Harga tiket Air Terjun Kota Tinggi 2019| Seriously umi memang dah lama tak menjengah Air terjun di Kota Tinggi.
Seingat umi ada 6-7 tahun jugak tak kesana.Kalau dulu, mereka menutup Air terjun ini untuk aktiviti pembersihan dan juga urusan pindah milik di bawah kerajaan .Rasanya itu lebih baik.Dan harap penyelenggaraan lebih tersusun kemas dari dahulu.
Alhamdulillah,baru sahaja selesai program gotong royong perdana anjuran Majlis Daerah Kota Tinggi dari pelbagai pihak agensi kerajaan ,swasta dan NGO.
Kalau dahulu, Air Terjun Kota Tinggi ni merupakan satu destinasi yang wajib untuk pelancong singgah.Air Terjun Kota Tinggi ni terletak kira- kira 15 km dari bandar Kota Tinggi.
Yang ingin mencari percutian bersama keluarga, Air Terjun Kota Tinggi ni adalah lokasi menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti chalet, Gelongsor air buatan Manusia dan terdapat kolam yang cetek untuk kanak-kanak bermandi manda.Cuma perlu ikut peraturan yang disediakan apa yang boleh dan apa yang tak boleh bagi mengelakkan terjadinya sesuatu perkara yang tak diingini berlaku kan.

Air terjun yang terletak di kaki Gunung Muntahak ni mempunyai kawasan mandi yang bertingkat-tingkat.Ada paras dalam yang tidak dibenarkan untuk mandi.
Selepas penutupannya dahulu, Air Terjun kini dibuka kembali setelah kerja-kerja pembersihan oleh pihak-pihak tertentu.Terima Kasih umi ucapkan kepada mereka yang terlibat.Seharusnya umi seronok bila dapat tahu Air Terjun Kota Tinggi di buka kembali.
Berikut ada lah harga terkini untk tiket masuk ke Air Terjun Kota Tinggi untuk rujukan dan makluman
HARGA TIKET AIR TERJUN KOTA TINGGI
HARGA TICKET:
MY CARD:
ADULT – RM 5
CHILD (6-11) – RM 3
CHILD (3-5) – RM 2
SENIOR (60+) – RM 3
NON-MY CARD:
ADULT – RM 15
CHILD – RM 10
SENIOR (60+) – RM 3
PARKING :
CAR – RM 3
CAR NON MYKAD – RM 5
BUS – RM 5
MOTORCYCLE/BICYCLE – RM 1
NON-MY CARD: RM5
untuk maklumat lanjut boleh call : 07-8831004/8834558
Nanti boleh la plan mandi manda lagi kat Air Terjun ni.Kali ni nak bawak budak-budak tu kesini.Almaklum diorang memang tak pernah jejak mana-mana lagi Air Terjun ni.So, korang jom terjah Air Terjun di Kota Tinggi ni.
source pic : page orang kota tinggi
Alhamdulillah, dah murah utk pemilik mykad. Rindu giler nak masuk sini
kan kak seri…kena plan ni pergi ke sana
Best tu best. cuma kat sini yang kat atas2 dia dah tak kasi mandi kan.. takut jadi apa2.. so bila pergi public holiday space is limited..pack sgt orang..
untuk keselamatan memang kena ikutlah didi…Tapi kat bawah tu memang dah ok dah untuk mandi..tak perlu naik atas pun takpe
lame dah jugak tak pergi air terjun. macam best musim panas gini picnic kat air terjun
Rasanya macam dari dulu hingga sekarang masih rm5 harganya..
Masa Sis pergi dengan blogger MsjBox dulu tahun 2012 tak silap, pun harga sama rm5 ..
Cuma..ermm tak taulah kalau tempatnya dah okay ke tak..rata-rata dulu banyak beno nak komlen huhuhu
Baca juga : https://www.sislin76.com/2019/03/the-shore-ocenarium-melaka-daya-tarikan.html
masa kita pergi dah mahal sis,untuk park kereta dan motor pun mahal..Tu yang kurang sambutan dari orang luar.
kan..kita pun dah lama tak pergi tau
Lama dahbtak mandi manda dekat air terjun.. Bestnya tengok tempat dia ni
Kawasan mandinya sangat indah, apalagi dengan batu-batuan di sekitarnya… Apakah batu-batu itu tak berlumut cik? Nampaknya bersih betul ya…segar mandi di air terjun
kawasan mandinya bersih x? dengan bilik air bersih dan terjaga ke? sbb dulu2 pergi mmg kotor gile xlalu nk bilas2 dlm bilik air. dgn pampers nye dibuang di kawasan mandi manda sgt xterjaga kebersihan
Alhamdulillah..skrg dah byk perubahannya..