TERINGIN SANGAT NAK MAKAN ROTI TITAB DI ADS CORNER

TERINGIN SANGAT NAK MAKAN ROTI TITAB DI ADS CORNER

TERINGIN SANGAT NAK MAKAN ROTI TITAB DI ADS CORNER | Itulah aktiviti bila hujung minggu.Babah akan tanya samada nak sarapan kat rumah atau kat luar.

Bila tekak ni nak sangat merasa roti titab yang ada dijual di Ads Corner Kota Masai, teringin la nak mencuba.Lagipun babah nak cuba nasi kerabu dia tu.Dok lalu lalang kat wall pasal nasi kerabu sedap kat Ads Corner ni meh la kita cuba samada ianya kena dengan tekak atau tidak.Ini pun sebab teringat kat roti tiba di Salmah kopitiam la.Tu yang rasa teringin sangat nak makan roti titab di ads Corner ni.Nak membuatnya tu lambat sikit la…hahaha

So,macam biasa, sebelum masuk kedai kita bergambar dekat apa nama robot ni? Transformer? haih..bantailah kan labu.janji ada nama

TERINGIN SANGAT NAK MAKAN ROTI TITAB DI ADS CORNER

Adik dan anak patung memang tak boleh dipisahkan.Kakak and bag silang juga tak boleh dipisahkan kalau keluar.Masa makan pun dok sibuk dengan transformer ni.umi seriau takut-takut jatuh pulak robot ni kat korang.Last-last umi marah sebab tak reti dok diam.Eh anak korang pun macam tu jugak ke?

Sementara menunggu makanan sampai itulah kerja diorang, dok ulang alik kat robot tu.Penat dah jegilkan biji mata kat bebudak ni,haram diorang ni tau.

TERINGIN SANGAT NAK MAKAN ROTI TITAB DI ADS CORNER

Air buih ye bukan pesta buih.Umi order green tea dan bandung.Tapi dua-dua kena bedal dengan budak berdua tu.Padahal masing-masing dah pilih nak air apa.Mungkin dia tengok air umi lebih tertarik dari air diorang.Maka air umi jadi sasaran.

nasi kerabu

Nasi kerabu untuk babah.Dia pilih ikan tongkol manakala umi pulak daging.


Tapi kalau umi bagi rate 10 hanya 6/10 jelah yang boleh umi bagi.Mungkin tak kena pada tekak umi.Tapi still boleh layan lagi la kan.

Roti titab ni kena dengan tekak umi.Biasalah kan roti dengan kaya lepas tu ada telur.Tapi teringin nak cuba yang kat Kelantan tu.Nantilah kita pi sana kita cari roti titab.Eh, kat Kelantan ke Terengganu ek.Lupa dah umi.

Nenek pulak order nasi dagang.Tapi umi tak sempat nak ambil gambar sebab dia dah makan.Takpelah kan, mungkin dia tengok sedap sangat kot..hahahha.Tak lupa jugak umi order fries dan juga keropok lekor.Makanan ni memang pebret si kakak.Jadi dari diorang ni tak makan pape, umi order je mana yang diorang nak.Nasi pepagi? Jangan haraplah si kakak tu nak makan.Payah amat

Overall itu jelah yang umi boleh katakan dengan kedai makan Ads Corner cawangan Kota Masai ni.Banyak lagi menu yang belum umi cuba kat sini,insyallah mana tau kan teringin lagi nak makan roti ttiab, kita datang lagi.hahaha

Kalau korang mencari menu kelantanese,western, char kuew Tiaw,Seafood lobster, ketam dan sebagainya,boleh la datang ke Ads Corner Kota Masai.

Meh la umi letak alamat, mana tau korang pun nak cuba jugak.

Cawangan ADS11

No.55 Jalan Eko perniagaan 2 Taman Kota Masai,Pasir Gudang Johor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *