umi di satu blog ni,ada perkongsian tentang ni. Kita tengok ye apa tips yang diberikan ni.

 

1.Madu

Ada orang menggunakan madu untuk mengatasi kulit kering pada kaki dan tangan.Madu ni selain mempunyai kandungan Vitamin serta mineral yang tinggi,ia dapat merawat kulit kaki,dan tangan yang kering.Dengan kekerapan menggunakan madu,ia juga dapat membantu mengatasi bibir kering tanpa perlu korang gunakan pelembab bibir lagi tau

2.Minum Air Putih

Minum air putih secukupnya membantu melembabkan kulit kita adalah sangat penting.Disarankan perlu minum air sebanyak 3 liter sehari untuk memenuhi keperluan cairan dalam badan.So air putih sangat penting tau untuk melembabkan kulit kita.

3.Kurang Mandi

Percaya tak kurang mandi juga mempengaruhi peningkatan kelembapan kulit.Air dan sabun menjadikan kulit lebih kering.Mandilah secukupnya 2 kali sehari dengan masa yang mencukupi.Beberapa Pakar Kecantikan menyaranakan untuk menggunakan sabun pada sekitar wajah dan ketiak.Korang juga boleh gunakan sabun yang khusus untuk kulit kering.

4.Keringkan badan dengan cara Menepuk

Kesilapan kita sesudah mandi adalah mengelap air yang ada di badan dengan menggunakan tuala.Kaedah itu silap sama sekali kerana ianya boleh membuat kulit semakin kering.

5.Limau Nipis

Selain dari untuk masakkan,limau nipis juga membantu dalam mencantik dan melembabkan kulit.Belah dua Limau Nipis dan oleskan kepada kulit.

6.Mentimun

Bukan sahaja boleh di makan,ia juga dapat membantu kulit mendapatkan lembapan dan kulit yang cantik.Hanya kupas kulit timun,bersihkan dan blend.Setelah itu,bolehlah sapukan kepada kulit yang kering.

 

7.Buah Avocado

Cara lain untuk atasi masalah kulit kering  adalah dengan menggunakan buah Avacado.Di dalam buah Avocado terdapat nutrisi yang sangat bagus untuk kulit muka.Cara penyediaanya begitu mudah dengan menumbuk lumat buah Avocado dan sapukan ke atas kulit yang kering.

8.Minyak Zaitun

Selain itu minyak Zaitun juga dapat membantu korang untuk mendapatkan kulit yang lembut dengan menyapu minyak ke seluruh kaki dan tangan yang kering tu.Korang pun taukan banyak sebenarnya kelebihan minyak zaitun dalam kehidupan seharian kita.

9.Pisang

Khasiat pisang ni banyak sebenarnya dan salah satu darinya adalah membuatkan kulit korang lembut.Caranya cukup mudah,just lenyekkan pisang dan sapu pada kaki dan tangan yang kering.
credit to : cantikalamiah.com
Hah..mudahkan cara mengatasi kulit kering ni.Semua bahan yang digunakan di atas untuk membantu korang mendapatkan kulit yang cantik,sangat mudah untuk mendapatkannya.Itu baru sebahagian bahan yang dapat membantu kita dalam menangani kulit yang kering.Kalau korang google lagi mesti banyak lagi tips untuk kulit kering ni.

 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

12 thoughts on “Tips atasi Kulit kering pada kaki dan tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *