Terjebak Lagi Dengan Membaca Novel

Novel Terbaru 2023

Terjebak Lagi Dengan Membaca Novel | Lama dah umi tinggalkan minat nak membaca novel ni.Last umi suka beli novel pun masa umur 20 an tak silap.Lepas tu tak ingat dah bila pulak membelinya buku tu.

Bukan sebelum ni tak pernah pun masuk kedai buku, ada je masuk sebab anak umi yang sorang tu suka sangat baca komik.Tapi masa tu takde pun rasa nak membeli novel.

Tapi masa tengah layan tiktok, ternampak pulak ebook novel yang lalu lalang di fyp umi.Masa tu ada jugaklah terjebak dengan ebook ni.Ada jugalah 3 ebook yang umi beli antaranya ialah,ebook yang dahagakan cinta, jibrael-sesuci hidayat dan Qazrel Edraqi.not bad semua cerita yang umi beli tu.

Satunya umi tak minat dengan ebook ni ialah kita sentiasa nak pegang phone untuk baca.Jadi umi tak berapa nak minat sangat.Seharian pegang phone pun dah buat mata letih, inikan pulak nak membaca.Boleh naik pening kepala nak membaca guna phone.

Sebab tu umi suka beli buku.Buku ni takdelah buat kita sakit kepala sangat kan.Jadi bila dah masuk kedai buku tu, teracun jugaklah tengok novel yang ada di kedai buku tu.

Macam orang kemaruk, umi ambil 4 buah buku untuk umi dan sebuah untuk anak saudara yang kirimkan jugak buku di situ.

Terjebak Lagi Dengan Membaca Novel

Jadi ada masa boleh la umi membaca. Kalau dah pegang buku ni memang tak boleh buat kerja apa dah tau.Paling umi suka cerita dia tetap sempurna.meh umi belanja sikit sinopsis novel dia tak sempurna ni.Mesti korang pun iikut suka.

SINOPSIS NOVEL DIA TETAP SEMPURNA

Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya. Dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-Clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.

“After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” – ESKANDAR ARASYAH

Ya… Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.

Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.

“Aku tak sempurna, Dara” – ESKANDAR ARASYAH

“Nobody is perfect” – DARA NAILUFAR

“Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima.” – ESKANDAR ARASYAH

“But you have everything.” – DARA NAILUFAR

Bagi Dara, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?

 

PETIKAN BAB 1

 

Kepada: Cik Dara Nailufar binti Saleh

Dengan segala hormatnya, kami menjemput Cik/Puan/Encik ke Majlis ‘We Welcome You Back’ untuk para alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping yang bakal diadakan seperti butiran berikut:

Tak sampai separuh kad keras sederhana besar lagi wangi itu aku baca, terus aku campak ke atas meja. Bosan! Tak payah baca penuh, memang aku dah tahu isinya apa.

Aku mengeluh. Pening. Hikayat apa lagi aku nak reka ni? Biasanya pantang datang musim nak reunion, memang aku jadi jaguh pencipta hikayat antarabangsa. Ada saja alasan aku reka sebab aku memang tak nak pergi. Selalunya alasan aku adalah jauh.

Tapi itu lapan tahun yang lepas. Dari zaman muda belia dan sekarang sudah menginjak ke alam dewasa. Alasan tiada duit, tiada pengangkutan dah basi. Lagi, kalau aku tak nak pergi, sah-sahlah Suria, kawan baik aku tu seret aku. Budak itu selalunya memang terlebih cerdik kalau bab nak aku ikut kepala dia.

Telefonku berdering minta diangkat. Panjang pun umur budak itu. Baru fikirkan dia, dah munculkan diri. Mesti lepas tersedak-sedak sebab kena kutuk dengan aku ni. Hahaha!

Aku menggesek ikon hijau pada telefon pintarku itu.

“Aku tak kira. Tahun ni aku nak kau pergi”

“Tak ada salam, tak ada apa, nak cair tahi telinga aku disembur Suria.”

“Amboi… kau ni dah kenapa? Salam tak ada, mukadimah sepatah haram tak cakap. Yakin aje kau aku yang angkat, ya?” sinisku.

Hah amacam? bestkan

Ada lagi satu buku yang umi rasa best jugak untuk dibaca.

novel takdir untuk aku

Novel hasil tulisan dari Rehan Makhtar ni best jugak.Jalan cerita yang menyedihkan.

SINOPSIS NOVEL TAKDIR UNTUK AKU

Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” – Ahmad Ziyad

“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” – Teratai Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” – Ahmad Ziyad

“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” – Teratai Nur

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.

“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur

“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” – Ahmad Ziyad

Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.

“Abang sudi jaga Atai…” – Taufiq

“Saya serahkan hidup saya pada abang…” – Teratai Nur

Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.

Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.

 

Novel Dia tetap Sempurna – Bagi umi cerita tu best, tak boring dan yang penting bila baca tak sabar sangat nak tahu lebih lanjut.Dalam dunia ni tak semua dilahirkan sempurna.Yang menyempurnakan kita adalah pasangan kita tu nanti.Dari situlah timbulnya sempurna betul tak.

Allah swt kan dah jadikan kita hidup berpasangan.Itu antara sebab Allah jadikan pasangan kita tu untuk menyempurnakan diri kita. Siapa tau kan, lelaki macho yang Dara kenal dan dijadikan suami dahulunya seorang gay.

Lepas kahwin baru dia tau, tapi of courselah dia tak cepat melatah sebab dia tahu, takde seorang manusia pun yang sempurna.Nak tau cerita selebihnya korang kenalah baca novel ni.Kang umi cerita semua takdelah suprisenya kan.

 

Baru je selesai 2 buah buku, nanti lah sambung yang lain.Kalau korang nak umi share serba sedikit sinopsis buku yang umi baca

 

Loading

One thought on “Terjebak Lagi Dengan Membaca Novel

  1. Wow..Lama tak baca novel..Novel yang saya beli Dua tahun lepas kat pesta Buku pun tak habis lagi..hahhaha..

    Nampak.menarik novel yang akak beli ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *