BLOG INFO

Teleport AirAsia membuat penghantaran khas kepada Graduan Dignity

Teleport, syarikat logistik milik airasia digital telah bekerjasama dengan Dignity for Children Foundation (Dignity) untuk membuat penghantaran khas bagi meraikan graduasi pelajar mereka – upacara yang sering dinantikan oleh ramai pelajar.

Untuk memastikan graduan pelajar Tahun 6 tidak ketinggalan dalam upacara pencapaian mereka berikutan pandemik COVID-19, Dignity for Chidren Foundation, sebuah organisasi yang menyediakan pendidikan dan penjagaan holistik kepada pelajar yang kurang berkemampuan, menghubungi Teleport untuk membuat penghantaran pek graduasi khas kepada pelajar-pelajar mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan perkhidmatan penghantaran khas untuk meraikan kejayaan para pelajar ini. Dignity telah memainkan peranan besar dalam memupuk graduan mereka dan kami berbangga kerana diberi peluang untuk memainkan peranan yang bermakna menerusi perkhidmatan kami dengan menghantar pek graduasi mereka.”

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Dignity for Children Foundation, Petrina Shee berkata, “Kami berterima kasih kepada Teleport kerana menyokong kami menerusi perkhidmatan penghantaran khas ini. Pelajar-pelajar kami telah berusaha keras dalam pelajaran mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kami gembira kerana dapat menjadikan detik-detik ini lebih bermakna untuk mereka.”

Pada 9 Disember, pasukan penghantaran Teleport, juga dikenali sebagai Teleporters, telah menghantar pakej graduasi khas kepada semua 112 graduan Dignity di Lembah Klang.

Pakej graduasi ini mengandungi sijil tamat persekolahan dan gambar mereka. Peniaga dari airasia fresh dan airasia food – Pihapi, Cakeissweet dan Pretty Baked by Em turut menyumbang dalam satu pakej khas kepada para pelajar Dignity untuk menjadikan detik-detik ini lebih istimewa.

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *