10 TEMPAT MENARIK DI PAHANG

10 TEMPAT MENARIK DI PAHANG | Pahang antara tempat yang memang seronok diterokai alam semulajadinya.Bagi korang yang cintakan alam flora dan fauna wajib jelajah Negeri Pahang ini.

Bercuti di tempat yang tidak sibuk, dan penuh dengan flora dan fauna ni sangat diimpikan oleh semua orang.Pahang antara tempat menarik yang harus korang kunjungi.

Negeri Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.Pahang juga adalah sebuah negeri yang cukup bertuah kerana ia masih kaya dengan kawasan tanah tinggi dengan oksifen yang menyegarkan, hutan rimba yang penuh flora dan fauna yang masih terpelihara serta pantai-pantainya dengan pemandangan mempesona dan banyak lagi.

Selain dari tempat popular di Pahang iaitu Cameron Higlands, Masjid Sultan Ahmad Syah, Kubang Gajah Waterpark, Janda Baik, Sungai Lembing Mines dan sebagainya, beberapa kawasan di bawah ini juga wajib korang terjah bagi korang yang sukakan alam semulajadi.

Jom kita lihat tempat menarik di Pahang Darul Makmur yang bakal korang terjah nanti.

10 TEMPAT MENARIK  ALAM SEMULA JADI DI PAHANG PENUH DENGAN  FLORA DAN FAUNANYA

1# GUA CHARAS KUANTAN 

Gua Charas ini terletak kira-kira 25 kilometer di barat laut kuantan di Panching di jalan Sungai Lembing.Ia dibentuk berjuta-juta tahun yang lalu dan diukir oleh kekuatan alam gua-gua ini menawarkan tempat tinggal yang menarik.Gua batu kapur ini keluar dari dataran rendah di sekitarnya dan 20 kaki mendaki tangga logam diperlukan.

Di bahagian dalam gua terdapat patung kecil Buddha dan tempat tinggal rahib. Lebih jauh di dalamnya adalah patung Buddha yang berbaring sepanjang 30 kaki. Gua dinyalakan dengan menggunakan generator yang dikendalikan oleh sami tersebut.

Gua Charas Kuantan adalah sebuah tarikan semula jadi yang boleh anda lawati untuk melihat pembentukan stalagmit dan stalagtit yang unik. Untuk mendaki menuju ke kawasan gua, masa yang diambil adalah dalam sekitar 5 ke 10 minit bergantung kepada stamina.

Bukan sekadar gua, ia turut dilawati oleh penganut agama Hindu dan Buddha kerana di dalamnya turut terdapat patung-patung Buddha serta kuil Hindu. Daripada kesemua patung yang terdapat di sini, salah satunya adalah patung Buddha berbaring. Patung ini menarik perhatian ramai pengunjung kerana kedudukannya yang agak pelik daripada biasa.

Yang menariknya, anda boleh meneroka sekitar gua ini dalam keadaan yang agak selesa kerana pengudaraannya yang cukup baik. Kalau anda nak tahu, udara di dalam gua ini agak sejuk tidak ubah seperti berada di dalam bilik berpenghawa dingin.

Bestkan tempat ni.

#2 TASIK BIRU BUKIT IBAM MUADZAM

Tasik Biru Bukit Ibam ini merupakan sebuah bukit yang mempunyai banyak kisah berlainan mengenai asal usul namanya.Namun kebanyakkannya, mengatakan bahawa Bukit Ibam ini mendapat namanya setelah diberitahu oleh G.SCLLOW yang bekerja sebagai Electrical Superintendetm di Rompin Mining, Company (ROMPINCO) pada tahun 1940 an.

Beliau menyatakan pengertian I.B.A.M adalah akronim yang diambil daripada tajuk sebuah buku iaitu ‘I Bought A Mountain’ yang ditulis oleh Thomas Firbank. Buku ini kemudiannya dibaca oleh Mr.Fittburg, seorang jurutera ukur syarikat tersebut yang turut menamakannya Ibam setelah mengetahui bukit itu masih tidak bernama.

Perlombongan bijih besi di Bukit Ibam dipercayai bermula selepas negara mencapai kemerdekaan lagi. Bukit Ibam juga merupakan antara pengeluar bijih timah yang terbesar di Asia suatu ketika dulu. Tasik biru yang berada di Bukit Ibam ini juga adalah salah satu daripadanya.

Nampak cantik kan dengan warna air biru laut ini membuatkan ramai yang suka berhiking ke sini.

Sumber: kuantanloka

#3 HUTAN LIPUR LENTANG BENTONG

Hutan Lipur Lentang  Bentong adalah sebuah hutan rekreasi di Bukit Tinggi yang menjadi laluan kepada sebatang sungai indah iaitu Sungai Benus. Sungai ini dikatakan menjadi peyumbang kepada keindahan lanskap hutan hijau ini kerana terbentuknya kolam-kolam kecil dan air terjun yang dapat memukau jiwa sesiapa sahaja yang memandang.

Sebagai sebuah hutan rekreasi yang indah, Hutan Lipur Lentang menjadi lokasi yang cukup terkenal, terutama sekali pada hujung minggu. Untuk memudahkan para pengunjung, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti gerai jualan makanan, tandas, tapak perkhemahan, gazebo dan laluan pejalan kaki. Tempat meletak kereta yang luas juga turut disediakan.Sungai yang cetek amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga tersayang jauh dari hiruk pikuk bandar yang  sesak.

#4 AIR TERJUN LATAR BUJANG

10 tempat menarik di pahang

sumber: sini

Lama kan tak mendengar deruan air terjun dari kaki bukit.Sesekali kita patut merasai kesejukkan dan kedamaian air terjun untuk beriadah bersama rakan dan ahli keluarga.Air terjun latar bujang menjadi salah satu tempat wajib dikunjungi bagi para pengunjung kerana bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semula jadi tetapi sangat sesuai dijadikan kawasan rekreasi bersama keluarga.

Air yang jernih, hutan yang menghijau dan juga fasiliti yang baik menjanjikan kepuasan sepanjang hari.Untuk sampai ke sini, laluan yang perlu dilalui bukan biasa-biasa dugaannya, dari laluan yang licin, curam hinggalah kepada laluan yang dihalang dengan pokok tumbang, semuanya perlu cuba ditempuhi dengan stamina yang tinggi

#5 KRAU WILDFIRE RESERVE

10 tempat menarik di pahang

Merupakan kawasan simpanan hidupan liar terbesar di Semenanjung Malaysia dan didirikan pada tahun 1923 dengan luas 55, 159 hektar. Kawasan ini seluas 62.395 hektar setelah diwartakan lagi pada tahun 1965 dan 1968. Ia terletak berhampiran Gunung Benom di Daerah Temerloh, Pahang dan disalirkan oleh Sungai Krau, Sungai Lompat dan Sungai Teris. Ketinggian rizab adalah 43 meter di Kuala Lompat hingga 2,107 meter dari puncak Gunung Benom.

Di dalam kawasan tanah rezab ini terdapat pusat penyelidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa sebagai pusat pengkajian kelawar dan juga burung. Selain pusat penyelidikan ini, Krau Wildlife Reserve turut menjadi lokasi Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan dan juga Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.

#6 BUKIT PANORAMA

10 tempat menarik di pahang

sumber: precics

Ni kalau dekat dah lama ajak kawan-kawan hiking.Tapi apa salahnya kita di Johor ni untuk hiking di sana kan? Yang penting dapat menikmati udara yang sihat dan tidak tercemar.

Bukit Panorama adalah bukit yang terletak di Sugnei Lembing, 45km barat laut Kuantan. Walaupun tingginya hanya sekitar 271 meter, puncak ini menawarkan pemandangan panorama kawasan. Pada hujung minggu, penduduk tempatan mendaki Sugnei Lembing sebelum subuh untuk melihat matahari terbit di puncak.

Jejaknya sangat lurus ke hadapan. Mulakan dengan menaiki tangga dan terus naik. Apabila sampai di penghujungnya, anda berada di puncak Bukit Panorama. Belok kanan untuk pergi ke jalan untuk mendapatkan pemandangan kawasan yang tidak terhalang. Jejaknya terutama tangga dengan pagar, hanya bahagian kecil tanpa tangga. Terdapat lebih kurang 1,000 langkah ke atas.

Hah! nampak macam mudah nak kesana.Untuk anda yang inginkan kelainan percutian bolehla mencuba untuk berhiking ke sini

Boleh baca tips persediaan hiking untuk newbie bagi memudahkan anda ke sana nanti.

#7 AIR TERJUN LATA JARUM

10 tempat menarik di pahang

sumber : sini

Lata Jarum merupakan destinasi pelancongan yang terletak di daerah Raub.Air Terjun Lata Jarum adalah tempat berkelah yang mempunyai pemandangan indah dan semulajadi.Lata Jarum terletak kira-kira 14 kilometer dari perkampungan daerah Dong dan 35 kilometer dari Bandar Raub.

#8 TAMAN WARISAN GUA KOTA GELANGGI

Gua Kota Gelanggi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Gua ini terletak di Daerah Jerantut di negeri Pahang. Di Taman Warisan ini Gua Kota Gelanggi ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu dan Gua Kelawar. Apabila sampai di sini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang yang di dalamnya terdapat alur air yang mengalir jernih dan sejuk.

Kalau korang pernah dengan cerita pasal Si kelembai, Gua ini sering dikaitkan dengan cerita si kelembai tu.menarik bukan? Jadi apa salahnya selain kita menerokai isi alam, kita tau serba sedikit latar belakang tempat ini.

#9 GUNUNG SENYUM RECREATIONAL FOREST

10 tempat menarik di pahang

Gunung Senyum pertama kali dibuka sebagai ‘hutan rekreasi’ pada 14 Julai 1989 dan dikendalikan secara rasmi oleh Perhutanan Temerloh Pahang. Selain dari spesies pokoknya yang tiada tandingannya, Gunung Senyum juga menawarkan pemandangan yang menarik dan unik seperti gua misteri untuk diterokai, serta jejak hutan untuk diikuti.

Hutan Lipur Gunung Senyum meliputi kawasan seluas 794 hektar dan terletak di petak 1, 2, 3 dan 4, Hutan Simpan Jengka.

Di sini, di Gunung Senyum anda dapat menjumpai dua bukit batu kapur, yaitu Gunung Senyum dan Gunung Jebak Puyoh.

Gunung Senyum tingginya 550m. Terdapat lebih dari 20 gua di bukit yang boleh diterokai. Sebilangannya adalah laman web arkeologi.

Gunung Jebak Puyuh berada lebih jauh dan menawarkan trek hutan yang menarik untuk sampai ke gua-gua.

Walaupun melalui Gunung Senyum tidak begitu terkenal di kalangan pengunjung, Hutan Lipur Gunung Senyum adalah destinasi menarik bagi mereka yang berminat untuk gua dan trekking.

#10 BUKIT PELINDUNG

10 tempat menarik di pahang

Taman Eko Rimba Bukit Pelindung ini terletak 5km dari bandar kuantan melalui jalan Berserah atau jalan Sisek.Ia terletak di dalam hutan simpan Beserah dan dikenali sebagai Hutan Dipterokarpa Pamah.Nak masuk ke sini adalah percuma sahaja.

Sangat sesuai lah untuk mereka yang sukakan alam semulajadi.

Hah, itulah dia 10 tempat menarik di Pahang yang penuh flora dan fauna dan keindahan semula jadi yang masih terpelihara.Dan kepada korang yang mencari tempat untuk beriadah dan sukakan alam sekitar boleh la mencari tempat yang masih terpelihara keadaan alam semulajadinya.

Oklah.Lepas ni kita ke Negeri mana pula ye untuk melihat keindahan semula jadi lagi?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.