Tempah Pakej Aqiqah Qurban dengan hanya RM499 Sahaja

Tempah  Pakej Aqiqah Qurban dengan  hanya RM499 Sahaja | Kalau di Kampung mudahlah nak buat kerja-kerja aqiqah ni.Di Bandar ni payahlah sikit

Macam si Awfiyah dulu, umi buat dekat kampung, jadi takde masalah lah nak buat aqiqah.Lagi puas hati sebenarnya bila aqiqah ni dapat dibuat depan mata sendiri.Masak sendiri dan edarkan sendiri kepada jiran tetangga di kampung.Sangat puas hatilah kan bila semuanya dilakukan dengan sendiri.

 

Tapi bila si adik ni, umi tak dapat nak buat lagi sebab kos untuk buat aqiqah ni terlalu mahal.Walaupun aqiqah anak perempuan hanya menggunakan seekor sahaja kambing, tapi harga kos untuk seekor kambing di Bandar ni memang mahal.Itu belum anak lelaki.Berapa Ekor kambing untuk anak lelaki diperlukan? Ye dua ekor untuk aqiqah anak lelaki.Bayangkanlah kalau dah dua ekor, berapa agaknya kos nak buat aqiqah tu kan.

Tempah  Pakej Aqiqah Qurban dengan  hanya RM499 Sahaja

 

Zaman sekarang ni sangat payah nak jumpa tempat yang boleh uruskan semua sekali dengan baik dan dipercayai.Lagi pulak rata-rata tempat yang membuat aqiqah ni melibatkan kos yang mahal.Tu yang si adik tu lambat sikit umi buat.Umi pernah tanya tentang kos nak buat aqiqah ni untuk seorang dah cecah RM1000 juga.Itu baru harga kambing ye, belum urusan-urusan yang lain.

 

Macam mana pulak ye kalau mereka yang duduk di pangsapuri,Yang takde tempat nak buat aqiqah ni.Mesti lagi mahal kan kosnya.

 

Bukan  masalah tu dihadapi oleh umi je, ramai lagi kawan-kawan umi tak dapat nak laksanakan ibadah qurban ni atas sebab 4 perkara ni.Umi senaraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka ini yang ingin melakukan ibadah qurban ni ye.

 

4 PERKARA YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM DALAM MELAKUKAN IBADAH AQIQAH DAN QURBAN

 

Kos Mahal

Untuk seekor lembu dan kambing sekarang ni memang memakan ribuan ringgit.Itu belum upah dan sebagainya.Kadang kala Peniaga mengenakan kos dan caj yang terlalu tinggi untuk haiwan-haiwan tersebut.

 

Kesukaran memilih tempat  untuk melakukan ibadah aqiqah

Menjadi satu masalah juga bila kita nak mencari tempat yang sesuai untuk melakukan ibadah ni.Tak pasti samada tempat melakukan ibadah tu menggunakan peralatan yang betul atau sebagainya.

 

Masa

Masa  juga antara perkara yang sering dihadapi oleh kita semua.Nak cari tempat aqiqah, nak cari lembu dan sebagainya.

 

Bayi dan Ibu

Kalau diikutkan tempoh yang sepatutnya melaksanakan ibadah  aqiqah ni adalah 7 hari selepas anak dilharikan.Jika tidak berkelapangan untuk melaksanakan pada hari ke 7 bolehlah di buat pada 14 hari kemudiannya.Dan bila anak terkena penyakit lain, terpaksalah ditunda lagi.

 

Jadi untuk memudahkan kita untuk merealisasikan ibadah aqiqah ini adalah dengan menggunakan khidmat aqiqahcentre.com.

 

Sekarang ni semuanya dihujung jari.Begitu juga apabila berurusan dengan Aqiqahcentre.com ni.Jom umi cerita sedikit sebanyak tentang Aqiqahcentre ni supaya lepas ni ramai yang celik tentang mudahnya menggunakan khidmat mereka.

 

APA ITU AQIQAH CENTRE

Aqiqahcentre merupakan milik syarikat AC Agrotech Sdn Bhd  yang terletak di Cyberjaya dan merupakan syarikat anak Malaysia yang mempunyai pengalaman sejak tahun 2014 dalam menguruskan  ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah.

Syarikat ini mengendalikan aqiqah qurban secara online.Pakej Aqiqah dan Qurban Secara Online ini  ditawarkan dengan harga yang cukup murah iaitu RM499 sahaja.Semua aktiviti aqiqah dan qurban ini dilakukan di Tanah suci Mekah.

Aqiqahcentre telah menguruskan lebih 25,000 sembelihan aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah.

Penjimatan Masa dan Kos Pengurusan

Dengan adanya Aqiqahcentre ini dapatlah merealisasikan hasrat umi untuk melakukan ibadah aqiqah dan qurban ini di tanah suci mekah.Memang lah  orang kata sebaiknya kita dapat melihat sendiri di depan mata.Tapi bila melibatkan kos yang besar untuk dilihat didepan mata, cukuplah sekadar kita dah pun tunaikan tanggungjawab kita kan?

Untuk korang yang tidak mempunyai budget yang begitu besar untuk melakukan ibadah aqiqah dan qurban ini bolehlah menggunakan perkhidmatan Aqiqahcentre ni kerana ianya lebih dipercayai.Korang tak perlulah susah-susah keluar rumah untuk menguruskan hal ibadah qurban ni.Tak perlu nak fikir berapa ekor kambing untuk anak lelaki dan macam mana nak buat aqiqah untuk anak perempuan.Just isi form dan berikan details yang diorang nak, selepas tu, settle dah.

Apa perbezaan antara  Aqiqahcentre dengan yang lain.

 #1 100% online

Harga yang cukup murah dan mudah bagi mereka yang mempunyai kekangan masa dan wang.

#2  Tanah Suci

Ia dilaksanakan di Mekah dan diagihkan dengan baik kepada fakir miskin

#3 Percuma sijil premium

Percuma sijil ukiran kayu bernilai RM50 sebagai cenderahati

#4 Video Bukti

Video beserta sebutan anak anak anda.Khas untuk yang melakukan aqiqah sahaja

Tempah  Pakej Aqiqah Qurban dengan  hanya RM499 Sahaja

                                                                                                                                                                      

 

Korang boleh tengok video mereka yang telah mendapatkan khidmat aqiqahcentre ni.

 

 

                           

Cara Daftar Pakej Aqiqah Qurban Secara Online

Cara mendaftar secara online untuk melakukan  Ibadah Aqiqah dan Qurban umi sertakan seperti di bawah ni ye.

Caranya adalah:-

  • Masuk ke Laman web com dan tekan pada borang aqiqah ataupun korban .
  • Isi semua maklumat pendaftaran yang ada di dalam borang yang disediakan
  • Setelah selesai, pilih cara bayaran dan klik submit
  • Kemudian korang akan menerima video sembelihan selepas 3 hari membuat bayaran

 

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran atau apa-apa pertanyaan boleh terus menghubungi mereka di talian 010-8400803

Facebook : Aqiqah Centre
Instagram : @aqiqahcentredotcom
Website : Aqiqah Centre

 

Loading

One thought on “Tempah Pakej Aqiqah Qurban dengan hanya RM499 Sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *