Ajar Anak Berenang Dari Kecil Perlu atau tidak?

Ajar Anak Berenang Dari Mereka Kecil Perlu atau tidak? dan ini selalu bermain difikiran kita sebagai mak-mak.Yelah mak-mak ni emosi dia terlebih kadang-kadang.Macam-macam perasaan timbul bila baru nak mula mengajar anak berenang.

Begitu jugaklah apa yang bermain diminda umi ni masa nak masukkan anak-anak ke kelas renang.Sebab tu sampai sekarang masih berkira-kira nak hantar mereka atau tidak.Padahal dari kecillah perlu kita ajar anak cara berenang supaya ia bukan sahaja memudahkan kita malah memudahkan mereka.

Bila nampak si Auni dan Fiyah beberapa kali ni bermain di kolam renang, terdetik kembali untuk daftar mereka kelas renang supaya umi tak risau.Yelah, kalau kakak, masih takut-takut nak bermain dengan air yang dalam, tapi tidak adik, kemain berani dia tau nak pergi ke tempat air yang dalam masa pergi ke Desaru Coast dan juga Bayou Lagoon tempohari.

Nasib baik masa di Desaru Coast tu, ada si Zaki Champ ni yang tolong tengok-tengokkan dia.Dialah yang melayan si Auni ni bermain air.Nasiblah jugak ada life jacket yang dibekalkan bila di sana.

Tapi masa ke bayou lagoon memang takde life jacket.Jadi sedikit kegusaran disitu.Cuma ada mama dia a.ka. adik umi yang turut serta semasa kami bercuti tu.

Ajar Anak Berenang Dari Kecil Perlu atau tidak?

Jadi dialah yang pantau anak main gelongsor air dan sebagainya.Umi? seriusly umi memang tak boleh sekarang ni berada di dalam air terlalu lama.Nak-nak kalau air tu melebihi dada.Mulalah rasa sesak nafas dan sebagainya.Mulalah anxiety tu datang secara tiba-tiba.Uih..kalut kalau dia datang ui..

Ajar Anak Berenang Dari Kecil Perlu atau tidak sebenarnya?.Mesti korang nak tahu kan apa kelebihan ajar anak berenang ni? Of course banyak dan kat bawah ni umi share untuk panduan korang ye

KEBAIKKAN ANAK PANDAI BERENANG

  1. Ia dapat menyelematkan anak dari lemas – Yelah, dah kita ni tak pandai berenang, kot nampak anak-anak terkapai-kapai kita hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa jika tiada pertolongan dari orang lain.At least kalau kita tak pandai berenang pun, anak pandai kan.Jadi dia boleh jaga diri dia bila di dalam air.
  2. Dapat bantu merangsang otak anak – Ia adalah salah satu aktiviti yang dapat merangsang otak anak dan membantu perkembangan mereka dalam membesar.
  3. Membangunkan kemahiran pembelajaran – Lengkap satu pelajaran tentang berenang  dan ia sangat menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar.
  4. Anak lebih berani – Dapat membuatkan anak lebih berani nak-nak bila mereka di dalam air.Jadi takdelah insiden anak lemas walau kita masih perlu memerhatikan mereka lagi.
  5. Meningkatkan Keyakinan dalam diri – Salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan dalam diri anak-anak apabila mereka di dalam air.Tidak takut apabila mereka berada di dalam air yang dalam.
  6. Hobi yang sihat – Ia merupakan hobi yang sihat dan tidak membosankan.Dapat juga mereka release tension dari belajar kan.
  7. Mengelakkan Obesiti – Salah satu senaman juga kan.Macam kita buat senaman aerobik, begitulah juga kita berenang.

TIPS AJAR ANAK BERENANG DENGAN BETUL SEMASA MEREKA MASIH KECIL

Boleh la follow tips dari perkongsian ibubapa yang dah berjaya mengajar anak mereka berenang.Jadi korang boleh praktikkan tips ni untuk anak-anak korang jugak.Umi pun on the way mengajar diorang berenang ni..hahah..

1# Praktikkan Mandi dalam tab mandi kecil terlebih dahulu di rumah.

Sebelum membawa anak untuk mandi manda di dalam sebuah kolam yang agak besar, kita perlulah biasakan anak-anak dengan berendam dahulu di tab mandi yang kecil di rumah.Caranya adalah dengan mengisikan air dan letakkan jgua mainan kegemaran ataupun buih sabun untuk menarik perhatian mereka.Yang penting kita kena sentiasa bersama dengan anak-anak semasa mereka sedang berada di dalam tab mandi.

Baca juga :

Jika anak kita tidak mahu untuk keluar dari tab dalam keadaan menangis, menjerit dan sebagainya ketika mandi, maka besar kemungkinan anak-anak kita berlum lagi bersedia.Jika ini berlaku, mungkin kita boleh tangguhkan dahulu sebelum membawanya ke kolam renang kanak-kanak.

2# Bermain dengan simanja ketika mandi dengan rasa seronok.

Salah satu cara untuk menggalakkan mereka berseronok sambil berenang untuk kanak-kanak adalah dengan bermain dengannya.Contohnya, kita boleh menyanyi bersamanya.Ataupun bercakap-cakap dengannya.Permainan ‘Pick-a-boo’ pun merupakan salah satu permainan kegemaran kanak-kanak di sekitar 1 tahun.

3# Jejakkan kaki ke kolam renang kanak-kanak bersama si manja

Setelah kita nampak anak semakin biasa dengan air maka bolehlah kita teruskan operasi seterusnya dengan membawa si manja ke kolan renang kanak-kanak.Fasa pertama sekadar untuk memperkenalkan kolan renang itu dengan menjejakkan kakinya dalam air.Jangan paksa anak kita untuk terus turun sepenuhnya bagi mengelakkan mereka berasa terkejut dan stress dengan persekitaran yang baru.

untuk kali yang pertama ini mungkin boleh dibawa main air sedikti saja sambil menunjukkan betapa seronoknya bermain air dan bermandi manda di kolam renang itu.Bawa anak sehingga ke tangga kolam, bawa mereka cubaan untuk turun di dalam pelukan dan jika anak nampak tidak selesa segera naik semula dan jangan di paksa.

4# Belikan pelampung yang sesuai untuk keselamatan anak.

Jangan lupa untuk membelikan pelampung pada anak sesuai dengan usia dan saiz tubuhnya.ada banyak pelampung dan korang boleh pilih dengan bentuk yang comel serta berwarna-warna untuk menarik minat si manja.

Pelampung ini sangat penting untuk keselamatan mereka.Selain itu, pelampung atau mainan air lain juga boleh galakkan mereka berenang dan lupakan ketakutan ketika sedang berada di dalam air.

5# Sediakan Pakaian renang yang sesuai

Baju renang yang sesuai dan berkualiti sangat penting untuk anak-anak kita yang sedang belajar berenang.Baju yang berlengan dan panjang dapat melindungi kulit mereka dari pancaran sinar UV matahari yang membahayakan kulit jika tidak dijaga.

6# Sentiasa pantau keadaan anak dalam kolam renang

Dalam tujuan kita untuk mengajar dan membiasakan diri anak dengan aktiviti berenang, adalah penting untuk kita pastikan keselamatan anak selalu.Jangan terlalu asyik berseronok sehinggakan nyawa anak sendiri menjadi mangsa.

Apa pun sila pastikan yang anak tidak ditinggalkan di dalam kolang renang seorang diri tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa.Di dalam kolam renang ini adalah amat bahaya jika tidak dipantau.Semasa beramin dengan anak sila ketepikan dulu segala bentuk bantuan lain seperti handphone dan sebagainya.

Ajar anak berenang ni satu kepuasan apabila mereka pandai kelak.Jadi sebelum mengajar anak berenang, mestilah kita ada ilmu sikit-sikit apa yang boleh dan tak boleh semasa mengajar mereka berenang.

so, bagi korang Ajar Anak Berenang Dari Kecil Perlu atau tidak? apa pendapat korang?

 

 

Loading

2 Comments

  1. Aku dari kecik nak berenang, seronok kalau pi kolam ke laut, tapi tak sempat nak berenang, lain plak jadinya hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *