Tempat percutian menarik di Johor sempena cuti sekolah | Cuti persekolahan baru je beberapa minggu bermula kan.Tentu ibu bapa dah ada plan untuk bawa anak bercuti semasa musim persekolahan.
Jika korang tidak tahu ke mana nak bawa anak-anak korang untuk bercuti, mungkin umi boleh tolong suggestkan beberapa tempat yang boleh di kunjungi di Johor di musim cuti sekolah ni.Dan jika ada diantara ibu bapa yang ingin ke Johor ,tetapi tak tau mana tempat best untuk bawa anak-anak , bolehlah tengok beberapa list yang boleh umi cadangkan di bawah ni ye.
Tempat percutian menarik di Johor sempena cuti sekolah
LEGOLAND

Legoland adalah salah satu lokasi yang sangat popular apabila korang ke Johor Bahru.Tempat yang strategik untuk membawa keluarga korang ke sini adalah satu pemilihan yang tepat tetapi kena pulak tengok budget yang korang ada.Tetapi sesekali kan bawa keluarga bercuti,apa salahnya.Di Legoland bukan sahaja korang boleh ke Legoland waterpark , malah korang boleh bawa family untuk melihat pelbagai permainan di taman Lego mereka.Memang berbaloi untuk bawa keluarga ke sini.Lagi satu,korang jugak boleh menginap di Hotel Legoland yang pasti akan meninggalkan pengalaman yang manis untuk di rakamkan di sana.
Untuk korang yang berhajat ke Legoland, umi sertakan sekali alamat dan juga website untuk tempahan tiket masuk dan juga hotel ye
Alamat : Medini (Iskandar Puteri)
No tel : 07 – 597 8888
Email: info@legoland.my
website : http://www.legoland.com.my
UK FARM KLUANG
UK Farm juga adalah salah satu tempat yang umi sangat syorkan untuk membawa anak-anak meneroka apa yang ada disini.Pelbagai aktiviti yang ada disini, pastinya memberikan pengalaman baru untuk anak-anak kan.Umi pernah ke sini sedikit masa dahulu.Dan haruslah pengalaman yang paling manis untuk dikenang apabila ke sini.Korang boleh lihat pengalaman umi ke sini sekitar tahun lalu.Boleh baca di Kembara Blogger Johor ni.Di sini anak-anak boleh lihat ladang yang menternak kambing dan merasai pengalaman menyusukan anak kambing dan memberi mereka makan.
Alamat : Kluang Johor
No tel : 07-7597555
Email : info@ukfarm.com.my
Website : www.ukfarm.com.my
TS WONDERLAND WATER THEME PARK

Alamat : Kota Masai, Pasir Gudang
No tel : 07-300 6465
Website : http://www.tsgroup.com.my/tswonderland/
AUSTIN HEIGHTS WATER & ADVENTURES PARK
AUSTIN HEIGHTS WATER & ADVENTURES PARK juga adalah tempat yang umi nak suggest kat korang jugak.Tempatnya sama macam TS Wonderland Water Theme Park tu, cuma mungkin keluasannya lebih luas la…Nak cari penginapan kat sini pun mudah jugak.At least, boleh je menginap di mana-mana dan jadikan tempat ni sebagai salah satu tempat persinggahan yang wajib korang terjah.Yang penting anak-anak enjoy.
Alamat : Taman Mount Austin
No tel : 07-360 3000
Website : http://www.tsgroup.com.my/tswonderland/
ANGRY BIRD ACTIVITY PARK
Angry Bird activity park ni memang sesuai untuk semua peringkat umur.Jadi sangat sesuailah untuk beriadah bersama family.Pelbagai aktiviti seperti Live Show, selain beramah mesra dengan karakter kegemaran anak-anak ni kan.So, korang boleh la bawa mereka ke sana ye.
Alamat : Komtar JBCC
No tel : 07-221 0260
Website : http://www.angrybirdsactivitypark.my/
THE LITTLE BIG CLUB

The Littel Big Club terletak di Puteri Harbour Iskandar Johor.Tempat yang sangat strategik dan kurang sesak apabila korang ke sana.Menjadi tumpuan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke sana.Salah satu tempat yang umi suggestkan untuk bawa anak-anak ke sana.
Alamat : Persiaran Puteri selatan
No tel : 1300 88 326459
Facebook : http://www.facebook.com/TheLittleBigClub
Dinasour Kingdom Puteri Harbour
Masih belum terlambat lagi untuk korang membawa anak-anak ke sini kerana Dinasour Kingdomakan berada di Johor sehingga awal bulan Januari 2019.So, apa kata korang bawa anak korang untuk melihat haiwan yang pernah wujud beratus tahun dahulu.
Alamat : Puteri Harbour, Iskandar Johor
No tel : +603-8958 2772
Website : https://themepaktu.com/buy-tickets/
THE MOSCOW CIRCUS PUTERI HARBOUR
Salah satu tempat yang boleh korang bawa anak-anak untuk menyaksikan circus yang mampu memberikan kegembiraan untuk anak-anak .Umi pun belum sempat nak bawa budak berdua tu untuk melihat The Moscow circus ni secara depan-depan.Selalunya tengok dalam tv je.Tapi dah ada peluang ni, why not kan bawa anak-anak ke sini.
Alamat :Parking Puteri Harbour
No tel : +603-8958 2772
Website :www.themoscowcircus.com.my
DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK
Baru lagi pembukaannya di Kota Tinggi.Tempat yang bakal naik tak lama lagi.Why not korang bawa anak-anak ke sini.
Alamat :Kota Tinggi Johor
No tel : +603-2203-9696
website : https://desarucoast.com
Nanti umi akan kongsikan lagi tempat percutian menarik untuk korang bawa anak-anak di musim percutian ni ye…Stay tuned
*** Entry ini akan di update dari masa ke semasa..

seriously, semua tempat tu saya tak pernah pergi kecuali dinosaur kingdom dengan moscow circus..hahahah..bilaaaaaaaaaa nak pergi yang lain tuuu
moh perig beramai-ramai…
satu tempat je k.fiezz & mr hubby penah jejak dalam list ni..Legoland..hehe..mmg setuju sangat tempat ni sesuai untuk parents yang nak bawak anak-anak berjalan time cuti sekolah ni…budak-budak confirm suka punya mainan-mainan dalam tu…
ts wonderland dekat kota masai? wowwww…..ajommmm pergii.hahahhaa..
Dah makin banyak tempat menarik di Johor. Cuti sekolah ni memang habis kena serbu lah.
lepas ni boleh plan ke lain pulak bila k.fiezz ke JB
ajom!
haah fiza,banyak dah pilihan tempat nak bawa anak bercuti musim sekolah ni