tempat menarik di johor

10 Tempat Menarik di Johor wajib Singgah

10 Tempat menarik di johor untuk mereka yang bercadang bercuti di sini.Banyak tempat-tempat menarik yang wajib korang singgah apabila korang bercuti di sini.

Banyak destinasi menarik yang patut korang singgah bila datang ke Johor Bahru.Destinasi percutian di Johor pasti akan memberikan kenangan.Jemput baca kalau korang nak tahu tempat menarik di Johor wajib singgah.

Selepas PKP ni, ramai yang ingin mencari tempat bercuti di Johor tetapi tak tau dimanakah destinasi yang boleh korang singgah apabila di Johor ni.Selain dari Legoland, Desaru Coast, Pantai-pantai di Johor, Danga Bay dan tempat-tempat lain lagi pasti korang tak pernah tau akan kewujudan tempat-tempat lain yang merupakan tempat wajib singgah bila di Johor ni kan?

Kalau macam tu umi bantu korang senaraikan tempat menarik di Johor yang wajib korang singgah.

 

TEMPAT MENARIK DI JOHOR WAJIB SINGGAH

 

#1 – FOREST CITY ISKANDAR PUTERI

forest city

Tempat pertama yang umi nak kenalkan ni adalah Forest City .Lengkap dengan pelbagai kemudahan dan juga aktiviti beriadah bersama keluarga.Ada tempat mandi manda untuk anak-anak, berpiknik di tepi pantai dan yang pastinya ada disediakan permainan jetski,banana boat, ATV, SUP, Water walking ball dan banyak lagi lah.

tempat menarik di johor

source pic : iskandarian

Kalau korang ke sini korang akan nampak pelbagai replika atau patung yang menjadi tumpuan pelancong untuk datang bergambar seperti anjing laut, ketam gergasi, bangau, ikan nemo dan banyak lagi. Patung haiwan ni kelihatan macam haiwan betul je dan diperbuat daripada fiberglass.Sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar.

Nak tahu apa lagi menarik di sini korang kena baca entry penuh di Forest City Iskandar Puteri

#2. B5 JOHOR STREET MARKET

b5 johor street market

Tempat kedua ni baru juga di buka dan merupakan daya tarikan terbaru sempena Tahun Melawat Johor 2020.B5 Johor Street Market ni adalah pusat komersial pelancongan setempat.

B5 Johor Street Market ni diinspirasikan dari Queen Victoria Market yang bakal menjadi lokasi ikonik bagi pelancong dalam dan luar negara.Reka bentuk dan suasana keseluruhannya adalah berdasarkan ciri warisan dan keindahan Johor yang akan membawa korang kembali ke Johor lama.

Boleh dikatakan juga port untuk bergambar lah kat sini.Korang yang tak sempat nak singgah melaka untuk makan Cendol Kampung Hulu jangan risau.Kat sini pun ada tau.

Tempat ni betul-betul laluan nak ke Angsana Johor Bahru tau.Korang boleh baca lebih lanjut dan gambar-gambar menarik di B5 Street Johor Market

#3. MALAY CULTURE VILLAGE

Malay Culture Village adalah salah satu tempat yang wajib korang singgah bila berada di Johor.Mereka yang sukakan warisan melayu memang wajib singgah.Ini kerana Malay Culture Village adalah sebuah tempat perkampungan budaya yang penuh dengan aktiviti walaupun datang hanya sehari disini.Pembelajaran yang menyeronokkan apabila dapat melihat kepelbagaian sekilas tentang etnik Johor, menerokai tradisional pengeluaran industri, dan dapat merasai sendiri tradisi unik Malaysia melalui tradisi langsung.

Korang boleh lihat gambar-gambar dan cerita tentang itu di Malay Culture Village Johor

#4.UMBRELLA ALLEY MUAR

tempat menarik di johor

Tempat seterusnya adalah Umbrella Alley Muar yang terkenal dengan bangunan yang penuh dengan Mural.Tempat ini salah satu tempat tarikan terbaru yang ada di Muar Johor.Tempat ni memang agak tersorok kerana ia di belakang bangunan Majlis Perbandaran Muar.

Pelbagai jenis mural yang dilukis disini termasuklah Frozen, ejen ali, boboiboi, larva dan banyak lagi.Pasti anak-anak teruja melihat kartun kesukaan mereka.

 

Nak tengok lagi gambar-gambar menarik di sini korang boleh terjah entry Umbrella Alley Muar

#5. VRINITY MALAYSIA 

tempat menarik di johor

Vrinity Malaysia terletak di Medini Mall dan lokasi tidak jauh dari Legoland.Korang yang kaki gamers, bolehlah datang kesini kerana ia adalah salah sebuah pusat hiburan interaktif yang mengetengahkan konsep teknologi virtual reality sepenuhnya yang pertama di Malaysia.

Nak tau lebih lanut korang baca di Vrinity Malaysia

#6. KOLAM PUTERI GUNUNG LEDANG MUAR

10 Tempat Menarik di Johor wajib SinggahMereka yang tidak suka dengan hiruk pikuk di bandar bolehlah datang ke Kolam Puteri Gunung Ledang ni.Cerita tentang Puteri Gunung Ledang pastinya menjadi buah mulut mereka di luar sana kan? Apak kata hayati sendiri Flora dan Fauna yang terdapat di Kolam Puteri Gunung Ledang untuk menyaksikan kehijaun alam sekitar yang masih terpelihara ni.

Untuk lebih tahu tentang ni korang boleh baca entry penuh di Kolam puteri Gunung Ledang

#7 KOLAM RENANG AMA RESORT MUAR

KOLAM RENANG AMA RESORT MUAR

Ada lagi pilihan menarik jika korang bawa anak-anak dan keluarga.Apa kata bawa anak-anak ke Kolam Renang AMA Resort Muar.Umi pasti anak-anak suka bila dapat bermandi-manda kan?

Kolam Renang AMA Resort ni sesuai untuk ber family day tau.So korang nak tau lebih lanjut cerita ni boleh baca entry Kolam Renang AMA Resort.

#8. PANTAI DESARU KOTA TINGGI JOHOR

tempat menarik di johor

Korang yang suka dengan pantai apa kata korang extend percutian korang dengan beriadah di tepi pantai Desaru .Pantai Desaru ni terletak di Kota Tinggi Johor.Walaupun jauh dari bandar, korang jangan risau kerana terdapat banyak Homestay dan Hotel yang berada di persekitaran Pantai Desaru.

Baca : Homestay dan Hotel di Kota Tinggi

Nak tau apa best lagi kat Pantai Desaru ni boleh baca entry Pantai Desaru Kota Tinggi

#9. KIDDOMO DISCOVERY JOHOR

10 Tempat Menarik di Johor wajib Singgah

Mereka yang berkeluarga pasti akan mencari tempat yang boleh membawa anak-anak untuk beraktiviti.Selain beraktiviti bolehlah merangsang minda mereka dengan pelbagai jenis mainan yang ada di sini.

ANTARA AKTIVITI MENARIK DI KIDDOMO DISCOVERY 

  • Artistic Play
  • Art Live
  • Interactive Play
  • Interactive Slide
  • Sing + Dance @ Kara-o-kid
  • Papercraft Experience
  • Play Together
  • Dino Discovery

Nak tengok gambar-gambar di Kiddomo Discovery ni boleh refer entry Kiddomo Discovery Johor

 

#10. SKYSCAPE JOHOR BAHRU

10 Tempat Menarik di Johor wajib Singgah

Nak pengalaman berjalan di atas Lantai Kaca di Tingkat 34 Skyscape di Menara Jland? Yang suka dan tak gayat bolehlah datang ke sini.

Skyscape @Menara Land adalah yang pertama di Johor yang berkonsepkan ruang hiburan di udara atau lebih dikenali sebagai aerial intertainment space.Ada lagi yang menarik bila korang ke sini tau.Antaranya :-

  • Floor interactive game
  • LED Tunnel
  • Visual Reality (VR)
  • Mini Theatre
  • Sky Bridge

Nak tau kisah pasal Pengalaman berjalan di cermin kaca  di tingkat 34 boleh baca di Skyscape Johor

Hah…itulah dia beberapa tempat menarik di Johor yang boleh korang terjah.Sementara tak boleh bercuti di luar Negara tu, apa kata kita menyumbang kepada Negara sendiri dengan melawati tempat-tempat menarik di Johor ni.

Nak tau lebih lagi apa yang ada di Johor? baca juga Tempat Percutian Menarik di Johor Bahru sempena Cuti Sekolah

Siapa lagi kan nak menaikkan industri pelancongan kita kalau tidak diri kita sendiri kan?

 

Loading

6 Comments

  1. Banyak juga aku belum pergi tu…
    Nape no10 tu takde link aku hehehehehe

  2. Author

    dah letak..tertinggal pulak link ko sis..Maaf puan presiden 🙂

  3. walaupun duk johor..banyak lagi tempat dalam list tu ciktom tak oergi lagi..kena masuk dlm checklist ni…hehe

  4. Author

    eh samalah kita..makin banyak pulak tempat best untuk bercuti di johor ni kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *