Bila sentuh bab belajar kat rumah ni, lagi pulak bila menghadap kerja sekolah,anak kurang fokus.Salah seorang dari anak umi ada perangai yang kurang fokus bila buat sesuatu.
Kadang-kadang umi tertanya-tanya jugak, anak aku ni ada masalah ke?Bila ada online kelas atau buat kerja sekolah, memang susah dia nak fokus.PDPR ni lagi lah, kita nampak depan mata cara dia belajar.Padahal satu hari baru 2 subjek yang dia kena buat.
Umi mengadap dia buat kerja untuk satu subjek ni pun dah 2-3 jam lamanya.Macam si kakak ni, dia masih lagi merangkak membaca, jadi bila nak membaca tu ambil masa.Dan satu lagi, bila ayat yang panjang dia mulalah malas nak membaca.Dia suruh umi pulak bacakan untuk dia.Umi ni kalau ikutkan nak je bacakan untuk dia.Lagi cepat.
Tapi disebabkan nak dia tu lancar membaca, jadi umi kenalah baaanyakkkkk bersabar menunggu dia membaca satu persatu.Nasib baik adik dah lancar membaca.Jadi takde masalah untuk dia settlekan kerja sekolah dia.
Yelah, lain anak lain la kan cara dia.Jadi umi tak boleh nak memaksa sangat dia untuk dia laju nak membaca.Kadang umi sendiri tak tau cara nak tingkatkan fokus anak ni.
Syukur alhamdulillah, hari ni dia tamat kelas Membaca anakku.Dah hampir setahun lebih jugak kelas dia tu.Itu pun masih merangkak.Yang umi perasan, dia tak boleh kalau tak membaca dalam sehari.Nanti skip 2,3 hari dia akan mula lupa suku kata yang dia pernah diajar.
Kadang tu geram jugak kan bila anak kurang fokus dalam pelajaran.Banyaknya budak-budak di usia dia ni, memang banyak bermain.Jadi nak tackle hati dia untuk fokus adalah dengan cara bermain.Kadang-kadang buat aktiviti menggunting, mewarna atau bermain permainan yang boleh meningkatkan motor halus dan kasar diorang ni.
Tapi tulah, kadang kalau umi larat, umi buat.Kalau tak larat tu, faham-faham jelah.
Tapi kita kena faham, sesetengah kanak-kanak ni sememangnya dikenali sebagai anak yang aktif.Mereka lebih suka untuk meneroka perkara-perkara yang berada disekeliling mereka berbanding duduk diam untuk melakukan sesuatu perkara.
Sebenarnya ini merupakan petanda baik kerana ianya menunjukkan fizikal anak yang sihat kerana anak sentiasa cergas.
Walau bagaimanapum, mereka perlu dilatih untuk fokus dalam melakukan sesuatu kerana ianya merupakan perkara yang sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian mereka.Jom kita tengok apa cara tingkatkan fokus anak.Mana tau boleh cuba kan.
PENTINGNYA ANAK FOKUS DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA
Fokus ni bukan sahaja diperlukan oleh anak dalam memberikan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka di sekolah.Tetapi untuk jangka masa panjang, anak-anak perlu mengaplikasikan konsep fokus ini dalam alam pekerjaaan da juga keseluruhan kehidupan mereka.Tanpa fokus, sudah pasti mereka ini mengalami kesukaran untuk menguruskan diri mereka sendiri mahu pun menyelesaikan sesuatu perkara kelak.
Kita kena sentiasa membantu anak-anak untuk meningkatkan tahap fokus mereka dengan cara yang menarik dan menyeronokkan agar tidak rasa tertekan.
Jadi umi cari tips bagi anak kurang fokus ni supaya umi boleh apply di dalam kehidupan seharian sepanjang PDPR ni.
4 TIPS TINGKATKAN FOKUS ANAK DALAM PEMBELAJARAN
Tips dari theasianparent ni mungkin boleh digunakan untuk anak kurang fokus dalam pelajaran mereka.Jom kita ikut 4 tips ni yang boleh membantu ibubapa meningkatkan fokus anak semula supaya boleh memahami apa yang diajar di sekolah selepas ini.
#1 WUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SESUAI UNTUK PEMBELAJARAN DI RUMAH
Teruk juga kalau anak kita tiada tempat yang sesuai utnuk sesi pembelajaran nak-nak bila anak dah mula dapat banyak kerja rumah dari sekolah.
Tempat dan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran boleh membantu meningkatkan fokus anak.Ibu bapa perlu tegas apabila menetapkan masa untuk mengulangkaji dan menghabiskan kerja rumah.
Tidak perlu untuk mengasingkan kawasan yang terlalu besar untuk anak belajar pun.Tapi dia pasti rasa bangga untuk menggunakan kawasan itu jika dia tahu ia telah disediakan khas untuknya.
Ibubapa juga boleh menghias bilik/kawasan itu dengan poster, buku-buku dan alat-alat tulis supaya anak akan lebih suka belajar di rumah.
#2 KENALPASTI CARA PEMBELAJARAN ANAK
Cuba perhatikan cara anak kita belajar.Apakah cara pembelajaran yang paling berkesan untuknya?
Adakah anak lebih visual(lebih menggunakan mata),Aural(lebih menggunakan telinga), Kinestesis(lebih menggunakan pergerakan) ataupun Verbal (secara lisan)
Apabila ibu bapa mengajar dan memberi pertolongan mengikut cara mereka belajar, ini akan meningkatkan fokus anak dan anak akan lebih cepat faham.
Apa ibubapa boleh buat untuk meningkatkan fokus anak mengikut kategori:
Anak visual – Buat poster dan peta minda maklumat, kemudian lekatkannya di sekitar rumah.
Anak aural – Apabila mengulangkaji, suruh anak baca dengan kuat apa yang dia perlu ingat.
Anak kinestesis – main permainanan interaktif seperti melontar bola bersama anak sambil melakukan kuiz apa yang telah diulangkaji.
Anak verbal– guna pelbagai kertas berwarna supaya anak boleh menulis apa mereka perlu ingat.
#3 SEDIAKAN OBJEK MAINAN KETIKA BELAJAR
Untuk sesetengah kanak-kanak mereka mungkin sukar untuk duduk diam dalam masa yang panjang.Oleh itu, kadang-kadang cikgu mencadangkan menyimpan blu-tack kecil, gelang getah atau kertas dan pensil bersama mereka.Apabila resah kerana duduk terlalu lama, mereka boleh menggunakan objek lain untuk dimain buat seketika.
Bunyi macam cara yang pelik, tapi kajian menunjukkan
Salah satu cara untuk mengelak tumpuan mereka terjejas ialah dengan memberi anak tugas yabg tidak memerlukan banyak fikiran seperti bermain dengan blu-tack kecil atau objek bermain-main lain yang membolehkan meningkatkan fokus anak untuk menghabiskan kerja mereka(Smith 2010)
#4 CARTA GANJARAN
Memberi kata-kata pujian dan menggunakan carta ganjaran sebenarnya sangat berkesan.Ia satu cara untuk memberi dorongan positif kepada anak supaya mereka rasa bangga dengan pencapaian mereka.
Walaupun cara ini paling berkesan untuk kanak-kanak antara 6-10 tahun, ia masih bergantung kepada kanak-kanak tersebut.
Ibubapa boleh cetak carta ganjaran dari internet atau lukisan carta sendiri bersama dengan anak.
Tetapkan matlamat yang ingin dicapai serta ganjaran jika anak berjaya.Beri ganjaran mengikut kemampuan masing-masing dan ia tak semestinya mahal.
Sesetengah kanak-kanak lebih suka menghabiskan masa bersama ibubapa mereka dari hadiah-hadiah yang mahal.
hah,begitulah tips tingkatkan fokus anak yang di kongsi di blog asianparent ni.Ada lagi satu yang umi ada terbacac penggunaan bola besar untuk exercise tu.Bila anak tak reti duduk diam masa belajar tu boleh suruh diorang duduk di ball tu dan mereka akan menggerak-gerakkan bola tu sepanjang kelas online dijalankan.Tapi sayangnya bola gym umi tu dah pecah.
Bilik diorang pun umi dah pindahkan katil supaya nampak luas.Tidur pun masih dengan umi.Jadi jimat sikit guna air-cond..hahaha